REPLY: Anak Sulung Lelaki

Reply, (https://iiumc.com/anak-sulung-lelaki/).

Hi, saya sudah berkahwin dan saya nak balas confession si adik yang marah dekat abang dia dah kahwin hidup mewah tu.

Kenapa mertua or ipar bila nampak anak lelaki/ abang/ adik lelaki hidup senang lepas kahwin akan mula mengungkit or mula minta lebih-lebih?

Ada satu hari aku saja nak bercerita cakap lah kat adik ipar, “hari tu akak beli tudung banyak dah” sebab dia ajak beli tudung sekali dengan duit dapat murah beli banyak.

Lepastu adik ipar boleh cakap, “Haaa bagi tau kat abang nanti akak shopping banyak”, macam dia nak report kat abang dia (suami saya) lah.

Waktu tu aku dah macam, “eh apahal nak ugut (walaupun gurau) macam tu, aku guna duit aku sendiri”. Kau ingat aku habiskan duit abang kau ke. Kau tak tahu aku support abang kau macam mana.

Lepastu mertua pulak dok canang satu kampung anak diaorg beli rumah besar di KL. Aku tau sebab satu hari aku jumpa makcik2 kat kenduri aku dia tanya, “masih lagi duduk dekat rumah yang suami beli tu ke” Waktu tu aku dah menyirap.

Tau lah mak dan bapak mertua cerita kat makcik2 dengan bangga anak diaorang beli rumah kat KL tu. Padahal suami aku dah cakap macam mana dia dan saya struggle nak beli rumah ini.

Saya nak saja jawab balik, “rumah tu SAYA dan suami kongsi beli. Gaji suami saya sorang saja tak lepas. Sebenarnya gaji saya sorang dah lepas. Tapi kami tetap kongsi bayar letak dua nama”.

Geram betul. Sudahnya satu kampung sedara mara semua ingt aku isteri ni menumpang rumah suami beli.

Panas btul. Aku balik aku cerita kat suami aku tau. Aku kata orang kena tau aku contribute macam mana kepada hidup keselesaan kita ada sekarang bukan pandang aku sebelah mata. Suami aku diam lah tau aku hangin.

Lepastu bila datang rumah selongkar dan tengok semua gajet rumah lepastu pakat kata, “oh besar nya peti ais abang a beli padahal berdua saja kenapa abang a beli besar, oh cantik abang a beli washing machine ni mewah”

Amboiii sedap eh semua kau claim abang kau beli semua. Kau tak tau isteri support abang kau a.k.a suami dia macam mana.

Lepastu sibuk nak mintak sponsor duit lah, nak pinjam duit lah sebab tengok abang kau tu macam sangat senang sebab hidup mewah boleh beli rumah, kelengkapan rumah cukup.

Beli peti ais besar pun nak pertikaikan. So what, beli peti ais ni bukan beli setiap bulan atau setiap tahun beli lah besar terus sekarang pun kami dah anak dua.

Nasib kami beli yang besar. Duit kami suka hati lah. Rumah ini dan barang dalam rumah ni semua ingat abang awak beli sorang ke.

Menyakitkan hati keluarga mertua macam ni.

Lepastu abang dia beli kereta baru pun dia terus cakap, “kereta abang a”. Nanti pun mula lah canang sekampung cakap kereta abang/ kereta baru anak dia walhal kongsi, pinjaman dan kereta pun nama isteri.

Mak mertua aku pulak aku perasan lama dah bertahun asal aku balik kampung selalu canang isteri adik ipar banyak keluar duit untuk suami (anak lelaki dia), kakak ipar (isteri anak lelaki dia lagi sorang) banyak duit, ASB anak2 dia (cucu mak mertua) dah belas ribu.

Amboi ingat saya ni tak ada duit ke.

Kenapa nak kias kata saya ni bukan macam menantu perempuan lain, apa ingat saya ni pakai duit suami saja. Tak tau kan macam mana banyak saya support suami saya a.k.a anak lelaki awak tu. Aku malas nak cakap saja.

Tapi lain kali lepas ni kena cakap lah sebab asal aku balik kampung macam nak perli aku saja kerja bazirkan duit suami padahal duit aku ni yang senangkan and bantu anak lelaki kau supaya dia masih boleh bagi keluarga kamu sekalian duit.

SO AMBIL PERHATIAN ya kaum2 mertua/ ipar yang lihat anak lelaki/ abang/ adik lelaki hidup mewah lepas kahwin INGAT tinggi kemungkinan kemewahan itu ialah ehsan isteri, guna duit isteri.

Kami pergi cuti mewah, makan mewah, rumah mewah kami BERDUA hussle cari rezeki.

Jangan mengada2 tengok lepas kahwin abang hidugo senang awak gedik gatal mintak duit kat abang/ adik lelaki itu.

Sila lah Sedar eh ntah2 duit abang/ adik lelaki untuk keperluan wajib pun isteri yang asyik top up mana kurang.

Isteri sahaja tau suami macam mana. Especially if his wife is working, kau jaga2 sikit nak cop isteri tu bolot duit suami or suami mewahkan isteri saja.

Kewangan setiap keluarga tu kau bukan tau, isteri contribute macam mana so jangan nak panas punggong hati hitam sangat.

Sekian.

– Isteri yang bekerja dan berduit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit