Si buruk hitam

Si buruk hitam,
Tidak banyak yang ingin berkawan dengannya

Si buruk hitam
Pandai pun tidak, petah pon tidak
Amalan biasa2 sahaja
Cantik apatah lagi

Si buruk hitam
Yang selalu memendam rasa
Bukan rasa cinta, tapi rasa geram marah

Si buruk hitam
Selalu dipandang rendah dipandang lekeh

Si buruk hitam
Selalu dipersoalkan mengapa dia begitu begini
Begitu begini yang tidak boleh diubah
Malah kurniaan dariNya

Si buruk hitam
Tiada pernah berpunya, hanya satu hala
Apatah lagi dari hala yang lain

Si buruk hitam
Hati bertambah sedih, apabila yang sudah lama bersama mula menghina
Hinaan semakin rancak

Si buruk hitam
Membawa diri, menyendiri
Berfikir, mengapa berlaku semua ni
Salah siapa?!
Pernah berfikir untuk mempersoalkan mengapa dikurniakan begini olehNya
Tapi amalan yang ada sudahla tidak cukup, inikan pula ingin melawanNya!!

Si buruk hitam
Berfikir mengapa diri dilahirkan ke dunia..bukankah lebih baik mati sahaja
Tiada nilai di pandangan penghuni bumi apatah lagi penghuni langit

Si buruk hitam
Menangis dan terus menangis
Berhari2,
Bersunyi2 sahaja
Tidak mahu diketahui yang lain

Si buruk hitam
Semakin tertekan, memikirkan masa depan dengan keadaan diri

Si buruk hitam
Juga inginkan bahagia seperti yang lain
Namun tidak pernah percaya adanya bahagia dunia Adam Hawa bagi dirinya
Merasa diri terlalu hina
Lalu dilupakan terus apa yang menjadi salah satu seruan Nabi
Mungkin memang hanya di Akhirat kelak

Si buruk hitam
Sedar diri tidak seperti yang lain
Perlu lebih bijak mengatur diri
Perlu lebih berani mengambil langkah baru

Si buruk hitam
Akan terus memajukan diri,
Jauh dari orang yang selalu menghinanya

– Sis buruk

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *