Solat Istikharah

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri para pembaca sekalian.

Mohon terlebih dahulu kerana saya bukannya seseorang yang begitu pandai menulis so kisah saya ni akan saya ceritakan secara ringkas dan jelas.

Kisahnya bermula apabila saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A di satu syarikat yang sama,

A approach saya untuk berkawan dan lama-lama kelamaan menjadi pasangan kekasih yang sememangnya ada planning nak nikah dan bertunang.

Latar belakang keluarga kami memang berbeza, A dari keluarga yang serba kekurangan manakala saya dari keluarga yang boleh dikatakan serba cukup.

Oleh itu kami sering dilihat sebagai pasangan seperti bagai Pipit dan Enggang.

Tapi itu semua tak menjadi halangan asalkan kami bahagia dengan cara kami dan mendapat restu kedua belah keluarga.

Akan tetapi ada beberapa perkara yang dah menjadi signal dalam hubungan kami tapi dek kerana terlalu mencintai, saya abaikan dan mahu meneruskan juga.

Salah satu signal tu adalah keluarga A boleh dikatakan keluarga yang ada ilmu agama yang tinggi jadi seperti mana saya nak cakap yaaaa (takut tersalah cakap),

Tapi kalau sapa ada tengok drama Perempuan Itu, lakonan Mimi Lana n Zul Ariffin. Haaa lebih kurang begitulaaa sama persis dengan family si watak Mimi Lana lakonkan tu.

Okay saya sambung lagi kisahnyaa kami nak bertunang harini, setelah semua persiapan telah saya dan family lakukan.

Pihak sana telefon ingin membatalkan hajat atas alasan anaknya A buat solat istikarah tak nampak wajah saya lagi.

Sebelum A approach saya. A dah maklumkan dia dah buat solat istikarah dan saya juga. Kemudian kami teruskan hubungan macam biasa kerana A melihat wajah saya.

Tapi bila semakin hampir ke tarikh tunang kami, A semakin kerap buat dan katanya wajah saya sudah hilang dari pandangannya.

Maka ia semakin ragu2 untuk teruskan sedangkan semua persiapan telah dilakukan.

Saya menulis disini kerana saya agak kecewa dengan sikap A dan keluarga.

Saya redha atas apa yang jadi tapi adakah A terpikir tentang conteng arang yang telah mereka sekeluarga lakukan terhadap keluarga saya?

Dari segi malu, wang ringgit, masa, tenaga dan sebagainya.

Entahlaaaaa nak cakap lebih-lebih takut tersalah cakap, harap para pembaca semua dapat memahami jalan ceritanya.

Akhir kata, saya mohon semua pembaca untuk doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga agar kekal tabah dalam harungi ujian sebegini.

Sekian…

– Bunga (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. X prnh dgr pula org buat istikhoroh brulang2 walau dh dpt petunjuk, mcm lbh kpd bralasan jer kalo pndangan sy.. jgn2 awk kna scam.. sy doakn smoga Allah gantikan lbh baik drp org sblm ni.. tu dh redflag sungguh dh tuu.. kalo dia nk get back, jgn pula awk lmbut hati..

  2. Klu btl2 org beragama dia tahu dik yg istikarah tu jawapan dia bkn stakat muka ko keluar dlm mimpi dia, byk lg cara lain Allah nak tunjuk. Sbb pengalaman akak, mmg xde keluar muka laki akak dlm mimpi. Tp Allah tunjukkan dgn permudahkan urusan kami. Sbb bg akak istikarah ni jawapan dia halus sgt. Kalau mcm jenis2 bengap mcm pakwe ko dik mmg dia tak faham. Btw dah org ckp mcm tu move on jelah dik. Cri yg lain je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *