Kawan Aku Beli Rumah

Dengar macam mustahil. Tapi rezeki orang kot kan, kalau rajin usaha. Pandai cari jalan, pasti Allah tunjuk jalan.

Nak cerita sikit pasal kawan aku yang dah ada 2 biji rumah.

Tadi masa tengah lunch dengan Labi, dia kata doakan loan rumah dia lulus.

Aku terkejut. Loan rumah mana pulak.. Bukan ko dah ada rumah ke.

Sebenarnya aku ingat dia ada sebuah rumah ja. Dia kata ni dia tengah plan nak beli rumah ke 3. So dia harap loan tu lulus.

Aku macam apa?? Rumah ke 3? Gaji ko berapa? Rumah apa pulak ko nak beli ni? Bertubi2 soalan aku bagi. Mau tak terkejut aku.

Ya la, zaman sekarang nak beli rumah begitu susah. Dek kerana harga yang mahal, loan pun susah dapat. Bayaran bulanan tinggi.. Tambah dengan komitmen lain. Dan macam2 faktor la.

Tapi si Labi ni macam senang2 ja dapat beli rumah.

Sekarang gaji Labi 2500 ja. Tapi komitmen dekat bank hampir 2k. Macam mana tu?

Tapi ye la, kalau ada bantuan family tak mustahil jugak kan.

Labi tak de kereta. Labi pakai motor ja. Tapi dia ada kereta family tapi dia jarang guna.

Family Labi ada sebijik rumah yang dah habis bayar. Rumah tu Labi sewakan sebulan 500. Masuk acc Labi.

Duit sewa tu Labi simpan. Setahun dekat 6k lebih. Dah berapa tahun dia simpan tak tahu la.

Pada tahun 2018, Labi beli sebijik rumah second hand dengan harga 80k. Kita letak rumah A.

Nasib Labi sebab beli rumah pertama. So dia dapat la benefit2 dari skim rumah pertama ku. Lepas tu dia keluar epf untuk bayar duit 10%.

Rumah tu Labi sewakan masa tahun 2019 dengan kadar sewa 500. Tapi Labi kata sekarang harga sewa 700 sebab kawasan tu memang sangat panas. Orang tercari2 rumah sewa.

Yang sewa 500 tu Labi tak naikkan sebab family tu dah lama menyewa. Labi tak nak bebankan orang. Tak sampai hati sebab orang tu anak ramai.

Yang sewa rumah a pun dia dapat 700 sebab dia sewakan bilik.

Masa first beli rumah A, Labi submit sekali penyata sewa rumah family dia tu untuk kukuhkan pendapatan.

Loan dia lulus dengan bayaran 350 sebulan. Labi bayar duit loan dengan gaji dia..

Tapi hasil sewa rumah tu pun Labi bayar kat bank. Kira bayar double triple la kan.

Let say gaji Labi 2500 + sewa rumah family 500 + sewa rumah a 700 = 3700 ( – tolak loan rumah a 350) = 3350

Labi memang tak de komitmen lain melainkan rumah a. Yang lain2 bil2, dia bagi parents tak tahu berapa la.

Tapi dia tingal dengan family.. So aku tak dapat agak berapa perbelanjaan dia yang lain2. So aku buat kiraan berdasarkan gaji dan loan rumah ja la.

Tahun 2022, Labi beli rumah dari project perumahan baru. Rumah B.. Katanya harga rumah tu dalam 260k rasanya.

Untuk rumah B, Labi kena bayar 1190. Dia dah dapat kunci last year.

3350 – 1190 loan rumah B = 2160 baki income dia.

Labi dah sewakan rumah B 850. Dah dekat 6 bulan dah dia bagi sewa.

Sekarang Labi bercadang nak beli rumah ketiga iaitu rumah C yang berharga 300k. Labi kata rumah C ni dia nak duduk sendiri. Tak bagi sewa.

Sekarang loan rumah A dan B = 1540

Untuk beli rumah C, loan tak lepas. Bayaran untuk rumah C dalam 1500.

Gaji : 2500 + 500 + 700 + 850 = 4550

Loan : 1190 + 350 = 1540

Balance ada lagi 3000 kan.

Tapi loan untuk rumah C tak lepas. Tak tahu kenapa.

Sekarang Labi buat partime sabtu ahad tolong kawan dia jual nasi tengahari. Kawan dia ada kedai makan. Sehari dapat 100.

So kalau minggu tu sabtu ahad ada 8 hari, bulan tu dia dapat 800. Dia suruh kawan dia masuk dalam acc bank dia supaya nak tunjuk income dekat bank.

Kalau tambah dengan 800 tu, kira lepas tolak loan dalam 3800 dia ada. Kalau loan rumah C approve, 3800 – 1500 ada baki dalam 2k untuk dia survive la kot.

Dengar macam best.. Tapi aku yang rasa menggigil.

Aku tanya dia satu soalan ja. Tak takut terciduk ke beb. Loan rumah ni bukan 3 4 tahun.. Tapi 30 tahun kot.

Kedepan2 kita tak tahu apa nak jadi.. Macam mana kalau jadi apa2, 3 rumah sangkut. Sekali gus boleh blacklist semua benda.

Aku bukan nak takutkan dia, tapi aku pulak yang getar perut dengar cerita dia.

Dia kata insyaAllah lagi 3 tahun dia akan settle loan rumah A. Sebab loan tu tak banyak.

Lagipun dia dah bayar dekat 5 tahun hampir 40k dah dia kata. Mungkin baki loan rumah A dalam 30k lagi.

Buat masa ni dia kata, loan untuk dua2 rumah 1540. Tapi sewa dua2 rumah 1550 dah boleh cover bayar bank untuk dua rumah tu dari hasil sewa tak masuk hasil sewa rumah family dia tu.

So dia tak risau pasal tu. Dia rasa setakat ni perancangan dia berjalan lancar ja.

Nanti settle loan rumah A, dia akan guna duit sewa rumah A dan duit sewa rumah family tu untuk bayar pada rumah B.

So dia akan bayar dekat2 3k jugak untuk loan rumah B. Kira bayar berganda jugak la.

Loan untuk bakal rumah C tak pasti apa plan dia. Sebab dalam proses buat loan.

Entah la, dengar cara orang nampak ja mampu. Nampak macam best..

Aku memang tak berani nak ambik risiko macam ni.. Aku mengaku, aku bukan berani macam Labi.

Dan aku juga tiada support family macam dia. Tambahan dia pulak bujang. Dengar income orang, harta orang memang rasa macam kita pun nak buat.

Tambahan aku pun masih menyewa. Bukan tak de niat nak beli rumah sendiri.

Tapi setiap bulan baki bank 7 ringgit.. Ermm masih jauh perjalanan ku.

Buat sahabat ku Labi, semoga impian mu untuk beli rumah ketiga akan tercapai ya.

Dalam usia kau 36 tahun kau dah bakal ada 3 biji rumah, memang buat aku kagum dengan kau.

– Dani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *