Titik Hidup Terendah

Assalamualaikum. Ingin aku luahkan rasa yang sedang aku alami sekarang. Aku di titik hidup yang paling rendah yang aku rasa sepanjang hidupku.

Aku kini berusia 35 tahun. Dan tinggal bersama kedua ibu bapa kerana aku masih single.

Aku meluah disini kerana aku tak de siapa untuk aku meluah. Maka aku memilih platform ini. Lagipun aku akan stay as anonymous. Nobody know me. Aku letak nama aina tu pun sebab nama tu lawa.

Apa yang sangat menyedihkan yang aku rasa sekarang adalah depression yang aku alami. Aku rasa aku depress sebab ciri2 tu ada. Aku jadi malas dalam semua segi.

Aku malas nak urus diri. Aku malas nak jumpa orang. Aku malas nak pergi kerja (aku kerja sebagai pengurus projek dah lama. Ada dalam 8 tahun dah) aku rasa nak tido je. Aku rasa nak main medsos je. Aku scroll fb and ig ni berjam2.

Benda apa yang aku scroll? Ceramah2 agama. Masak2. Rural living dan klip2 sendu drama dan movie. Dah lama aku macam ni. Aku tak de feel nak pergi kerja. Kadang2 aku benci kerja aku. Kerja kontrak bertahun2. Nak kena jaga hati orang.

Aku penat dalam masa yang sama aku kena buat jugak for the sake of hutang kereta and hutang ptptn. Yes aku nak kena bayar 2 benda tu. Aku tak de hutang lain dah. Aku jenis yang simple. Aku tak de kad kredit. Aku tak de personal loan even hutang rumah pun sebab aku duduk dengan parents.

Ni pasal kerja. Pasal diri aku pulak. Fizikal aku sekarang makin gemuk. Yes maybe aku stress jadi aku makan. Sehingga berat aku mencecah 70kg dengan tinggi aku yang hanya 156cm. Aku jadi overweight. Dan semua orang tegur aku. Kenapa naik badan macam ni sekali. Jagalah sikit.

Aku jadi malas nak jumpa orang. Tapi aku sekarang dalam fasa nak turun berat. Aku target turun slow2 sebab umur pun dah 35 tahun. Of course metabolism badan pun dah rendah tapi aku depressed la sebab aku rasa aku bukan saja gemuk tapi rasa hodoh jugak.

Aku cakap kat atas tu aku malas nak urus diri. Dulu aku beauty conscious. Suka jaga kulit. Sekarang ni malas sangat2. Kadang2 tido aku tak basuh muka pun. Memang melampau tahap malas aku. Kadang2 aku terpikir kenapa aku jadi macam ni. Kenapa aku malas semua benda.

Selain tu aku ada problem dengan mak aku jugak. Bukan problem sangat pun. Tapi aku berjauh hati dengan mak aku. Betul la orang cakap. Anak yang duduk dengan mak ayah ni lagi banyak dosa daripada yang duduk jauh. Asyik kena suruh dan diabaikan perasaan.

Mak aku suka bila anak2 dia yang dok luar negeri tu balik. Dia yang sakit2 tu sanggup bangun prepare apa yang patut untuk masak. Lepastu cakap dengan anak2 dia yang aku ni tak menyumbang apapun. Pemalas. Tak ambik peduli hal2 rumah.

Aku geram je. Kadang2 aku diam kadang2 aku balas balik. Sebab sakit hati. Mak aku ni dia seorang yang sangat pendiam. Memang jenis dia. Aku faham. Dia suka berzikir dan baca quran.

Aku salute la dengan benda tu sebab aku tak mampu buat. Khatam quran sampai berkali2 sebulan. Bagus sangat tapi pendiam mak aku tu kadang2 buat aku sedih. Dia tak ambik tahu pun aku ni ok ke tak. Kalau dia tengok aku tak kerja dia akan cakap.

Tak pergi kerja tak kena buang ke? Bonus 2 ribu haritu tak dapat ke? Kenapa tak dapat? Bil elektrik air dah bayar ke? Ni barang2 dapur kena beli. Dah habis. Tu je la. Butir percakapan dia.

Kadang2 aku terfikir. Mak aku ni kalau aku tak kerja aku tak tahula macam mana penerimaan dia. Boleh kira la berapa patah je aku bercakap dengan mak aku tu. Dia tak pernah tunjuk kasih sayang dia. Aku pun tak tahu mak aku ni sayang aku ke tak.

Dalam aku dok berjauh hati dengan dia. Aku sedar one day bila mak aku tak de aku lah yang akan jadi orang yang paling sedih sebab aku duduk dengan mak aku ni dah lama.

Sebab kononnya dulu mintak kerja kat negeri kelahiran sebab nak jaga parents. Sudahnya beginilah ujian bila Allah bagi. Kadang2 aku pikir nak kerja luar balik. Nak duduk jauh balik tapi tak sampai hati pulak.

Aku sedih banyak perkara. Pasal kerja yang tak tetap. Pasal jodoh yang tak kunjung tiba. Aku rasa lonely yang teramat.

Di dalam sujud aku kadang2 menangis. Kenapa Allah uji begini. Tapi bila aku reflek balik apalah sangat ujian ni. Saudara2 di Palestin lagi hebat Allah uji. Setakat ujian ciput macam ni aku nak bersedih sangat. Come on la. Lemahnya iman kau.

Ni yang aku selalu cakap dengan diri aku tapi memang aku tak kuat. Dan aku terjatuh dalam prasangka kepada Allah lagi. Ampunkanlah aku ya Allah.

Aku sekarang ni memang kerja nya memerap dalam bilik. Aku nak cari motivasi dengan menonton podcast atau video being an oranganize and productive person tapi maybe take time. Aku ada buat timeline jugak untuk pelaksanaan perubahan aku dalam 90 harini.

Selain dari nak lose weight aku nak archive benda lain jugak. Aku nak happy sebenarnya. Aku nak tenang. Aku tak nak dah pikir pasal benda yang aku tak boleh nak buat apa especially pasal jodoh. Bukan aku tak berusaha. Aku join banyak dating apps. Sudahnya ke laut.

Ada juga aku confess dekat orang yang aku suka. Dia ghosting aku. Tanpa jawapan yang pasti. Aku move on dah pun dari dia tu cuma apalah sangat just reply ‘im not interested or I already have someone. Thanks’

Cukupla aku dah fine. Totally fine. Style aku. Hak orang aku tak kan kacau. Never ever la. Hmm. Malas dah fikir. Biarlah segalanya tentang perasaan berlalu seperti kabus malas. Hilang dan lenyap tanpa ketahuan.

Perasaan aku ni bila dah luah. Macam ok sikit. Mesti ramai yang akan suggest aku pergi travel or ada hobby sendiri. I did all those tapi travel pun actually tak membantu sangat. Healing sekejap je then balik jadi burn out semula. Orang kata recharge. Pergi umrah.

One of my friend dia pernah cakap. Kau pergila umrah 10 kali pun kalau kau tak nak berubah kau tak kan berubah. Place doesn’t matter. What matters is your heart and mind. Aku pikir ye betul juga.

Pasal hobby. Aku nak venture dalam hobby baru jugak ni. Masih tercari2 tapi rasanya nak focus hobby bersenam je la kot. Sebab nak lose weight. Harap2 menjadi.

Itu je lah. Aku sangat hargai constructive advices yang korang bagi kalau ada lah. Thank you so much.

– Aina (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan sis selalu.

    Sis kuat. Sebab tu Allah letakkan ujian tu untuk sis. “Allah tidak menguji kamu diluar kemampuan kamu.”

  2. tergelak kecil dlm hati saya bila saya baca ayat aina “aku pun tak tau mak aku ni sayang aku ke tak”.. sebab saya pernah tanya soalan mcm ni jugak pada mak saya “mak sayang saya tak?” mak saya jawab “sayangla, kalau tak sayang tak de nya besar panjang macam ni mak jaga”… tapi semua dah jadi kenangan sebab mak saya dah tak ada.. ketahuila aina yang mak aina sayangkan aina cuma dia tak tunjuk kasih sayang tu… semoga aina terus kuat dan dipermudahkan segala urusan aina…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *