Sihir Keluarga IV

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Assalamualaikum semua, korang ingat Cakoi lagi tak?

Tahun 2019, Cakoi pernah menulis confession kat sini. Kemudian Cakoi senyap. Sepatutnya Cakoi sambung tulisan Cakoi.

Tapiii, ada ‘sesuatu’ yang jadi menyebabkan Cakoi rasa perlu untuk Cakoi senyap & tak teruskan tulisan Cakoi.

5 tahun berlalu.

Maafkan Cakoi.

Maafkan Cakoi lewat tunaikan janji untuk sambung confession tu.

Korang boleh klik link di bawah, untuk baca confession Cakoi yang lepas.

‘Sihir Keluarga I’ https://iiumc.com/sihir-keluarga/

‘Sihir Keluarga II’ https://iiumc.com/sihir-keluarga-ii/

‘Sihir Keluarga II’ https://iiumc.com/sihir-keluarga-iii/

Tulisan Cakoi kali ini lebih serius, maaf kalau korang tak suka.

1) Cakoi akan cerita dulu, kenapa Cakoi senyap.

Ya, Cakoi sakit. Cakoi ‘diserang’ bila nak tulis confession tentang macam mana Cakoi atasi masalah sihir tu.

Niat Cakoi tulis confession dulu adalah untuk bantu kawan-kawan yang senasib dengan Cakoi.

Senasib = Penat bergelumang dan berperang dengan sihir yang tak pernah habis dihantar pada kita. Sampai kadang rasa nak give up.

Tapi bila Cakoi nak menulis, Cakoi ‘diserang’ oleh ‘sesuatu’. Sampai Cakoi xboleh nak terus menulis.

Yang pasti, yang serang Cakoi bukan manusia. Haaa, seram tak?

Cakoi taknak cerita detail apa serangannya. Tapi serangan tu buat Cakoi takut. Sebab jika Cakoi terus menulis, Cakoi mungkin tak ada lagi di dunia ni.

2) Tapi di bulan mulia, 10 hari Ramadhan terakhir ni, Cakoi terasa Cakoi digerakkan untuk terus menulis walau 5 tahun dah berlalu. Moga tulisan Cakoi ini boleh membantu kalian.

Cakoi nak sambung, macam mana nak buat jika kita disihir?

Ya betul, kene berubat, carilah ustaz ke, pusat rawatan Islam ke.

Tu keluarga Cakoi dah buat selama lebih 20 tahun, dari Cakoi kecik tengok Doraemon, sampai ke besar tengok Papa Pipi pun, ayah dan mak Cakoi masih ajak berubat. (Nampak la kan lamanya beza zaman Doraemon dengan Papa Pipi tu?)

Duit yang mengalir bagai daun ditiup angin laluuu tu tak payah cakap laa. Ribu riban.

& Cakoi rasa, ramai yang lalui benda sama, sihir yang dihantar tiada henti.

Dan tahu apa solusi yang Cakoi jumpa selain kita berusaha berubat tu?

Solusi : Kembalilah pada Allah & carilah guru rohani.

Ya, itu solusi paling ampuh untuk menghalang sihir.

Senangnya Cakoi cakapp.

Takkk, memang senang nak ditulis dan diucap, tapi perlu mujahadah yang tinggi untuk diamalkan.

Mehh Cakoi detailkan macam mana Cakoi jumpa solusi ni.

Macam biasa, Cakoi pergi berubat, tapi kali ni dengan seorang ustaz ni. Cakoi namakan dia Ustaz S.

Macam biasa, Ustaz S bacakan ayat2 Quran untuk buang segala mak nenek sihir tu.

Ustaz S bagi tahu, kenapa sihir ni tak berhenti. Sihir yang dihantar pada Cakoi adalah sihir dari siam. Apa yang diorang buat : diorang nyalakan lilin sambil jampi kertas yang ada gambar / logo produk kita.

Selagi nyalaan api lilin tu ada, selagi itu sihir tu akan dihantar. & Diorang akan gantikan dengan lilin baru jika lilin tu hampir padam.

Jadi Ustaz S berjaya padamkan lilin tu & beri amaran pada si pembuat. Alhamdulillah.

Tapi 1 pesanan Ustaz S yang buat Cakoi sentap. Ustaz S kata, dia hanya perantaraan, Allah yang izinkan. Jangan sekali-kali bergantung pada Ustaz atau makhluk. Bergantunglah pada Allah.

Simple je kan nasihat yang Ustaz S sampaikan. Tapi lepas tu Cakoi muhasabah diri Cakoi ni. Adakah Cakoi 100% letakkan pergantungan, pengharapan kepada Allah? Atau Cakoi masih mengharapkan Ustaz berjaya sembuhkan & buang sihir ni?

Balik tu Cakoi nangis, Cakoi solat taubat. Lama Cakoi renung diri sendiri. Cakoi betulkan wudhuk & solat Cakoi, bacaan solat. Boleh katakan Cakoi mula belajar balik perkara asas.

Cakoi rasa, sihir ini hanya sebagai asbab Allah nak Cakoi ingat padanya. Kembali padaNya. (sorry, Cakoi nangis sambil tulis ni)

Jadi sahabat-sahabat Cakoi yang senasib. Marilah kita kembali padaNya.

Letakkan sihir ini hanya sebagai asbab, untuk diri kita yang lalai ni mencariNya, bergantung harap sepenuhnya hanya kepadaNya.

Maafkan Cakoi ya Allah.

Maafkan Cakoi ya Allah.

Maafkan kami ya Allah.

3) Indahnya bila kita letakkan urusan dunia kita 100% kepadaNya.

Kenapa Cakoi cakap macam tu?

Ajaibnya kuasa Allah, Alhamdulillah Cakoi sihat. Bila jumpa Ustaz, Ustaz kata, masih ada sihir yang dihantar, tapi sihir itu tidak memudaratkan Cakoi seperti sebelum ini.

Cakoi kongsikan apa yang Cakoi alami selepas itu.

Baru selesai solat, tengah berzikir, tiba-tiba ada satu kepala manusia depan Cakoi. Dia muncul sambil menyeru nama Cakoi. Ya, kepala je, tanpa badan.

Kalau korang jadi Cakoi korang buat apa?

Mesti lari kan?

Sama macam Cakoi sebelum ni, mesti melilau cari ayah mak, mesti kalut telefon Ustaz ke apa ke.

Tapi Cakoi pun tak tahu mana datangnya kekuatan, Cakoi tak lari pun. Cakoi teruskan zikir. Alhamdulillah, Cakoi tak rasa apa-apa mudharat dari sihir tu.

Bila tanya Ustaz S, Ustaz kata tu sihir tok batin pulak. Dia gunakan ritual guna kepala yang dipenggal. Untuk buat Cakoi mati.

Cakoi pun kompius orang yang sihir Cakoi ni, sanggup ya dia pi berjalan sampai Siam, pastu masuk hutan carik tok batin pulak semata-mata nak sihirkan Cakoi.

Allahu Allah.

Ya Hafizz, jagalah kami.

Apa yang Cakoi amalkan?

Zikir, sedaya upaya bangun tahajjud, sedekah walau seringgit, & doakan orang lain.

Apa yang Cakoi kongsikan ini, harap korang yang senasib dengan Cakoi teruskan perjuangan. Bukan saja-saja Allah beri kita ujian ini.

Benarr bukan saja-saja Allah beri kita ujian ini.

Kenapa? Sebab bila kita dah terbiasa kena sihir. Sensori atau deria kita berbeza dengan yang lain.

Apa yang berbeza?

Deria kita akan lebih sensitif dengan ‘benda yang orang tidak nampak’.

Dan di akhir zaman ni. Ya sahabat-sahabat, kita dah di akhir zaman.

Orang yang sensitif derianya seperti kita, akan dapat rasa alam ini sudah berubah. Alam ini sedang bergerak mengikut peredaran akhir zaman.

Cakoi ada lagi satu perkara rahsia yang Cakoi nak kongsikan dengan korang. Tentang apa yang Cakoi jumpa tentang akhir zaman.

Tapi Cakoi rasa panjang sangat dah Cakoi tulis ni.

Cakoi pun tak tahu korang ok ke tak kalau Cakoi cerita tentang apa yang Cakoi jumpa selepas Cakoi sihat ni.

Sesungguhnyaa,

La haw la wala quwwata illa billah..

Tiada daya upaya selain dari kekuatanMu ya Allah.

Ingat sahabat-sahabat Cakoi yang senasib dengan Cakoi. Kembalilah pada Allah, itu solusi utama. Serahkan 100% urusan ini kepadaNya.

Cakoi mintak diri dulu. Cakoi akan sambung tulis nanti.

– Cakoi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Smoga diberi kekuatan n kesembuhan dari Allah.. sy x sabar nk baca perkongsian tentang akhir zaman.. cpat2 share ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *