” Bila dah habis belajar, ramai yang tanya ‘ Buat ape sekarang ?, Dah kerja belum?, Kerja apa?. Kadang-kadang soalan itu sebenarnya sensitif. Siapa yang tak ada cita-cita?. Siapa yang tak mahu dapat terus pekerjaan yang baik mengikut taraf kelulusan akademik?
Dan saya telah menjumpai jawapannya. Dalam Kalam Allah ‘ Dan tidak ada suatu binatang melata(semua makhluk Allah) pun di bumi ini melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanan.Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz) [Hud : 6] ‘. Di sini jelas setiap dari kita sudah mempunyai rezeki masing- masing, cuma perlukan usaha dari kita sendiri. Jika kita lihat pada cicak , hidupnya melekat pada dinding tapi makanannya ialah binatang yang terbang. Mereka tidak merungut pada Allah apatah lagi kita makanan tersedia depan mata.
Berkaitan soalan ‘ Kenapa saya belajar bidang lain, dapat kerja bidang lain ‘ , jawapannya ada pada Surah Al-Qasas ayat 24. Acu cuba try test tengok apa terjemahannya..hehe ”
# Soalan- soalan itu akan menjadi trend masyarakat untuk ditunjukkan khas kepada sesiapa sahaja yang baru habis belajar. Tak perlu gusar dan susah hati, cuma perlu terus berusaha mencari,kerana kita seorang mahasiswa mesti bijak mencari solusi.
#SolusiDalamAl-Quran
#TanyalahUstaz..(n_n)
– Cik Meow
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Orang nk berbahasa je tu. Jangan ambil hati sangat. Permulaan perbualan.. ;)
OMG. I REALLY FEEL YOU. WHY BOTHER ORG KERJA KE TAK. IT SERIOUS OFFENSIVE SGT. It seriously give you pressure.
I belajar Medik last2 buat benda lain. Lek lu.
Xde pulak agreement kat admission letter ke sijil degree ke yg tulis akan dapat kerja mengikut bidang pengajian.
Thank you confessor, bagus sbb guna contoh dri al Quran. Terus naik semangat
Motivasi buat Sofi Rosman
…