Si Yatim Perempuan Tanpa Waris

Assalamualaikum. Aku Aliya, confessor series story Aku Cuma Nak Rasa “Belong”.

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged-iii/).

Kali ni aku nak share cabaran sebagai Anak Yatim Piatu Perempuan Tanpa Waris.

Kenapa aku share? Supaya kalau korang ada kawan, anak buah atau kenalan yang seperti ni korang faham situasi yang dia alami. Andai kata korang ada terjumpa mereka crosspath dalam kehidupan korang, permudahkanlah urusannya jika kamu ada bidang kuasa. Allah akan bantu korang di akhirat kelak. Insya Allah.

Okay kita start daripada selepas habis sekolah. Cabaran pertama ialah bila habis SPM nak masuk Universiti. Bila takde mak ayah, kau kena pikir sendiri hala tuju hidup kau. Siap siap buat masterplan. Apa kau nak. Kau tak boleh main main. Sebab sekali kau tergelincir takde sape nak kutip kau. Cepat cepat matang. So otak kau kena fikir sampai kau nak keje nanti.

Orang lain yang ada mak ayah atau abang kakak beruntung sangat boleh tanya2. Tapi kau as the first one, takde mak ayah plak tu so buat Masterplan hidup kau. Siap settlekan back up plan sekali. Termasuk bab kewangan. Kalau ada part yang makcik aku boleh bantu, bantulah. Kalau takde, pandai2 kau settle sendiri.

Orang lain kehulu kehilir mak ayah print kan borang la, belikan pin no untuk UPU lah. Tolong itu ini. Ohh tidak kau kena proaktif. Buat sendiri. Fahamkan flow and instructions. Cari maklumat and dapatkan update and alert dengan tarikh penting.

Pandai2 cari orang nak tanya and networking yang baik untuk tanya benda2 ni. Takde internet pepandai merempat cari. Takde transport nak kehulu hilir, pepandai la pikir pinjam ke naik public ke apa ke uruskan. Yang penting aku nak masuk universiti. Dah settle jangan lupa tawakkal ! Ingat kau tu sebatang kara. Allah je kau ada.

Then, bila dapat offer universiti benda yang aku akan menyusahkan orang ialah sape nak hantar aku pegi universiti masuk kolej angkat barang semua. Kalau lah aku ada duit masa tu, aku nak je upah kete sewa tak payah susah kan pak cik aku. Orang ada mak ayah senang je. Bagitahu je tarikh bila, siap hantar angkat barang kat kolej dengan pakej bawa pegi makan jalan2 dulu.

Aku? HAHAHAHA. Nak hantar pegi kolej je pun, dia punye diskusi dalam family besor macam nak hantar pegi buat haji. Berkiranya nak bayar duit minyak, tol, masa semua. Cuba anak sendiri? Mesti tak cemtu kan.

Takde ye nak singgah2 makan ke apa. Kalau kata hantar kolej, itu je la. Cukup beruntung orang nak hantar kan. Kalau tak merempat la aku pepandai nak pegi universiti acane. Sadis hidup takde mak ayah weh. Appreciate la korang sape ada mak ayah tu.

Pastu tak kira dah habis sem, nak kena angkut kau & barang lagi balik. Aku cukup benci nak minta tolong sedara. Bukan tak nak, orang berkira gais. Aku lebih rela cari sendiri. Jadi, aku cari solusi better duduk rumah sewa tak payah angkut2 barang. Pandai2 la susun atur kewangan macam mne nak cover belajar and sewa rumah.

Masuk bab intern pulak, kita perlukan transport gais. Bukan gedik tak nak naik public. Sebab takde public transport access gais. Nak bayar grab apa semua tak mampu. So, cuba minta motor berbekalkan duit simpanan sikit plus atuk cover skit, dapatlah motor. Itupun bergaduh gais.

Bergaduh kata aku pakai duit atuk. Habis aku nak pakai duit sape? Aku takde mak ayah. Memang aku ada atuk je yang jaga bajet kewangan aku. Allahu. Cuba anak sendiri? Terus sediakan transport sebab faham anak tu nak bergerak susah.

Ingat intern ada duit ke? Kalau company bg ada la. Kalau takde? Nak makan apa? Buat part time gais. Nak cover makan and sewa rumah. Gigih buat part time keje dlu. Dapat la RM600-RM900 duit boleh tampung mcm2. Berjimat entah macam mana aku boleh survive aku pun tak tahu. Semua Allah bantu gais. Rasa nak nangis rasa tak cukup. Tapi Allah sentiasa cukupkan. Pelik bin ajaib kalau pikir balik. Kuasa tuhan.

Nak pegi interview pakai duit tak? Kalau dah daripada Melaka ke KL nak interview. Pakai duit banyak. Nasib ada ramai member area KL boleh tumpang tidur rumah sebab nak interview kt KL. Kalau takde? Nak tidur lagi. Perempuan kan. Takkan tidur sesepah pula. Keselematan pula macam mne. Allahuakbar. Cuba ada mak ayah? Semua boleh hulur. Kalau tak banyak pun sikit. Aku? Pandai pandai la cari.

Nak start keje pulak dah. Pakai duit tak? Pakai gais. Nak start keje baru kalau takde public access kena ada transport. Syukur ada motor. Pakai lah aku panas hujan naik motor. Hari hari doa zikir supaya tak accident. Baru keje takde medical insurance. Kalau accident, aku menyusahkan mak cik aku lagi. Lagi lah orang benci.

Cuba ada mak ayah macam kawan aku tu. Dah sediakan kereta gais, paling busuk pun boleh pakai kete mak ayah pegi keje. Jimat kan? Bayar minyak je. Servis, roadtax semua mak ayah bayar. Yang penting anak senang nak pegi keje.

Belum lagi nk masuk rumah sewa kalau jauh. Pakai duit tak nak masuk rumah sewa? Pakai gais. Nak bayar deposit. Sebab aku takde mak ayah. Gadai gelang emas aku yang arwah ibu hadiahkan. Itu je sumber ada. Cuba ada mak ayah? Setakat RM400 deposit apa semua tu apa la sangat kan. Senang je hidup. Minta je mak ayah. Nanti mak ayah kasi. Menangis aku gadaikan gelang tu. Takpelah banyak manfaat aku dapat.

Dah start keje first, perlu tak ada pakaian yang proper kalau masuk office? Perlu gais. Tak minta mewah. At least proper gais. Pakai duit tak? Pakai untuk beli kasut & baju yang proper. Allahuakbar. Sungguh banyak nak kena keluar duit. Nampak macam sikit je tengok, untuk orang yang ada sumber kewangan atau back up nampak kecik. Tapi beban kat mata aku. Sebab aku cari sendiri.

Bila nk keluarkan kereta pulak. Bila kau baru start keje dengan gaji RM1800 pastu keje kau kena guna kete sebab kau Sales & Marketing Executive, nak lepas bank pun susah. Baru keje. Perlukan guarantor waris pulak. Kena ibu bapa & adik beradik je boleh. Kau rasa aku nak minta tolong sape?

Aku terpaksa tanya ayah aku yang tak pernah tanggung aku daripada kecik tu. Dah itu je waris yang aku ada. Sebab kereta tu je, dah gaduh besar plk mak tiri aku dengan ayah. Aishhh aku benci sungguh minta tolong orang. Kalau lah gaji aku besar sikit, sungguh aku tak minta tolong la sape sape. Menyusahkan orang.

Tapi tuhan tu Maha Mendengar. Hari hari aku doa minta gaji naik. Atau diberikan rezeki tempat keje lain. Akhirnya dapat, upgrade gaji. Alhamdulillah dapatlah rasa beli kereta & boleh pakai buat keje. Bila dah dapat aku lebih menghargai. Sebab tahu nak dapat susah.

Okay kita masuk bab kahwin pulak. Ingat senang ke takde mak ayah ni. Memalukan weh. Kalau meninggal takpe. Yatim piatu la kan. Ni ayah ada cuma tak responsible ke atas kau. Pastu dengan kau duduk dengan mak cik pulak. Adik beradik kau pulak bersepah dengan mak sedara lain. Adesss malu weh nak cite kat bakal mertua.

Orang pandang pelik je. Macam bermasalah je aku ni. Padahal aku daripada background educated. Cuma nak buat macam mana. Dah mak aku meninggal. Ayah aku kahwin lain & tak boleh jaga aku. Pastu atuk & mak cik aku yang kena jaga aku. Aku nak buat macam mne weh. Bukan aku pilih. Allah dah tulis cemni.

Orang pandang serong. Nak cte pun malu. Tak macam kawan2 perempuan aku yang lain. Lengkap family semua. Senang nak cakap. Hembus je la. Aku ni complicatednya lah. Pastu belum lagi orang kesiankan kau macam kau ni tak okay plk. Sedangkan kau elok je. Sebab kau takde mak ayah seolah olah kau ni hina giler orang pandang. Macam kesian yang melampau lampau sampai tanya soalan2 annoying.

Contohnya, hubungan dengan ayah okay ke? Kenapa tak duduk dengan ayah? Mak tiri okay tak? Mesti rasa lain kan duduk dengan makcik sbb tak sama macam mak sendiri? Apa lagi soalan yang nak buat aku sentap semua ada. Entahlah. Annoying. Yang penting aku jawab dengan professional and jawab dengan ringkas siap senyum tanda aku okay je. Kau tak payah nak sedih sangat la. Pastu nak buat aku sedih dah kenapa. Aku okay je kut.

Nak kahwin kena cari ayah. Dah la tak rapat. Pastu mak tiri kau pulak giler. Tak dibaginya aku ni contact dengan ayah. Kesian. Ayah aku tu whatapps aku curi2. Apekebenda lah. Malas aku nak layan. Ingat aku ni nak sangat la agaknya harta ayah aku tu. Haish.

Pastu bila kau kadang2 ada tergelincir sikit macam musim Covid-19 ni kan, nak tukar keje la apa la. Nak masuk rumah baru lagi. Pindah tempat keje kan. Gaji kena potong plk. Nak bayar roadtax lagi. Sape aku nk minta tolong kalau takde simpanan? Kena maki weh dengan atuk minta tolong atuk. Aku ni baru nak start hidup weh.

Haih. Bukan aku takde gaji. Bukan takde simpanan. Cuma tak cukup. Aku siap buat bisnes nak extra income. Tapi tak memberansangkan lagi bisnes aku. Allah mati kutu. Nasib mak cik aku hulur sikit. Lepas kena maki. Kena pandang rendah. Baru lah dapat. Cuba anak sendiri? Terus tanya kau ada duit ke nak makan tu. Aku? Hmmmm harapan lah orang nak tanya.

Sebab tu aku suka hidup kat luar jauh daripada keluarga. Supaya boleh corak hidup sendiri. Kalau dalam rumah mak cik, dah la rasa tak belong kena mental torture lagi. Aduih.

Apa apa pun Allah Maha Penyayang. Banyak pertolongan Allah bagi dalam setiap cabaran. Alhamdulillah dapat keje baru di tempat baru. Upgrade lagi gaji. Insya Allah aku akan do better. Sebab sedar diri takde sape sape, aku akan usaha supaya tak susahkan orang lain.

Aku sayang mak cik & atuk aku yang dah besarkan aku. Kalau boleh aku tak nak dah minta tolong mereka. Aku nak berdikari betul betul kukuh atas kaki sendiri.

Doakan yang baik baik ye untuk aku gais.

Terima kasih sudi baca.

Assalamualaikum.

– Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *