Si gadis malang

Si gadis malang

Miss Pemalu,

Kisah awak hampir sama macam saya. Dulu, saya terlalu menjaga hubungan saya dengan dia, sebab dia orang yang punya agama. Baik orangnya (tapi ada niat disebaliknya.) Sampai satu tahap, kami putus tanpa alasan yang kukuh. Masa tu saya menyesal, saya anggap saya dah kehilangan lelaki yang benar sayang saya, yang saya sangka mampu membimbing dan melindungi saya. Kami putus bukan dengan cara yang baik, dia mula berubah angin, saya ditengking, dihina tanpa sebarang alasan. Namun disebabkan hati masih sayang dan berharap, tak pernah sekali saya lupa selitkan nama dia dalam doa, supaya dia dapat menerima saya kembali, disatukan dan dikuatkan jodoh kami.

Sampai satu ketika, dalam tempoh sebulan, kami terserempak dan dia membawa saya kembali dengan dia. Tanpa rasa was-was saya terima sebab hati masih sayang. Niat nak menghalalkan hubungan secepatnya, tapi sama sama masih belajar dan wang belum tentu ada. Saya mula sedar, lelaki yang saya kenal sebelum kami putus cinta bukanlah lelaki yang saya kenal selepas kami balik bersama. Dia berubah 360°, atas alasan dia kecewa semasa kami putus dulu. Dia sentiasa sibuk, tidak pernah punya waktu untuk menghubungi saya, saya akur dan percaya dia. Bila saya cuba menghubungi dia, dia tuduh saya tidak memahami dia. Kami berjumpa setelah hampir sebulan tidak bersua, semua terjadi terlalu pantas sampai tahap dia berani menyentuh saya. Wallahi, saya cuba melawan, tapi permainan syaitan sangat hebat dan saya kalah. Bila hati dah sayang, mana ingat neraka dunia. Kami terus melakukan benda tersebut dua tiga kali sampai saya sedar, dia nakkan saya hanya kerana nafsu, untuk melepaskan gian melalui whatsapp/call. Saya berdoa agar diberi petunjuk dan keampunan. Yang di Atas jawab doa saya satu persatu, benda yang kabur dimata, makin jelas kelihatan, sampai saya tahu, dulu sebelum putus, dia ada yang lain, tapi dia tuduh saya yang berubah, kononnya saya yang curang sedangkan saya sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Malah mereka masih bersama ketika dia ajak saya kembali. Rupanya ketika dia sedang sibuk bekerja, dia melayan perempuan lain. Segala apa yang dia pernah cerita tentang diri dia, keluarga segala benda dia pernah lakukan adalah rekaan semata-mata. Dia sanggup menipu untuk mendapatkan saya. Saat dia sentuh saya, saya tahu itu bukan perbuatan kali pertama walaupun dia cuba menidakkan benda tersebut. Dia cuba menyakinkan saya bahwa kami akan menikah kelak. Saya tertipu, marahnya pada diri, saya marah dia, malunya saya, tercalarnya maruah saya. Rupa-rupanya, dia mula berjinak dengan dunia syaitan dari zaman remaja, dia menipu saya, dia cakap dia tak pernah sentuh anak dara orang, rupanya dia pernah melakukan perkara terkutuk tersebut berkali-kali! Hancurnya hati saya hanya Allah SWT yang tahu. Saya mengharapkan dia bertanggungjawab terhadap saya tapi saya dihina dan dibuang seperti sampah kerana hati berbelah bagi pada perempuan lain. Sedih mengenangkan nasib diri. Bila saya persoalkan apa silap saya sampai dibuat begini, dia hanya mampu jawab "saya salah."

Lelaki yang dulu mengajar saya agama dialah yang menghancurkan hidup saya. Marahnya saya pada diri, rasa jijik, rasa hina! Saya ditipu mentah-mentah, saya dipergunakan. Sakitnya hati saya. Dia mengubah diri saya, kepada seorang manusia yang pendendam, ajar saya untuk jadi kejam. Saya tak pernah menyalahkan Tuhan atas dugaan ini, tapi saya salahkan manusia yang bertopengkan syaitan! Kepada kau, hidup didunia berputar, puas aku sabar dengan sikap kau, paling aku takkan dapat lupa bila kau berani angkat tangan cuba nak menampar masa aku cuba perbetulkan keadaan, segala hinaan, perasaan marah yang kau lemparkan aku telan. Setiap titisan air mata aku, takkan buat kau tenang. Kau buat aku derita dalam kau bahagia. Kau ingat, Allah itu adil. Balasan itu pasti. Kau, aku takkan maafkan.

– Si gadis malang

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *