Terpaksa Berundur Diri

Aku Rihana. Umur aku 25 tahun. Aku nak buat confession tentang aku sebab aku ni memang bukan jenis orang yang suka share kisah peribadi kat orang lain even orang tu family sendiri or suami sendiri.

Namun, hari ni aku terpanggil untuk buat confession ni sebab aku dah buntu dah nak buat apa, nak kata aku tak serahkan urusan pada Maha Pencipta, hari-hari aku mesti doa menangis-nangis atas sejadah tapi aku masih tak tahu apa yang perlu aku buat.

Aku dah kahwin dengan suami aku dah 5 tahun. Kami kahwin atas sebab nak jaga nama baik keluarga.

Aku dengan suami kenal dari zaman kanak-kanak lagi sebenarnya sebab mak ayah kami berkawan baik siap mak ayah suami ni bersungguh nak aku kahwin dengan anak diorang.

Namun, mak ayah suami aku ni tak adalah terlalu nak memaksa sampai tak jaga perasaan anak sendiri.

Masa suami cakap kat parents dia yang dia dah ada pilihan dengan siapa dia nak berkahwin and orang tu ofc bukan aku, mak ayah suami aku okay jer. Tapi… Okay sekejap jerlah.

Bila mak ayah suami aku tahu yang perempuan yang suami aku ni berkenan masih berstatus isteri orang dan menunggu masa untuk bercerai, maka mula lah pandangan serong mak ayah suami kat perempuan yang suami aku berkenan sungguh masa tu.

Mak ayah suami aku ada kata, masa suami aku berkenan kat ex dia tu, mak dan bapak mertua aku tu sempat lagi berbahas isu status and hukum haram memperisterikan perempuan yang masih isteri orang,

Tapi suami aku ni macam dah mabuk cinta sangat dan perempuan tu boleh pulak jelaskan yang dia akan bercerai sebelum berkahwin dengan suami aku atas sebab suami dia pun curang itu ini.

Suami aku pulak masa tu memang tak sabar-sabar… Siap ia kan jer apa yang perempuan tu cakap.

Last-last perempuan tu hilang 3 hari sebelum majlis padahal sebulan sebelum tu dia ada inform suami aku yang dia dah bercerai and dah jadi janda bla bla bla. Duit hantaran apa semua habis lesap.

Sebabkan benda jadi 3 hari sebelum majlis dengan dewan dah book apa semua, akhirnya mak dan bapak mertua aku ni lah yang terpaksa tebalkan muka pujuk aku and family untuk terima suami aku as suami and menantu.

Aku awalnya tak setuju sebab nama dalam kad undangan pun bukan nama aku, and suami aku tu pun bukannya ada hati kat aku pun.

Namun akhirnya aku kena terima yang aku punya keputusan tak akan didengari sebab mak dan ayah aku dah buat keputusan untuk terima jer aku kahwin dengan suami aku.

Itu cerita beberapa tahun lepas. Cerita sekarang pulak, aku sering dipersoalkan about zuriat sedangkan sepanjang 5 tahun aku kahwin dengan suami aku, dia tak pernah nak sentuh aku pun. Dia pun kadang ada kadang tak ada kat rumah. Alasan yang dia pakai is sebab uruskan bisness dia.

Tapi yang lagi sakit is bila dia cover benda tu kat orang luar or family members. Semua acara family dia akan pergi and time tu jer lah dia akan tunjuk yang konon dia sayang sangat kat aku, padahal kat rumah nak ajak berborak pun payah.

5 tahun aku makan hati sampai rasa makin tawar dah hati ni. Bukan tawar jer, jijik pun ada bila pandang muka suami. 2 minggu lalu ada seorang perempuan datang rumah. Belum sempat aku jemput masuk dia dah masuk siap kata rumah tu rumah suami dia.

Mula-mula aku ingat dia perempuan gila, kalau gila kenapa pak guard tak halang dia masukkan. Tapi pelik jugak kenapa dia boleh masuk, dia pernah datang sini ke???

Then dia masuk bukan duduk kat ruang tamu ke apa, dia terus masuk bilik suami aku. Bilik tu pun aku tak pernah masuk, dia boleh pulak sesuka hati masuk. Tak sampai sejak lepas tu suami aku pulak balik and tak cakap apa dia terus masuk bilik.

Aku pun apa lagi terbakar meletup kebabom lah. Buat maksiat bila berdua dalam bilik lah tu? Sampai hati erk dengan bini dalam rumah pulak tu. Ye pun tak takut aku, takutlah kat Allah.

Bila aku dah bising-bising, perempuan tu terus bla dengan muka tak puas hati. Suami aku cuma senyap dengan muka macam nak marah aku.

Aku cakap kat dia “Kalau abang dah tak sayang saya or memang tak ada hati kat saya, ceraikan saya jer lah. Penat tahu penat!!! Penat dengan 5 tahun macam ni”.

Kau tahu apa dia cakap??? Dia cakap yang dia tu tak ada nafsu kat perempuan dan perempuan” tadi tu transgender yang dia kenal kat pub tempat dia selalu lepak. Dia sebenarnya tak kerja sampai lewat malam pun, dia selalu tak ada kat rumah tu sebab dia check in dengan malaun” tu.

Bila aku dengar maka aku lagi lah nak mengamuk. Jijik, kotor, hinaaa sangat. Dia perbodohkan aku, dia biarkan aku kena kecam sebab zuriat and banyak lagi.

Apa patut aku buat???

– Rihana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Bagitau both parents tentang perangai suami & mintak cerai. Suami you nak jd kaum nabi luth lantak dia..you cari kebahagiaan you.

  2. Salam Sis,

    pada pendapat saya, since sis kena kecam sebab pasal zuriat, sis kumpul bukti semua kegiatan aktiviti sis, cara layanan suami terhadap sis. Dalam masa yang sama sis bincang dengan suami jika dia masih meneruskan kegiatan tak bermoral dan jika perlu dapatkan nasihat pakar, sis rujuk lah. Ini melibatkan kehidupan dan kesihatan sis. Jika perlu memberitahu mak ayah sis, silakan. Saya doakan semoga urusan sis dipermudah. InsyaAllah

  3. Emmm, mungkin sis boleh kumpul bukti perangai durjana suami sis melalui gambar, record perbualan, or anything untuk bantu sis keluar dari rumahtangga tu dengan cara minta fasakh dan submit bukti just in case suami sis tak nak ceraikan sis cara baik. If one day tetiba dia nak sentuh sis, bahaya jugak sebab takut terkena penyakit kelamin std or seangkatan dengannya sebab berzina dengan transgender so obviously meliwat la kan.

    Apa-apa pun, semoga dipermudahkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *