Si Gadis KL yang dipandang hina

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi post pasal kisah saya.

Saya gadis kl,org nya takde la cantik mana. Hidung penyet,mata sepet,kulit putihla sikit. Kalau sekali tengok mesti ada iras2 anak cina. Tapi saya takde pun keturunan cina.

Sebelum zaman saya masuki u(matriks),maaf ye saya bukan student UIA. Saya ramai jugakla peminat. (Bukan perasan,tapi kwn baik saya cakap macam tu). Saya pun tak tahu kenapa,mungkin sebab saya ramah. Ramai yang suka nak berkawan agaknya.

Nak dijadikan cerita, ada seorang kwn laki saya mula berkawan rapat dgn saya atas sebab saya tak pandai math. Dia berasal dari utara.Dialah yang jadi sifu saya dlm sbjek math. Lama lama kami berkawan. Kami jatuh hati. Masa tu,walaupun umur masih muda. Dia simpan hasrat nak jadikan saya yang sah buat dia. Lepas dari matrik. Bila dia sampai kan hajat dia pada ayahnya, pada mulanya ayah dia okay je. Yang jadi tak okay nya. Bila ayah dia tahu saya asal daripada KL. Apa yang disampai kan oleh dia tentang ayahnya, ayahnya kata orang KL ni pemalas. (Sebab mereka asal orang kampung. Ayam,kambing,lembu sendiri sembelih untuk makan. ) Orang KL kebanyakkan nya beli barang basah siap dari pasar,itu yang dikatakan pemalas. Lagi satu apa yang ayah dia tak berkenan,orang KL ni rosak akhlak. Sebab pada masa tu,gambar yg si dia tunjuk pada ayahnya ialah gambar saya yg btudung bawal bidang 45,selempang pula,tak menutupi dada(zaman tu saya masih tak tahu tentang penjagaan aurat yg sebetulnya). Dan paling saya kecewa,ayahnya kata orang KL xpndai masak. Selalu mkn kat luar.anaknya memang pandai msk,xdisangkal la dia penah bwk rendang dgn sambal ikan bilis yg dia sendiri masak. Sedangkan masa tu,saya pandai masak air,nasi dgn maggi je.(alpa kan saya) Hati mana yang tak sedih,atas segala yang dicakap oleh ayahnya semua betul. Jadi aku putuskan hubungan dgnnya sbb saya rasa saya tak mampu utk turuti semua yang ayah nya mahukan.

Setahun lepas masuk U,saya kumpul kekuatan untuk berubah. Alhamdulillah saya sudah mula memakai pakaian yg menutup aurat sebaiknya. Saya rajin turun dapur tolong mak,makcik,mak angkat saya masak. Dekat u saya beli rice cooker dgn pelbagai alatan dapur. Saya belajar masak dari internet. Kawan2 saya semua nya saya jadikan tikus makmal utk rasa dan komen masakan saya. Alhamdulillah. Walaupun tak semua pandangan ayahnya saya boleh ikut. Tapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat.

Saya dah pun ada tunang sekarang yang terima segala baik buruk saya. Tapi kesian pulak dia,selalu je jadi batu prasangka saya sebab dia pun dari utara. Mungkin sebab masih trauma dgn kata2 dari orang utara yg anggap orang kl ni teruk sangat. Maaf ye orang utara,saya bukan bsifat kenegerian cuma saya masih sedih dgn kisah silam.

Semoga saya lebih redha dgn tuduhan yang tak baik diperkatakan tentang org Kl. Walau sekadar seorang je.

In shaa Allah,saya akan jadi lebih baik dan usaha utk tak pandang buruk pada sesiapa walaupun mereka pernah calitkan tuduhan2 yg seseorang itu xmampu berubah.

Kepada awak,lelaki di zaman matrik saya tu. Berhenti la pm saya di fb dgn harapan nak bermesra. Saya minta maaf sbb saya dah ada yang lebih memahami dan sesuai dgn pembawakkan diri saya. Saya tak mahu dia(tunang) terluka sebab saya bermesra dgn lelaki yg pernah saya sayang.

– Sis yang sedang berubah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Ni isu lain…tpi minda rakyt kite mmg cmtu…bile kwin nk sme negeri…klau stu selth stu utra…ktenya sush nk balik rya…mcm la prkahwinan tu untk balik rya je…

    Biaae la tu sis..ad mslah..sbb Allah tau kte x sesuai dgn die…ad yg lebih sesuai dgn die..beks kekasih tu x perlu lyn..nnt jdi hal lain plak…dn knp sis msg je beks keksih sis tu..knp mention dlm ni..prlu tunjkkan ketegsan pd lelaki ni kdg2 bukn stiap mse lembut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *