Social Awkward

Sebenarnya aku nak kongsi yang sebenarnya aku rasa aku alami masalah social awkward ini. Social awkward ini bukan satu benda yang positif pun

Hai assalamualaikum. Banyak kali aku terlintas nak buat confession kat iium confession ini. Aku pernah post confession aku kat iium confession ini tapi confession aku itu macam tidak di up oleh admin. Mungkin cerita aku itu tidak menarik, haha. Aku pun dah lupa apa yang aku confess dulu. Haha.

Okay kali ini aku harap admin up kan la apa aku nak kongsi ini, aku terlintas mahu kongsi kat korang pasal social awkward. Korang pernah tahu tak pasal social awkward ini apa?

Aku terangkan la sikit apa yang aku faham tentang social awkward ini melalui pembacaan aku. Social awkward ini berlaku apabila kau ada perasaan nervous bila berada dalam persekitaran sosial kau.

Maksudnya waktu kau bersosial, duduk dalam situasi yang ramai orang, kau akan rasa nervous. Social awkward ini juga buat kau akan rasa tidak selesa dengan situasi yang berkaitan sosial. Kau tidak selesa berada dalam situasi yang ramai orang, nak bergaul dengan orang sebab kau alami social awkward itu.

Antara ciri-ciri orang yang alami social awkward ini macam apa yang aku cakap di atas itu la, dia rasa nervous, awkward nak bergaul dengan orang. Kalau jumpa orang, nak mulakan perbualan itu dia rasa awkward sebab tidak tahu nak cakap apa untuk mulakan perbualan dengan orang.

Sebenarnya aku nak kongsi yang sebenarnya aku rasa aku alami masalah social awkward ini. Social awkward ini bukan satu benda yang positif pun. Ia benda yang negatif sebab ia buat diri kau untuk elak bergaul dengan orang.

Apabila ada social awkward ini, kau nak buat apa-apa aktiviti pun terjejas. Nak join apa-apa program pun jadi terbatas sebab masalah social awkward itu.

Aku sedar aku ada social awkward itu. Sebab aku selalu rasa nervous nak join apa-apa program kalau tiada orang yang aku kenal/teman aku untuk ikut join program atau apa-apa aktiviti itu.

Kalau aku seorang yang join, aku akan rasa nervous sebab aku takut nak berhadapan dengan situasi yang aku tak kenal siapa-siapa, dan orang sekeliling aku pula ada kenalan masing-masing atau dah kenal di antara satu sama lain.

Apabila aku berada dalam situasi macam itu, aku susah nak get along dengan orang.

Jadi aku isolated diri aku dari bergaul dengan orang. Sebab aku rasa mereka dah kenal dan ada kawan masing-masing, aku nak masuk aku jadi awkward dan tidak tahu nak mulakan perbualan dengan orang. Itu pun salah satu masalah social awkward kan?

Aku tidak tahu kenapa masalah social awkward aku jadi semakin teruk. Aku sekarang sedang belajar kat salah satu sebuah universiti awam. Dan sekarang aku berada di tahun dua, lagi satu tahun lebih aku bakal grad InshaaAllah.

Waktu aku tahun satu, aku dapat atasi masalah social awkward aku itu. Aku join macam-macam program, aktiviti kat universiti aku. Aku boeh kenal dan bergaul dengan orang. Tapi sejak masuk tahun dua, diri aku sendiri dah berubah.

Aku isolated kan diri aku. Aku jauhkan diri aku daripada orang, aku selalu ke mana seorang diri, aku kurang bergaul. Dan aku tidak aktifkan lagi diri aku untuk join aktiviti/program kat universiti aku. Aku jadi tidak produktif lagi sejak aku masuk tahun dua.

Dan aku perasan, masalah social awkward aku salah satu punca juga. Aku pernah juga alami fasa kemurungan sejak masuk tahun dua. Dan aku juga pernah jumpa psikiatri cerita masalah aku ini. Doktor itu kata aku ada masalah adjustment disorder.

Masalahnya sampai sekarang aku jadi macam ni. Sebenarnya aku tak suka jadi macam ni. Sebab aku rasa macam social life aku teruk sangat. Tak produktif. Dan kadang-kadang timbul perasaan cemburu tengok life orang lain yang ramai kenalan, banyak aktiviti.

Korang ada tak alami situasi macam aku ini? Kalau ada kongsi la. Dan apa yang aku kongsi ini sebenarnya memang sebab masalah social awkward ke?

– N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!