siapa untung, siapa rugi

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika di approvekan confession ini.

Saya student di sebuah kolej swasta di ibu negara. Disini majoriti kami semua mendapat tajaan biasiswa. Kira² dalam 1 semester dapat RM 3000. And saya layak mendapat biasiswa juga.

Saya anak jati Kuala Lumpur and saya tidak tinggal di hostel yg disediakan (course mahal) so saya mengambil keputusan utk ulang alik ke rumah setiap hari ((except sabtu ahad class takada)) memandangkan 20 minit saja masa dari rumah ke kolej (parent hantar sbb 1jalan ke tmpt kerja)
Manakala kwn kolej yg lain tinggal di asrama sbb dorg ada asal dari Johor Perak Kelantan etc.

Saya perhatikan kwn² saya selalu asyik, mmg, akan keluar berjimba slps class or bila bila masa yg dorg suka. Lagi² lokasi ipt kami mmg strategic utk berjimba. IKEA cheras 5minit, times square 10 minit, pavillion, starhill, bb, klcc. Ada yg advance lepas sehari duit masuk pergi short vacay kat avani sepang hahah wehh mcm2 lah dorg pergi semuanya. Tgk kat IG fuhhh penuh dorg asyik post aje makan kat tmpt mahal, h&m, uniqlo semua dah jadi mcm tmpt wajib dorg berbelanja.

Apa yg nak saya persoalkan korg layak dpt biasiswa sbb latar belakang family yg tak berkemampuan. Saya sendiri even org kl tak pernah pun jejak kaki ke tmpt mcm tu sbb saya tahu bukan senang nak dpt biasiswa. Nak tunggu duit masuk perit wehh, tetiba kau senang je buang duit. Baru ½ semester semua gigit jari. Baru 3 bulan duit masuk RM 3000 ada yg tinggal RM 30 (( tangan pegang iphone6++) , hmm patutlah bila suruh bayar duit buku fotokopi semua takada duit

Jujur ckp saya jarang usik duit biasiswa ( usik sbb pakai modal side business) apa yg aku ada aku pakai, seminggu dpt duit belanja RM 70 aku simpan dptlah RM 15-20. Kadang² tebal muka sbb buat part time jual brg² kosmestik tudung accessories kat kolej aku sendiri. Tgk org lalu pandang (lagi lagi crush lalu ?) oh bukan nak bangga ke apa sbb pandai manage duit Tapi aku sedar hidup kita tak selalunya cerah kang tetiba sakit nak pakai duit banyak, emergency rumah terbakar ke ada duit juga nak sewa rumah lain, and banyak kemungkinan lagi² mata Wang Malaysia jatuh je.

Apa yg nak disampaikan semoga students diluar sana pandailah korg manage kewangan korg. Buatlah side income yg HALAL example jual tote bag ke kasut ke hehe (alhamdulillah 3 bulan meniaga dpt modal balik and untung dlm 1k) InshaAllah kalau ada usaha pasti ada jalannya. For my dear friend, simpanlah duit tu jgn nak sephora uniqlo hm sgt. Kirim mak ayah duit kat kmpg rasanya lagi berkat ?

– dianza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Betul apa yg awak pesan tu… minta maaf juga kalau ada kawan aku terbaca apa aku komen ni…ada member kat u, dapat ptptn, tiap bulan ayah bank in duit..macam apa yg awak cakap, kluar jimba sana sini..time minta duit yuran kelab ke, apa2 aktiviti ke, semua liat nak bayar… alasan x dek duit..tp time duit ada, selalu makan kat luar, post kat ig apa semua makan sedap sana sini, mmg ler kekadang mknn kat cafe afa yg tak kene selra kalian, tp agak2 lah kan… mak ayah duk ikat perut kat rumah..please lah mahasiswa/wi, manage lah betul2 duit..salurkan ke tempat yg betul.

  2. biasa la tu student. masuk duit ptptn/biasiswa belanja sakan. kalau kat uia hari2 nak makan kat awe/ecah. pastu tgh sem mula xdak duit, insap, niat sem depan berjimat cermat.

    sem berikut,.. (ulang ayat kat atas).. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *