Assalamualaikum semua.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana & mak ayah sudah bercerai. Tapi saya sayang mereka berdua sama rata. Mereka didik saya dgn baik.
Saya tinggal dengan mak tapi selalu juga jumpa ayah bila balik cuti sem. Ayah bekerja tetap sebagai pemandu bas & ada meniaga secara kecil-kecilan (pekerja 2 orang). Alhamdulillah hasil duit niaga dapat tampung kos sara hidup untuk saya belajar kat uni. Hubungan kami pun okay tak ada masalah.
Satu hari keluarga kami diberi ujian. Ayah dipecat atas sebab2 tertentu & business ayah pun jatuh. Ayah tak ada modal nak beli barang dan bayar gaji pekerja. Kereta pun ayah terpaksa jual. Waktu tu saya betul2 buntu macam mana nak tolong ayah sedangkan saya masih belajar.
Mak pula gaji tak seberapa. Cukup untuk bayar sewa rumah dan tampung makan minum. Alhamdulillah ada orang yg sanggup tolong pinjamkan ayah duit untuk modal teksi. Ya, ayah saya bawa teksi pula.
Kami diberi ujian lagi. Satu hari ayah excident dan teksi ayah rosak teruk. Lama tersadai di bengkel. Syukur pada Allah ayah tak apa-apa. Hilang lagi punca rezeki kami.
Waktu tu saya di rumah dan selang beberapa hari cuti sem akan habis. Ayah ada call tanya siapa yang akan hantar saya ke stesen bas? Saya jawab saya boleh pergi sendiri. Tapi ayah tetap berkeras nak hantarkan.
Seperti yang dijanjikan ayah datang ke rumah. Dan saya terkejut. Ayah datang dengan motor ex5 shj. Waktu itu saya bawak 1 luggage besar, 1 bag laptop dan 2 beg jinjing. Memang barang saya banyak sebab saya isi dengan sos, bawang, sabun, syampu & barang2 yg saya bawak dari rumah termasuk bekalan makanan yg mak masak untuk seminggu. Saya tak nak membazir beli kat luar.
Jadi ceritanya ayah sanggup ambil risiko hantar saya dengan barang2 yg banyak ni. Luggage letak di depan, dekat dgn handle. Saya risau sangat sebab lugage tu sgt besar dan menghalang pandangan ayah utk handle. Sepanjang perjalanan, semua kereta yg lalu tengok kami dgn pandangan yg hina. Tu belum lagi berhenti kat traffic light. Orang lain yg bawak motor pun turut pandang slex. Saya menangis atas motor. Mujur ayah tak nampak sebab viser tinted.
Sesampainya kami di stesen bas bertambah2 sedih la saya. Macam mana saya nak sorok muka saya yg sedih ni? Oh ya waktu saya turun motor, ada orang senyum2 sinis kat ayah. Ayah senyum balik. Ayah cakap kuat2 kat dia "saya hantar anak ni. Dia belajar kat universiti. Jauh…."
Hmm waktu dalam bas allah shj yang tau perasaan saya. Betapa susahnya kami.
Sekarang saya sedang cuti tapi tak balik sebab duit tak ada. Kat sini saya makan maggie hari2 dengan sosej. Tu pun saya baru sedar sosej tu basi (lepas dah makan habis). Huhu kadang2 nasi putih dgn telur goreng boh kicap sikit. Korang semua yang berasal dari keluarga yang senang tu bersyukurlah. Janganlah makan nasi tak habis. Janganlah merungut bila mak ayah tak dapat tunaikan kehendak kita. Paling penting jangan suka membazir dengan benda yang tak berfaedah. Berjimat cermatlah. Ingat mak ayah selalu nak yang terbaik untuk kita.
Saya rindu mak ayah saya dah berbulan tak jumpa. Sobs selamat bercuti korang semua
– Miss Nobody