Spirit of The Coin Is Real

Untuk part I, (https://iiumc.com/spirit-of-the-coin-is-real/).

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.

Sejurus selepas saya membaca komen-komen dan pandangan yang diberikan, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Doa kalian tak mampu saya balas. Moga kita semua dilindungi. Aamiin..

Keadaan anak Aysar kini, katanya semakin baik. Badan dan kurang sakit, dan demam semakin kebah. Ustaz dan kawan-kawan masih temankan. Sesekali terasa seram sejuk katanya.

Ada seorang sahabat minta saya pasangkan dari rumah zikir dan niat untuk Aysar. Dan Aysar juga diminta pasangkan ketika hendak tidur.

Masjid.

Saya sendiri tak pasti, adakah itu satu akad ataupun bukan. Kisahnya, pada satu pagi di hari Jumaat, saya suami serta mak dan ayah saya hendak ke sekolaha asrama adik saya di satu daerah.

Dalam perjalanan tiada apa yang pelik berlaku. Macam biasa. Aysar masih belum berjalan. Masih memakai pampers.

Kami berhenti untuk para lelaki mengerjakan solat Jumaat. Hanya ada 1 pintu masuk ke perkarangan masjid tersebut.

Alhamdulillah.. walau dah banyak kereta dan motor yang diparking, kami dapat satu parking betul-betul bawah pokok, redup dan boleh kata dekat juga dengan pintu masuk ke dalam masjid.

Saya, emak saya dan Aysar tunggu dalam kereta. Kemudian habis sahaja solat Jumaat, macam biasa ramai yang keluar. Semakin ramai beransur, kami pun ambil kesempatan nak mandikan Aysar sekejap dan salin pampers Aysar. Tumpang tandas masjid.

Saya minta suami pergi bersihkan Aysar. Sekembalinya suami, ketika kami pakaikan pampers Aysar, kami didatangi sorang lelaki tua bongkok tak bongkok sangat, bersih, berbaju putih juga bertongkat.. dan kami tak tau dari mana datangnya.

Dengan lembut tutur katanya.

Assalamualaikum… anak..

Kami terkejut.

Ya Pakcik, waalaikumsalam.

(Suami bersalam)

Pakcik tu hanya pesan,

Anak.. kamu jaga anak kamu ini baik-baik.

Kami terdiam. Suami hanya senyum membalas.. InshaaAllah.. baik pakcik. Terima kasih.

Assalamualaikum… pakcik pergi dulu.

Waalaikumsalam jawab suami sambil saya perhatikan pakcik tu berlalu. Suami tegur saya, minta cepat terus pakaikan pampers baju dan seluar Aysar tak lama mana, Kemudian kami masuk kereta.

Baru kami terfikir pakcik tu mungkin nak mintak sedekah atau minta hantarkan kemana-mana.

Kami toleh nak ajak pakcik tu naik kereta. Tapi pakcik tu takde. Sedangkan jarak kereta kami dengan pintu pagar masjid agak jauh.

Dan hanya beberapa kereta dan jemaah yang hendak keluar boleh dibilang dengan jari. Mustahil pakcik tu jalan terlalu cepat. Dia bertongkat cakap pun perlahan dan lambat langkahnya.

Tiada pintu kecil, tiada sesiapa pun yang dekat dengan kami kalau kata nak ambik pakcik tu bawak naik kereta atau motor. Memang hanya kami di situ.

Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar masjid nak keluar, kami cari-cari juga. Namun tiada.. maka kami abaikan dan teruskan perjalanan.

Tahun demi tahun.. (Aysar duduk dengan mak ayah saya di kampung). Memang Aysar ada berborak pada waktu malam, kadang-kadang bangun.

Bila saya tanya kenapa tak tidur. Dia cakap dia ajak Aysar main. Saya cakap, bagitau dia Aysar nak tidor. Sesekali ada dia datang, kadang-kadang Aysar tak layan. Penat main disiang hari.

Sehingga ada satu kejadian di mana adik saya nk ambik SPM, kertas akhir. Dia saja tanya Aysar,

Aysar.. esok acik nak periksa sekian-sekian, cuba tunjuk soalan mana yang keluar.

Aysar buka helaian muka surat satu demi satu, sesekali tangan dia tunjuk, dan cakap ‘yang ni’. Sampai dia berhenti sendiri.

Allah maha besar, setiap helaian yang dia tunjuk kan, itulah soalan yang keluar. Tapi kami fikir, mungkin kebetulan. Semakin Aysar besar dia ada bagitau saya, ibu kenapa atok tu ada saja.

Atok tu akan muncul bilamana Aysar demam, sesuatu akan berlaku, dia pergi camping pun atok tu ada, atau orang yang rapat dengan dia sakit. Saya salah seorang darinya.

Kami rasa macam, tak nak percaya benda-benda ni, jadi kami sepakat tak akan tanya lagi apa-apa atau merujuk apa-apa pada Aysar.

Pada satu hari, Aysar pergi satu majlis dengan mak saya. Ada cabutan bertuah. Setelah lama tunggu, mak saya ajak balik.

Tiba-tiba Aysar cakap, kejapla nek.. kejap lagi nombor nenek diorang panggil. Mak saya tak nak tunggu. Mustahil nak dapat cincin emas tu. Aysar kata tunggu saja.

Mak saya turutkan. Tak lama kemudian nombor cabutan bertuah mak saya dipanggil. Dan ya.. hadiahnya cincin emas tersebut. Mak saya terkejut. Ada banyak lagi kejadian yang berlaku, yang pada mulanya saya sangkakan kebetulan. Tapi agak mustahil.

Untuk komen kata anak saya tak boleh azan, sukar azan kerana berat, maafkan saya,

Aysar selalu menjadi imam disekolah, bilal dan pernah bantu ustaz di sekolah merawat pelajar histeria. Seorang disenangi guru-guru dan kawan-kawan. Anak saya juga pernah ditugaskan menjadi bilal di sebuah masjid kecil di tengah bandar.

Diberi elaun setiap bulan. Disayangi imam masjid tersebut dan selalu dipanggil untuk bantu melakukan kerja-kerja amal. Kawan-kawan mak ayah saya sangat senang dengan Aysar.

Urusan dia selalu dipermudahkan. Walau ada juga yang sukar. Seorang anak yang menurut perintah walau sesekali ada juga protesnya.

Lembut tuturnya, seorang yang ceria, mudah terhibur. Alhamdulillah..

Saya ada juga tanya ahli-ahli masjid, ustaz-ustaz dan imam. Kata mereka lelaki berjubah tu orang baik, (wallahualam) jangan risau. Saya pernah tanya, perlu ke saya tutup hijab anak saya. Ada yang kata terpulang, ada yang kata perlu.

Takut Aysar tak kuat. Wallahualam.. saya memang mencari mereka yang benar-benar boleh bagitau saya,siapa lelaki tersebut. Juga untuk anak perempuan saya yang nampak mereka-mereka yang menakutkan.

Terima kasih sekali lagi atas doa kalian dan pandangan yang diberikan saya hargai semua itu. Saya risau anak saya tak kuat. Dia tiada bekalan pendinding diri. Hanya zikir, surah-surah yang sahabat-sahabat kongsikan sahaja yang saya ada. Terima kasih banyak-banyak.

– Ibu Aysar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *