Sis Bimbang

Sis Bimbang

Kebimbangan akak ni mungkin jugak sama bimbang dengan kakak-kakak luar sana yang sangat sayangkan adik-adik mereka esp yang perempuan. Bimbang bila adik perempuan mahupun lelaki mereka melangkah masuk ke universiti.

Akak tahu macam mana rasanya baru-baru masuk ke alam universiti. Akak pun pernah lalui zaman remaja. Tak semuanya indah dik. Memang kita masih mentah, seronok berkawan berlainan jantina. Masing-masing teruja nak cari pasangan. Masing-masing nak merasai nikmat mencintai dan dicintai. Sebagai kakak yang agak prihatin, akak nak pesan. Sebab apa? Sebab akak tak nak adik akak hanyut macam orang lain.

Akak tak pernah bercinta, couple apatah lagi. Kolot kan? Akak tahu, akak ni skema, budak nerd kau boleh kata. Akak pun bukan baik sangat. Tak bermakna kita tak couple kita ni baik. Tapi akak cuba, cuba jaga pergaulan. Sebab akak tengok budak budak u ni kadang-kadang terlalu bergaul bebas. Dating? Benda normal. Bf gf berjalan berlaga bahu? Konon sweet. Bertepuk tampar bukan mahram? Benda biasa. Ikhtilat? Tak payah cakap dik. Akak pernah ada kawan, yang sanggup tipu mak ayah cakap nak keluar dengan kawan perempuan. Padahal dia sewa kereta pi jalan-jalan dengan boyfriend. Akak taknak perkara tu semua terjadi dekat adik-adik akak. Akak taknak adik perempuan akak disentuh oleh lelaki bukan mahram sesuka hati. Dan akak tak nak adik-adik lelaki akak merosakkan anak perempuan orang. Ingat, what you give, you get back. Jangan terkejut bila nanti kita ada anak, anak kita dibawa merata-rata oleh yang bukan mahram. Nak ke macam tu?

Fikirlah, bagaimana susah mak ayah hantar adik datang belajar. Fikirlah kesan masa panjang bila nak buat sesuatu. Adik nak ke kalau adik ada anak-anak nanti anak-anak adik diperlakukan sedemikian rupa. Maruah adik-adik mahal, dari kecil mak ayah jaga. Tapi bila masuk universiti, bila duduk jauh dengan mak ayah, mula buat perangai?

Akak tak sempurna. Tapi akak cuba jadi contoh terbaik untuk adik. Akak bertanggungjawab untuk nasihatkan adik selagi akak mampu. Ingat dik. Kita orang islam, ada peraturan, ada hukum ada panduan. Takkan adik nak memperjudikan hidup adik semata-mata kerana sebuah hubungan yang tak diredhai Allah? Fikirlah adik. Menjanjikan kebahagiaan? Sesiapa pun boleh bercakap dik, sesiapa pun boleh berkata-kata manis macam tu. Tetapi pengakhirannya? Hanya Allah yang tahu dik. Hati manusia berubah-ubah. Akak tak nak tengok adik-adik akak kecewa hanya kerana putus cinta dengan kekasih. Tapi tak pernah kecewa bila putus hubungan dengan Allah.

Janji Allah itu pasti. Kalau adik jaga hubungan adik dengan Allah. Inshaallah, Allah akan jagakan yang lain. Akak sekadar berpesan. Akak juga sedang berjihad. Doakan akak pun berjaya melawan nafsu akak. Kita sama-sama baiki diri. Kerana semua orang inginkan yang terbaik, maaa kita sendiri dahulu perlu menjadi yang terbaik.

Sis yang khilaf.

– Syster

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *