Solatlah please!

Salam semua. Terima kasih admin kerana approve confession ini.

Aku gadis berumur lingkungan 20-an dan masih menuntut di sebuah IPTA. Aku dilahirkan anak ke 5 dalam 6 adik beradik, semuanya perempuan. Hehe seronok jugalah tapi ada sesuatu yang tak seronok dalam keluarga aku ni.. Hm..

Yang tak seronoknya ialah, dalam keluarga aku, hanya aku dan 2 orang kakak saja yang solat. Yang lain? Ya tidak solat. Aku ni pun bukanlah baik sangat. Kadang kadang tu ade je aku terlepas solat sebab tertido tapi everyday aku akan jaga solat aku 5 waktu sehari dan try untuk baca quran setiap hari.

Ok ceritanya begini.
Bapa dan ibu aku memang hantar kami ke sekolah agama dan kelas mengaji dari kecil tapi malangnya bukan semua anak anak mereka dapat mengaplikasikan ilmu agama tu.
Bapa aku jarang gila pergi masjid, pergi solat Jumaat pun boleh dikira dengan jari kot dalam setahun. Tapi kalau ade kenduri apa apa di surau dia akan pergi lah dan dia pun kadang kadang ada juga bersedekah, alhamdulillah.
Mak aku pulak ikut mood dia nak solat ke tak. Dan setahun mungkin dia solat dalam 3 kali je kot. Adoi..
Ada seorang kakak aku, sekarang umurnya sudah 30 tahun dan dia belum berkahwin lagi. Kali terakhir aku nampak dia solat ialah masa umurnya 17, ya! Zaman dia SPM dulu.. Hmm sedih bukan? Kadang tu ade juga aku ajak dia solat tapi dia taknak. Aku nak buat macam mana kan?

Adik beradik yang lain ok je aku rasa alhamdulillah mereka jaga solat mereka. Syukur..

Aku ni bukan nak mengaibkan keluarga sendiri tapi aku teringin sangat nak ada family yang jaga solat dan aku tak pernah merasa pun solat berjemaah dengan seisi keluarga. Sedih weh.. Aku teringin nak bapa aku jadi imam.. Indahnya perasaan tu.. Aku nak family yang bhagia. Family kiteorang asyik bertengkar je.. Sama ada mak aku dan bapa aku bertengkar atau bapa aku bertengkar dengan kakak aku. Ni tak lain tak bukan aku yakin sebab solat tak jaga.
Solat adalah tiang agama kan? Sebab tu lah aku nak mereka ni jaga tiang agama ni. Aku taktau lah nak didik dieorang macam mana. Mereka dah tua.. Mereka tak ambik kisah pun kot budak macam aku bagi nasihat..

Aku kecewa juga lah dengan mereka.. Kadang tu aku rasa macam taktau bila mereka akan berubah sebab macam takkan nampak perubahan langsung…

Please bantu aku macam mana nak didik kakak kakak aku dan parents aku yang tak solat solat ni.. Sedih..

– Gadis Kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit