Assalammualaikum. Alhamdulillah sekira nya kisah aku ini terpilih dan di siarkan. Semoga dapat jadi pedoman buat semua. Renung renungkan dan jangan lupa nikmat Allah yang mana kamu telah dustakan.
Nama aku Wada. Al-kisah nya aku ni pengganggur. Lepas je habis degree sempat lah kerja di bwh naungan kerjasama antara swasta dan juga kerajaan. Sebelum jadi pengganggur aku bekerja sebagai khidmat pelanggan di bawah syarikat naungan yg aku ckp tadi tu. Berhenti kerja atas urusan keluarga. Serius aku kata kan bukan aku sengaja berhenti atas alasan suka suka. Sebenarnya aku ni bukan lah jenis nak mengganggur lama lama sbb waktu diploma dan degree dulu pun aku akan cuba cari kerja sambilan sama ada waktu aku belajar mahu pun cuti semester. Bila urusan keluarga dah kukuh aku mula mencari kerja kembali.
Alhamdulillah di panggil untuk temuduga oleh salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Position biasa biasa sahaja tapi apa yg membuatkan aku berminat sangat dgn syarikat tersebut kerana syarikat tersebut skop nya hampir sama dengan apa yg aku belajar waktu diploma dan degree dulu. Tapi position yg aku apply tu bukanlah setaraf degree sekadar SPM sahaja tapi pada aku tak apa asalkan aku dapat kebaikannya. Di sebabkan ekonomi gawat zaman sekarang jadi aku tiada pilihan untuk memilih kerja. Jadi aku sambar jelah peluang untuk temuduga dari mana mana syarikat yg panggil utk temuduga aku. Dapat tak dapat pulak itu belakang kira. Yang penting usaha doa tawakal hehe
Pada hari temuduga tersebut aku semangat gila datang awal lah jugak, awal 1 jam haha dek tak sabar sangat nak tengok syarikat tersebut hehe. Bila dah sampai aku tak fikir apa lalu terus aku jumpa bahagian HR syarikat swasta tersebut. Org HR tu pun sedar rupanya yg aku ni awal 1 jam. Aku senyum jelah buat sengih kerang busuk aku. Kemudian, aku di pinta duduk sementara mengisi borang yg telah di berikan. Sebab pegawai masih lagi lunch memandangkan temuduga aku bermula pada pukul 2 petang.
Usai saja waktu lunch, aku di panggil oleh org HR untuk temuduga. Waktu temuduga berlangsung best lah jugak sebab takde lah terlalu formal sangat pun. Pekerja kt situ rata ratanya nampak friendly. Sbb asal aku lalu je (yg mana perasan aku lalu lah) semua murah dgn senyuman. Semua nya memang tampak indah. Untuk pengetahuan syarikat tersebut rata ratanya berbilang kaum cuma bukan di bawah naungan syarikat Melayu.
Org yg temuduga aku perempuan. Nama nya Cik M. Cik M umur nya dalam lingkungan 40an. Temuduga aku berjalan dengan lancar dgn Cik M. Banyak juga perkara yg kami dh bincangkan. Siap gelak gelak lagi. Macam cakap dengan kawan kawan dah aku rasa. Hilang terus darah gemuruh aku. Hehe. Cik M pun dah beri hint yg dia berminat untuk ambil aku bekerja dan aku sempat menjeling ke arah borang penilaian temuduga hahaha alhamdulillah positif komen dari dia. Bila dia ckp tak pandang ke arah aku, aku curi curi baca komen tersebut hehe mungkin sebab aku orang nya yg suka memerhati. Hehe.
Banyak soalan yg aku tanya pd Cik M, antara nya tentang waktu solat. Aku terpalit rasa sedih dan malu. Hal ini kerana apabila aku mula bertanyakan soalan bagaimana waktu solat aku nanti? Adakah aku diberi masa untuk solat? Cik M mula mengerutkan dahi. Mungkin terkejut dgn soalan yg telah aku ajukan. Alangkah terkejut nya aku jawapan yg terpacul dari mulut Cik M. Kata nya pekerja perempuan melayu di bawah jagaan nya tak pernah solat sepanjang bekerja di situ. Aku di faham kan pekerja perempuan melayu tersebut sudah bekerja hampir setahun di bawah jagaan Cik M. Dalam fikiran aku Cik M mungkin mempunyai persepsi yg sama seperti pekerja perempuan melayu nya itu, mungkin Cik M fikirkan bahawa aku seperti perempuan itu tidak menunaikan perkara wajib solat lima waktu. Tak pernah kata nya dia melihat perempuan melayu itu solat. Betapa terkejut dan sedih nya aku dengan jawapan tersebut. SubhanAllah hiba sungguh hati ini. Aku masih cuba mempamerkan senyuman(dalam hati Allah swt sahaja yg tahu. Aku di fahamkan lagi sekiranya aku ingin menunaikan solat, aku perlu minta kebenaran nya untuk solat, kata nya untuk mengelakkan kesesakan pelanggan yg ramai untuk waktu yg tertentu tetapi kebanyakan waktu, pekerja akan sibuk memandangkan kekurangan pekerja dan kata nya sukar bagi aku untuk menunaikan solat. Aku bertanya di manakah terletaknya surau tersebut. Cik M menjawab surau sederet dengan tingkat yg sama.
Aku bertambah sedih, riak wajah aku dpt aku rasakan mulai berubah. Apa guna nya surau satu aras yg sama tapi aku tidak di benarkan menunaikan solat tanpa meminta keizinan daripada majikan malahan pula perlu lihat kesesakan pelanggan terlebih dahulu. Allahu. Perasaan yg gembira sewaktu mula menjejakkan kaki di syarikat tersebut sebentar tadi tidak lagi sama. Aku punya alasan kukuh untuk menolak. Selepas aku di temuduga oleh Cik M, aku di temuduga pula oleh org HR untuk membincangkan persiapan sebelum masuk syarikat tersebut sekiranya terpilih menjadi pekerja mereka. Hati aku sudah kosong sewaktu di temuduga oleh org HR. Aku tidak lagi menumpukan perhatian. Hilang langsung minat aku. Dua hari lepas temuduga aku di hubungi oleh org HR syarikat tersebut bertanyakan pada aku adakah aku masih berminat. Terus aku tolak tawaran tersebut dan telah aku niatkan sesungguhnya aku tolak rezeki kerja tersebut dgn niat yg baik dan mudah mudahan hikmah nya juga baik. Amin yarabal alamin.
Aku orangnya bukan nya alim masih jahil dan merangkak lagi menghayati islam. Sesungguh hati kita ini berbolak balik sifat nya. Ada kala nya aku juga di uji dgn penyakit malas solat. Allahu jauhi aku dari kufur nikmat. Sesungguh nya aku inginkan rezeki yang barakah dengan melakukan solat lima waktu. Sesungguh nya solat itu tiang agama benteng keimanan umat islam. Allahu akbar!
– Wada
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit