Silent Treatment & Pramatang

Terima kasih admin kalau confession aku ni dapat disiarkan. Sebenarnya dah 2 hari aku tak bercakap dengan suami.

Tengah nak taip kat confession ni sambil jaga anak sempat la aku baca confession yang TT baru hantar pasal ‘Suami Pramatang’ (https://iiumc.com/su4mi-pramatang/).

Lepas tu ada lagi yang terbaru ‘Silent Treatment Menyakitkan’ (https://iiumc.com/silent-treatment-itu-sakit/).

Betul2 rasa macam eh, apasal sama. Cuma suamiku gabungan dari 2 pengakuan tu. Hahahahaha.

Awal perkahwinan masa tu raya 6 tahun lepas, dia paling susah nak bangun. Kalau kejut tu pukul 6 sampai pukul 7 la baru bangun lepas lebih 10 kali kejut.

Sekarang kalau bangun pun settle diri sendiri lepas tu terus pergi kerja. Aku bukan seorang yang penyabar masalahnya.

Masa tu raya kedua, sebab raya pertama kat belah dia. Aku kejut la dah lama tak bangun2. Last2 aku guna bahasa kasar sebab malu kot dah pukul 8 tak bangun2.

Sejenis dia tak boleh kalau aku kejut kasar so dia akan buat keras kaku kejung macam patung sampai pukul 1 tengahari beb.

Tetamu datang tanya mana suamiku aku. Malu Ya Allah, sampai aku terpaksa cakap dia demam. Ada makcik aku sampai masuk dalam bilik nak tengok dia.

Pukul 2 pastu kami balik rumah kami dalam 4 jam perjalanan dia senyap weh. Masing2 tak bercakap. Aku memang tengah tahan marah.

Terus pergi rumah makcik dia. Ehhh, elok pulak bercakap. Aku masa tu tak tahu kan perangai dia. Hujung2 aku keluar kereta suruh dia tinggal aku. Then, dia suruh aku masuk kete and kami balik umah kami. Masa tu aku tak tahu nak handle emosi lagi.

Fast forward, kami ada anak tahun ke 4.. Aku pun tak tahu camne aku sabar. Tipikal aku pulak sejenis yang suka berterus terang, tak suka simpan dan selesaikan masalah.

Tapi dah bertahun2 aku diajar silent treatment kan. Aku pun dah jadi senyap.

Awal2 kawin dulu aku kerap kali cakap pasal mintak cerai sebab tak tahan perangai dia yang tak boleh nak handle emosi depan orang.

Kalau gaduh dengan aku, masa ada event samada belah aku ke, family dia ke even majlis sendiri dia akan tunjuk muka. Dah tak pasal2 orang tahu kami gaduh.

Lepas tu dia pernah buat hal juga masa tahun ke 2 lepas kami kahwin. Tahu tak nak adapt dengan suami pernah curang pun makan masa. Tapi sekarang aku dah redha pasal kes curang tu.

Silent treatment tu dah biasa dia buat, dia pernah ignore aku masa aku positive covid ye dengan anak kecik umur 5 bulan masa tu. Hari pertama memang tak boleh bangun..

Rumah aku dua tingkat, dia tido kat atas dan tak bangun2 bila aku panggil sebab aku tak larat nak masak. Aku lapar nak minta dia beli makanan.

Anak kecik menyusu badan lagi, aku lembik tapi dia yang macam kuarantinkan diri. Sape yang positif sekarang nie? Lepas aku jerit suruh dia turun tu dia silent treatment aku 4 hari ye. Padahal aku tak sihat lagi nie.

Betul la cakap TT yang pasal silent treatment tu. Aku pun lupa bila last aku merajuk sebab tak sempat nak merajuk dia da kaku dulu.

Nak tunggu pujuk jangan harap lah. Nangis? Sebab kene layan macam tu? tak de air mata dah nak keluar.

Rumahtangga ni akan okay kalau aku sentiasa dengar arahan dia, aku tak boleh cakap kasar dan tak membebel.

Kalau perangai dia semengah tak apa juga, pagi2 kalau aku tak turun naik kejut dia memang tak bangun. Semua benda kene cakap baru buat, baru nak tolong.

Aku kerja dan anak aku kecik lagi. So nak expect aku sentiasa dalam good mood?

Ada masa aku exhausted sangat. Balik kerja terus masuk dapur n masak untuk makan malam. Dia tak pernah tolong masak, or kemas dapur. Kecuali buang sampah n sidai baju. Tu pun kene suruh.

Dah 6 tahun benda nie berulang je. Tahun lepas adalah tahun klimaks aku naik hantu. Sebabnya aku da plan nak bawa mak aku bercuti sempena birthday dia.

Mak aku da tua, da uzur dah. Bukan apa cuma nak bawa ambil angin je bukan jauh pun dari rumah aku.

Aku ajak Mak aku datang awal seminggu sebelum pergi bercuti, masa hari nak pergi tu suami aku tido, aku kejut dia dari pukul 10 pagi sampai pukul 1 tengahari. Tak bangun2, nak gerak pukul 2 tapi dia buat keras kejung patung tu.

Faham tak perasaan yang aku da siapkan semua barang2, mak aku dah tunggu kat bawah tiba2 dia tak bangun. Aku naik darah lah, sebab benda nie kalau tak melibatkan orang tua tak apa.

Dia peduli pasal hati dia je. Aku cakap mintak cerai, aku cakap lagi.. Aku dah lama sabar dengan perangai kanak2 dia, aku dah tak tahan. Aku tak nak mengadap perangai dia sampai aku mati. Ni da masuk 8 kali aku mintak cerai.

Tahu tak apa dia buat? Dia betul2 pergi pejabat agama ambil borang permohonan cerai. Masa tu aku memang marah. Aku suruh proceeds and lastly dia suruh duduk dan bincang. Dia luahkan apa yang dia tak puas hati ngan aku.

Pasal aku ambil perancang pun jadi isu. Dia cakap dia pendam. Aku tak tahu nak cakap apa.

Kalau kewangan stabil, emosi stabil, dia rajin tolong tanpa disuruh aku tak kesah ada anak 10. Tapi yang ada nie pun tak de sape nak tolong. Hujung2 kami sama2 menangis dan berbaik.

Sampai la harini, dan dia rotate lagi perangai silent treatment dia. Aku pun buat silent treatment jugak la. Nak tengok juga berapa hari boleh buat. Tapi jauh disudut hati aku sentiasa doakan dia dalam keadaan selamat.

Sebab tak dinafikan jodoh kita ni memang Allah bagi yang terbaik untuk kita. Dia tak pernah maki dan pukul aku. Aku je yang kalau melenting cakap bukan2 kat dia. Aku akui benda tu.

Aku sentiasa berdoa supaya aku dilindungi dari menjadi isteri derhaka.

Aku sayang suami aku. Cuma aku tak tahu macam mana nak konsisten menjadi isteri yang baik, lemah lembut dan sopan. Macammana nak hadapi suami yang tak matang dan suka buat silent treatment ni?

Readers, TT yang meluahkan dalam platform nie nakkan pandangan dan nasihat yang membina dan tolong bantu kami.

– Mrs. Nothing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *