Aku Cuma Nak Rasa “Belonged” III

Belum cerita bab raya, kau bayangkan hari raya orang pakai sedondon dengan adik beradik. Aku tak pernah ada baju sedondon dgn adik aku. Sampai besar..

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged-ii/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca episod demi episod tentang kisah aku Aliya daripada storyline, Aku Cuma Nak Rasa “Belong” I & II. Terharu jugak ramai yang minta aku sambung. Yup memang aku ada niat nak sambung cerita ni sebab panjang kalau dalam satu entry.

Okay kali ni tentang adik beradik kandung aku. Okay based on cerita episod pertama aku dah bgtahu kami terpisah adik beradik daripada kecik sebab dijaga oleh mak sedara & pak sedara which is adik beradik arwah ibu.

Terpisahnya tu maksudnya tak tinggal sebumbung. Aku duduk dengan atuk & makcik. Adik perempuan aku pulak dengan Pak Long. Adik lelaki dengan Mak Long (sepupu arwah ibu). Nanti aku explain satu satu.

Cerita aku ni memang complicated. Sebab even kalau orang depan mata pun aku kena explain sikit2. Sebab kisah aku ni tak normal macam kisah hidup orang lain. Aku faham bila aku inform tentang keluarga aku cemni, pastu orang kerut dahi.

Okay sebelum nenek meninggal, aku tinggal di Johor dengan Atuk & Nenek. Sampailah aku 12 tahun. Pastu aku ikut mak cik ke Melaka pula sebab nenek dah meninggal masa tu.

Sepanjang aku di Johor dengan atuk, adik2 aku berada di Melaka. Nak jadikan cerita rumah mak sedara & pak sedara aku ni sebelah2 atau belakang2 rumah aje. Sebab tuh tanah arwah nenek. Anak beranak buat rumah kat situ. Share laman rumah. So berderet lah rumah pak sedara & mak sedara ni. Tanah lot kampung. Kan biasa buat rumah macam tu.

So aku start rapat dengan adik beradik ni masa aku dah follow mak cik pegi Melaka. Kalau tak kami jumpa time raya aje waktu semua org balik rumah atuk. Haish malas nak citer pasal raya. Aku selalu sentap daripada kecik. Nnt la aku citer pasal tu.

Masa aku datang Melaka, mak cik aku ni buat rumah belakang rumah pak long. Adik perempuan aku ni duduk dengan Pak Long. So rapatlah kami. Tapi pada awalnya Mak Long aku ni tak berapa suka aku. Dia tak suka aku rapat dengan adik aku. Entahlah memula aku tak faham kenapa. Hujung cerita ni korang akan tahu.

Adik perempuan aku ni sgt beruntung lah. Dapat duduk dengan family Pak Long & Mak Long. Keluarga mereka sangat educated. Boleh dikatakan lebih senang daripada keluarga mak cik aku yang jaga aku ni. Mak Long aku tu jaga adik aku daripada adik aku tu dalam inkubator lagi. Memang sayang betul la. Mak Long aku tu takde anak perempuan, lagi la sayang macam apa kat adik aku. Beruntung dia.

Kalau kata pakaian, duit, makan, berjalan tu fuhhh memang aku cakap seronok la. Kau bayangkan kau duduk belakang rumah je dengan adik kau. Tapi kehidupan kau berbeza. Kau boleh tengok adik kau pakai baju baru, pegi jalan2 and dia ada mak yang sayang dia giler2. Aku ni kakak dia tapi orang tak nampak aku ni kakak dia sebab lain rumah. Makan hati je aku kecik2 dulu. Sedih.

Belum cerita bab raya, kau bayangkan hari raya orang pakai sedondon dengan adik beradik. Aku tak pernah ada baju sedondon dengan adik aku. Sampai besar. Sebab apa? Kita hanya adik beradik atas surat beranak. Bukan dalam kehidupan reality. Adik perempuan aku ada family dia sendiri.

Kalau hari raya orang selalu tanya “ohh inilah anak arwah dulu kan?” Aku pun jawab ye. Kami adik beradik. Nanti mak long aku akan cepat2 claim adik perempuan aku tu, “Aah yang ini anak perempuan saya yang saya bela”. Aku? Ada tak mak cik aku yang jaga aku nak claim aku ni dia punye? Tak pernah gais. Tak pernah. Tak pernah sekali.

Aku malas nak citer bab hari raya ni. Benci. Sebab tak seronok takde family sendiri. Orang yang ada dlm rumah pulak takde la beriye nak buat aku rasa belong. Aku ni penumpang. Penumpang sementara aku tak kahwin lagi. Tak macam adik2 aku. Mereka mmg dianggap anak sendiri. So bila makin besar, aku malas beriye bila hari raya. Aku chill biasa biasa je. Soalan and situasi sama je. Repeated setiap tahun. Dah boleh hafal script dah.

Tapi kontranya pada benda lain pula, adik perempuan aku ni macam orang gaji dibuatnya. Memang mendidik jadi anak dara pandai buat segalanya serba serbi. Tapi kesian la pulak kat adik perempuan aku memang semua benda dia yang buat. Sedangkan aku pula mak cik aku tak pernah treat macam tu. Mak cik aku ni permbersih, rajin, pandai masak, pengemas, cikgu mengaji.

Kau rasa masa aku kecik2 kena train dengan mak cik aku ni macam askar kau tahu. Tapi alhamdulillah sebab kena didik macam tu la aku dah besor panjang ni pandai serba serbi. Cuma mak cik aku takkan kacau aku buat kerja rumah bila aku nak exam atau nak study. Terharu pulak bab tu. Ada pro & cons nya. Aku syukur je. Yela dulu budak kecik. Merengek je pandai. Dah besar2 ni dah pandai dah menilai.

Okay tu kisah adik perempuan aku. Ni aku citerkan pulak pasal adik lelaki aku. Adik lelaki aku ni lagi lah mewahhhhhh yang amat aku kata. Mak long (sepupu arwah ibu) ni yang jaga adik laki aku. Kenapa dia kan? Okay dia ni anak buah atuk aku. Atuk aku jaga. Dah macam adik beradik arwah ibu la kiranya. So dia takde anak lelaki, jadi dia amik adik laki aku. Rumah dia belakang rumah aku je. Dekat dekat rumah kami ni.

Mak long ni ada anak perempuan tunggal. So kau bayangkan dia punye kasih sayang dia bagi pada satu satunya anak lelaki yang dia jaga which is adik aku. Fuhhh adik laki aku ni antara kami bertiga dia lah yang paling mewah and ibarat ditatang minyak yang penuh. Adik laki aku tak pernah hidup susah. Sikit pun tak pernah. Eishhh daripda kecik nak apa je pasti dapat. Beruntung lah cakap. Orang kata lahir dlm dulang emas.

Tapi kekurangannya disini, mak long (sepupu arwah ibu) ni sangat2 queen control. Adik aku ni tak boleh keluar rumah dengan kawan. Tak berjalan dengan kawan2 kat bandar ke apa. Tak boleh bersos**l. Tak boleh selalu jumpa dengan kami. Tak kenal dunia luar. Tak pernah keluar la daripada negeri tu. Semua benda tak boleh. Kalau nak pegi mana mana kena bawa mak long aku tu sekali.

Aku gambarkan adik laki aku ni hidup dalam sangkar emas orang kata. Dia senang macam hidup dalam istana tapi langsung tak bebas. Jangan kata pasal buat keputusan sendiri. Lagi lah tak boleh. Syukur aku tak hidup dengan mak long aku yang ni. Tetiba aku punye syukur tu memang melambung lambung tingginya. Sungguh Allah tahu apa yang terbaik.

Okay both mak sedara aku yang jaga adik adik aku ni tak suka aku rapat dengan adik adik aku. Dulu aku tak tahu kenapa. Aku macam sedih jugak la. Dah la dalam rumah sendiri rasa tak belong. So aku nak rapat dengan adik beradik sendiri pun tak boleh. Ayah tak boleh rapat dengan aku sebab mak tiri tak bagi. Apa je aku ada dlm dunia ni ? Sampailah kes kami semua contact ayah tu. Baru terjawab persoalan2 b****h yang ada.

Masa kes jumpa ayah tu pun, teruk adik adik aku kena dengan mak mak dorang ni. Kena maki hamun kata tak sedar diuntung orang dah bela katanya sibuk lagi nak cari ayah dia nak buat apa. Pastu dikatanya kat adik adik aku ni, kalau nak sangat jumpa ayah tu haaa pegi berambus amik baju ni semua. Pantang ada silap sikit terussss kaitkan sebut pasal ayah. Walhal takde kena mengena. Macam sakit sungguh hati mereka ni pasal ayah.

Kau rasa kami 3 beradik ni macam tikus lari sembunyi2 nak tahu pasal asal usul sendiri. Budak zaman sekarang jangan ditekan. Lagi kau tekan, lagi dia nak tahu kenapa. Sebab tu kena ada komunikasi dengan anak2. Dengar. Cuba jadi PENDENGAR UNTUK ANAK ANAK. Disebabkan kau tak nak mendengar jadi mereka amik keputusan cari sendiri.

Haaa masa kami dapat contact ayah kan, terkejut beruk mereka ni. Ingatkan boleh sorokkan, eh Allah jumpakan jugak kami dengan ayah kandung. Allah dah tulis takdir tu.

Lepas dah gaduh2 dengan kes mak tiri dulu tak kasi ayah bagi nafkah and jenguk kami tu. Barulah mak sedara yang jaga adik2 aku ni buka bijik mata tentang niat kami. Baru lah dorang ni sangka baik tentang kami. Inilah dia punca dorang benci aku rapat dengan adik beradik aku. Katanya aku ni nanti hasut adik2 suh duduk dengan ayah.

Aku tergelak dalam hati dengar statement tu. Aku sendiri tak nak takkan lah aku nak letak adik2 aku. Macam aku cakap dalam post yang lepas, tujuan kami cari ayah cuma nak tahu tentang asal usul kami. Nak kenal sape ayah kandung. Macam mana hidup dia. Kenapa dia tak datang tengok kami. Apa sebab dia senyap. Dia tak sayang kami ke.

Haa benda benda gitu jela. Dah jumpa, dah terjawab, cuma nak jalinkan hubungan yang baik aje. Walau tak rapat pun, at least kenal. Takde lah hidup ni rasa macam tak bermakna sebab tak pernah kenal diri sendiri. Perfect macam mane pun kehidupan kita pasti terlintas dihati nak tahu asal usul diri. Itulah kami.

Aku pasti tujuan kami tak salah pun. Setelah apa yang dah berlaku, walaupun kami kenal ayah. Tahu ayah duduk mana. Takde pun kami ni macam hamakk sgt nak stay dengan ayah. Sebab kami tahu ayah dah ada keluarga dia sendiri. Barulah mereka orang orang tua ni sedar tentang niat kami ni. Tentang diri kami ni. Itulah orang tua ni tak pernah nak mendengar. Asik dia je betul. Budak budak ni semua salah. Sampai dorang ni lupa bahawa kami bertiga ni dah besar gajah boleh berpikir dan menilai.

Barulah puas hati kami. Sepanjang kami hidup, kami dengar sebelah pihak je. Asik yang buruk2 je pulak tu. Now, puas hati kami bertiga dah tahu and dengar daripada kedua dua belah pihak.

Ayah baik orangnya. Aku nampak ayah sangat bertanggungjawab pada ibu tiri dan adik2 tiri aku. Segalanya dicukupkan keperluan. Ayah rajin. Kemas. Aku suka tengok sikap ayah. Cuma satu je aku kurang berkenan, ayah tak boleh buat keputusan. Dia takde pendirian. Mungkin sebab tu la jugak atuk tak percaya nasib kami bertiga di tangan ayah.

Atuk dan mak2 sedara aku semua dah berkorban macam2 untuk besarkan kami. Walaupun kami ni ada degilnya namun tak pernah sekali rasa nak buang kami. Memang tak sempurna. Adik2 aku pun ada pro & consnya. Begitu juga aku.

Allah letak kami ditempat yang betul. Aku kenal diri aku macam mane. Sebab tu aku hidup dengan atuk & mak cik. Kalau lah adik2 aku yang ganti tempat aku sumpah aku rasa dorang d3pr3ss and low self esteem. Aku ni pulak memang jenis “ketegaq” sikit orang utara kata. Aku je agaknya dalam 3 orang ni boleh hadap situasi aku.

Kalau aku ditempatkan ditempat adik2 aku pulak, pastinya aku meninggal dunia kutu. Aku jenis suka buat keputusan sendiri, tak suka orang tentukan hala tuju hidup. Sebab aku dah ada masterplan apa aku nak. Pastu aku jenis tak suka orang ikat sayap aku. Patutlah aku dapat mak cik aku yang jaga aku ni jenis suka encourage aku terbang tinggi2.

Allah Yang Maha Adil lagi Maha Pengasihani. Setelah berpuluh tahun hidup akhirnya aku jumpa hikmah. Kesedihan aku beransur lenyap sebab redha. Kebahagiaan aku makin muncul asbab aku selalu panjatkan rasa syukur. Penantian mencari hikmah sudah pun berakhir.

Alhamdulillah inilah kalimah yang tak lekang kat bibir aku setelah segala yang aku tempuhi. Allah ni Maha Baiknya pada kami semua. Tak tahu aku nak cakap storyline aku yang Allah dah tulis di Luh Mahfuz tu. Dahsyat. Terharu. Sedih. Gembira. Mcm2 aku rasa.

Kini, aku makin matang. Dalam tindakan semua. Contoh kalau tak nak terasa pakai baju raya tak sama, so aku akan ambil tindakan proaktif untuk beli baju yang sama dengan mereka. Kadang2 aku belikan terus untuk satu family. Dulu takde duit, sekarang ada duit kita gunakan untuk kegembiraan bersama.

Lepas tu, kalau mak long aku nak claim adik aku tu dia punye. Anak dia. Tak nak bg nampak aku ni kakak adik aku. Aku akan sambung pick up line, “Haaa saya pulak anak perempuan yang dijaga oleh makcik aku”. Terusssss zasss bagi sedebik pro-claimed sendiri. Walaupun nampak syok sendiri. Tapi itulah kebenarannya. Orang tak nak claim aku. Aku bg statement real. Kita tetap bersopan santun. Cuma proaktif sikit.

Dulu sedih takde orang nak bawa aku berjalan kan, selalu ditinggalkan kan. Haaa sekarang aku lah yang non-stop travel sana sini sendiri dengan kawan2. Sampai mak cik aku rindu2 suh balik. Pastu aku slu plan vacation dengan adik beradik sendiri. Tak pernah seumur hidup ada bercuti bersama sebab hidup keluarga lain2. Haaa dah besar pandai2 lah warnai kehidupan sendiri. Sendiri nak bahagia. Sendiri cari jalan. Orang tak bagi life, kita cari life sendiri. Tak jumpa life? Create your own life.

Alhamdulillah syukur sepanjang perjalanan hidup aku, aku memang lengkap segalanya serba serbi. Kurang aku hanya pada “KEKELUARGAAN”. Aku takde benda tu. Nak buat cemana. Dah itu jalan Allah bg, take it and move forward jela. Cukup untung ada sedara nak pikir pasal aku & adik beradik. Ada orang kena campak terus rumah anak yatim. Terus tak kenal sedara mara sape dengan asal usul nak tanya sape pun tak tahu.

Kalau ada kesempatan di next episode, aku nak share apa kekangan bila anak yatim perempuan ni dah besar tapi takde WARIS which is yang ada pertalian darah dengan dia hanyalah ayah je yang masih hidup. Fuhhh aku cakap memang bukan mudah ye nak hidup takde back up mak ayah ni. Mencabar. Tapi sebab kita sedar diri kita lone ranger atas muka bumi ni, bertautlah hati ni tawakkal je pada Allah. Sungguh pernah ke Allah beri kita benda tak baik? Takde punye. Chill. Cari jalan. Tawakkal.

Insya Allah cerita aku ni andaikata boleh jadi penguat korang yang senasib dengan aku, aku ucap alhamdulillah. Andai kisah aku ni inspired korang lebih memahami orang2 keliling korang yang macam aku. Aku panjatkan syukur lagi.

Cerita real kisah hidup aku ni yang aku share pada korang semua moga boleh jadi iktibar. Minta maaf ye kalau ada ayat2 yang terkasar bahasa mahupun korang baca macam ada ke”riak”an ke apa. Sungguh bukan itu niat aku. Maaf ye lagi sekali.

Doakan yang baik baik untuk aku dan adik beradik aku ye. Jumpa next episode kalau aku berkesempatan untuk coretkan tentang “Kekangan Hidup Anak Yatim Perempuan Tanpa Waris”. Korang yang baru follow cerita aku boleh start baca daripada episod Aku Cuma Nak Rasa “Belong” I & II ye. Baru korang faham kesinambungan cerita aku. Terima kasih yang sudi baca.

Assalamualaikum.

– Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit