Sixth sense yang menakutkan.
Sebenarnya aku takut nak cerita pasal ni dengan orang sebab memang tak semua orang akan percaya pasal deria keenam ni aka firasat ni. tapi selagi aku pendam rasa macam pressure pun ada kadang2 tapi aku masih boleh handle lagi benda ni. ramai orang fikir macam best je ade sixth sense kan? sebab aku pun pernah rasa macam tu awal2 rasa tu muncul dalam diri aku sebab banyak yang baik berlaku. tapi bila kau dapat rasa benda buruk nak berlaku then benda tu betul2 jadi agak2 boleh bayang tak yang kau rasa? takut. tu je aku cakap, memang takut gila lagi2 kalau yang kau rasa tu kematian.
Aku tak mintak korang nak percaya ke tak tapi aku just nak share ape yang firasat aku rasa yang bagi aku amat menakutkan. ade dua kejadian buruk yang berlaku betul2 menakutkan dalam hidup aku yang aku dapat rasa sebelum benda tu terjadi. Perpisahan dan kematian.
Yang pasal perpisahan ni pasal orang yang aku sayang sangat dan aku berhasrat nak jadikan dia yang halal untuk aku tapi takdir Allah tak siapa yang tahu hubungan kami putus di tengah jalan sebab muncul orang ketiga dalam hidupnya. Seminggu sebelum dia bagitau aku nak putus aku tetiba rasa macam dia ade someone special selain aku tapi aku cuba nafikan rasa tu cuba untuk fikir positif, mungkin sebab aku tengah bosan kot time tu. tapi sejak dari aku mula fikir macam tu aku jadi tak senang duduk, rasa tak puas hati. kalau aku tanya dia mungkin dia terasa sebab aku just rasa nanti lain pulak jadi. then aku try stalk satu2 fb,twitter,ig semua tu sebab semua password akaun tu memang ada ngan aku, so kerja aku nak siasat dia ni tak susah sangat lah. then aku jumpa komen dia dengan sorang member dia ni. setiap kali post memang akan berbalas komen lah diorang. kalau kat twitter tu duk like rt je semua tak kira apa tweet je. stiap kali tweet memang akan rt tweet masing2. menyirap darah beb tapi aku control lagi, positif cuba anggap benda tu biase kawan2. masih bersangka baik sebab sayang kan. dalam masa seminggu tu jugak memang dia tak contact aku. sebenarnya sejak seberapa bulan sebelum tu lagi dia jarang contact dan kalau aku wasap pun reply tak reply je. tapi masa tu belum terdetik lagi dia ada orang lain sebab aku faham keadaan dia. satu hari tu tetiba dia wasap aku cakap ada something dia nak cakap. sebenarnye aku dah agak dia nak explain pasal apa yang aku rasa. ternyata betul. dia cakap dia dah lama suka dengan sorang budak ni tapi belum sedia nak cakap kat budak tu. dia perasan je aku selalu stalk tweet diorang sebab aku sendiri yang sengaja like nak bagi dia perasan. so, bila dia cakap macam tu aku rasa down jugak lah walaupun benda aku dah agak akan jadi. aku tetiba jadi terfikir benda ni berlaku sebab aku selalu fikir bukan2k ke. aku control macho je lah lepas dia cakap acah2 mampu tahan perasan padahal dalam hati dah jadi kolam memang rasa nak nangis sangat2 sebab kecewa tapi aku tahan. mana tak kecewanya orang yang kita harap sangat2 dalam hidup kita tiba2 nak lari tinggalkan kita. orang pernah dengar kisah suka duka kita, kongsi pengalaman hidup dengan kita nak pergi macam tu. memang luluh hati. tapi aku relakan je sebab aku tak nak cinta yang dipaksa apalagi terpaksa atas dasar kasihan semata, aku nak yang betul2 sanggup boleh terima aku seadanya. lepas tu aku mula fikir dan sedar Allah tengah rindukan aku, Dia nak aku lagi dekat dengan Dia. Dia taknak aku lalai dengan dunia dan wanita sebab tu aku redha walaupun dia pergi tinggalkan aku dengan segala janji manis yang tak tertunai. Aku masih ada Dia yang sentiasa menyayangi aku. sekarang aku bahagia denganNya. panjang jugak rupanya.
Kisah kedua pasal sixth sense aku ni pasal kematian, kali ni memang betul2 menyentap jiwa aku dan mengugurkan air mata jantan aku. Benda ni baru je berlaku hari ni 25 Ramadhan. 2,3 hari lepas kat masjid kampung aku ade sorang Imam ni dia terlalai dalam solat, masa tu solat asar dia buat 3 je. aku yang makmum ni pun konfius antara aku atau dia yang lalai sebab semua jemaah follow je tanpa bantah, aku jadi pelik tapi lepas imam tu balik semua solat asar balik. lepas tu mulalah riuh isu solat asar 3 rakaat ni kat kampung aku. aku pun terkena sebab aku kan budak uia so expectation diorang tinggi tapi buat rilek je layan sebab aku pun konfius, manusia kan. sejak dari tu aku mula fikir pasal masyarakat kat kampung aku ni macam dah makin lemah dan kurang dalam mengamalkan islam, tiba2 terdetik mungkin akan ada orang soleh dalam kampung aku yang akan mati sebelum berakhir Ramadhan tahun ni. aku pun tak tahu kenapa benda tu tiba2 aku terfikir sampai tak tenang seharian. sampai esok tu masih lagi fikir. aku tak mintak nak ada rasa tu tapi benda tu datang sendiri. kadang2 aku jadi takut sebab yang aku fikir dan jangkakan ni kematian bukan pasal main bola menang kalah. aku takut orang yang aku fikir tu antara orang yang dekat dengan aku sebab yang aku fikir akan pergi tu orang baik2 bukan orang biasa2 je. then subuh tadi sebelum solat sorang pakcik antara yang mesra dengan aku ambik mic then umum yang ade sorang nama sekian2 ni meninggal pukul 12 semalam. masa tu aku tak terfikir lagi sebab aku tak pasti lagi siapa, dia sebut nama penuh memang lah aku tak kenal kat kampung biasa panggil pakcik tu lah ini lah memang tak pernah tahu nama sebenar. bila lepas solat salam semua sebelum turun masjid tu aku tanya pengerusi masjid, dia cakap lah. aku pun terpana jugak lah sebab benda ni aku dah terfikir dalam kepala aku dua hari lepas n berlaku hari ni. aku kenal pakcik tu baik orangnye, kuat agamanya kalau time selawat lepas terawih tu dia yang paling semangat, baik dengan budak2, memang mesra lah. mak aku pernah cakap ayah pakcik ni seorang tok guru sebab tu orang panggil nama dia letak title tok guru tu belakang macam gelaran tu lah, contoh pak mat tempe sebab jual tempe. memang tepat tak salah lagi firasat aku yang kata yang Ramadhan tahun ni akan ada orang soleh kat kampung aku akan pergi. sampai sekarang aku jadi terfikir sampai keluar airmata aku memikirkan sixth sense ni. terpulang kepada semua nak percaya atau tak pasal kisah sense aku ni tapi ini bukan kali permata firasat aku tepat dan benda ni tak boleh dipaksa. kematian bukan benda main, ia suatu yang pasti. mungkin apa yang aku rasa itu sekadar kebetulan tapi setakat ni apa yang aku rasa kebanyakannya berlaku dan kematian adalah sesuatu yang paling menggerunkan dan menyentap hati aku.
semoga kita semua dimatikan dalam suasana yang baik. Aamiiin.
Al Fatihah untuk jiwa2 yang mati dan roh yang telah pergi dijemput Ilahi.
-SR-
– SR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Panjang nye cte klu bole wt perenggan.mudahkn pembaca.xpening
Pnjang btl nk membc.lukislah pas ni.hahaha
Hahahah..setuju..mohon lukis lepas nie..
meletakkan setiap kejadian atas qada’ dan qadarNya serta setiap apa yg terjdi itu bersebab, mengalami x sama apa yg dialami dan moga segalanya dipermudhkn. kuatkan diri serta rohani. it’s only begining to sumthing new. in shaa Allah. moga Allah redha
x sixth sense pon..
Hahaha…dia minat band sixth sense tu..??
Pening kepala baca.
ni bukan sixth sense dik. ni nama dia instinct.
sixth sense tu deria keenam. boleh nampak roh.
ni awak cuma ada instinct saja. sama macam akak tgk wajah emak mertua bersih berdebu sehari sblm dia pergi mekah. dlm hati terdetik eh mak aku ni lain mcm. terasa tp tak terkeluar kat mulut. instinct ni Allah kurnia byk dekat haiwan, tp sikit je kat kita. sebab kita ni ada akal dan nafsu. jadi kita kena timbang ketiga-tiga tu kalau ada apa2 situasi.
haiwan lak ada nafsu dgn instinct saja. kalau ada situasi dia guna dua tu je. kalau lapar lebih dia redah. kalau perut tak lapar sgt, belah.
f
Ni bukan sixth sense. Ni common sense.
Hahahaha
I wouldn’t say its a sixth sense, cuma orang putih kata ‘instinct’
Kekadang aku pun ada these feelings yg actually turned out to be true.. So aku faham
Sometimes bila jumpa kwn kpd kwn dan first impression kita terhadap org tu mcm ada something yg tak kena, n tak lama lepas tu mmg betol terbukti Allah tunjuk mmg ada yg gak beres dgn org tu. Penah jadi?
igt superpower sangat..ni pn rmi org dpt rasalah..
Mcm final destination pulk…huhuhu
Pjg yer cite..wat peta minda la next time…huhu
Aku selalu tak sedap hati bila ada benda tak baik nak jadi kat diri sendiri, family atau orang terdekat. Mungkin sebab aku lemah, Allah bg firasat tu utk aku lebih berhati2 dan bersedia.
kebetulan je ni
Serabut Baca.. Tp OK la…
Solat asar 3 rakaat?Dulu kt sekolah aku lagi best solat asar 5 rakaat hahahahah maybe dia nervous kot ustazah pilih random sapa jadi imam.
Ok je..faham…sgt2 faham…cuma jgn layan sgt perasaan tu..if its true then just let it be…buat rileks je…belum sampai tahap boleh dgr org mengata belakang lagi tu…
Jgn tsesat dlm perasaan sdiri. Nt boleh jd rosak jiwa. Syaitan sng amik ksemptn jika jiwa kosong, hrp isi dg zikir.
Saka tu
Saka tu
Logical fallacy: hasty generalization.
Takde perenggan. Lukis lah
betul la tu..firasat sbhgian dri deria keenam..cumanya yg membezakan..firasat org2 mukmin atau firasat org2 awam..firasat org mukmin mereka lihat melalui cahaya Allah..manakala firasat org awam cuma lah prasangka2 shj.. kdg2 betul kdg2 tidak..
wallahua’lam.. ap yg sy tgok.. mgkin confessor ad yg masih terhijab lg.. in shaa allah jika dibimbing guru..semakin tajam mata hati itu..wallahua’lam
aku cuma nak berkongsi pasal solat asar terkurang rakaat tu…boleh buat dalam 3 keadaan:
1) tegur time solat mcm cara yang diajar…kalo imam perasan dia akan tambah rakaat yg tertinggal.
2) tegur sebaik lepas solat…imam akan bangun dan tambah rakaat yang tertinggal. korang boleh ikut sekali jadi makmum. cara ni, korang tak boleh cakap banyak, just cakap kat imam dia terkurang rakaat. kalau cakap perkara lain kira dah terkeluar dari rukhsah boleh sambung tambah solat untuk tambah rakaat.
3) lepas imam salam akhir, korang bangun tambah rakaat yang tertinggal tanpa bagi salam. macam korang makmum masbuk.
kalau terlebih rakaat tu korang redhakan jelah. xde isu nak kurangkan rakaat. kira bonus la rakat yang tertambah tu.
benda ni pernah jadi kat aku jugak.
ceritanya, pagi tu aku baca buku permasalahan agama…ada satu bab tu cerita pasal solat imam yang terkurang rakaat atau terlebih rakaat. macam mana nak buat bila jadi macam tu.
aku baca tapi tak berapa paham sebab tak nampak sangat situasinya. pastu aku terdetik dlm hati, kalau ada jadi macam keaadaan ni boleh la aku paham.
then malam tu masa solat maghrib imam terbuat 2 rakaat. ada yang tegur masa solat (cara 1) tapi imam tak perasan. lepas imam bagi salam akhir, masa tu ada yang sambung tambah 1 rakaat (cara 3) dan ada yang bagi salam ikut imam (cara 2). aku yang teringat pasal apa yg aku baca pagi tadi, ikut je imam.
pastu ada yang dok belakang imam ni bgtau imam dia buat 2 rakaat. imam tu bgtau, “kita bangun dan tambah rakaat yang tertinggal”. lepas tu, imam bangun, angkat takbir, dan solat tambah rakaat yang tertinggal.
lepas habis je solat, imam tu buat kuliah sikit cerita pasal solat ikut imam yang terkurang atau terlebih rakaat ni. jadi terjawab byk persoalan aku masa tu.
ty pada imam tu dan ty juga pada Allah yg tunjukkan aku jalan bg paham permasalahan ni.
kalau korang tertanya2 ape perasaan aku masa tu.
ibaratnya budak2 bila buat sesuatu, mak ayah puji pastu usap2 kepala.
aku…macam Allah duk dekat aku, pastu ‘usap’ kepala aku sambil tanya, “dah faham dah?”.
hehehe…hepi sangat2.
Sbnrnya rmai je jd cm awk..sbb sy pon pnh cmtu gak..de mimpi org y nk mninggal..tgk2 smgu tu..dia meninggal,
bukan 6th sense….