Benci Anak Tiri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/benci-anak-tiri/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab publish confession aku haritu  memang tak sangka ramai baca then backlash dan ramai juga yg bagi kata-kata sokonhan.

Aku tak berani nak baca semua komen sebab ada sampai 800 lebih, banyak yg doakan baik2 dan ada juga yang doakan aku mati, mandul apa bagai.

It’s okay aku faham memang aku mengaku masa aku tulis tu, aku dalam keadaan yang saaaaangat marah.

Dan aku tulis part 2 ni bukan untuk ceritakan kebaikan atau keburukan sesiapa, aku cuma perlukan tempat meluah dan kali ini aku dalam keadaan bertenang hehe.

Husband aku bukan orang kaya macam korang cakap. In fact dia penuh hutang keliling pinggang hasil perkahwinan sebelum ni.

Tapi aku slowly ajar dia bayar hutang, manage duit walaupun aku pun tak sempurna. Walaupun benci mertua aku, aku tetap paksa dia bagi duit belanja pada parents dia.

Even dengan exwife dia pun, aku yang tak bagi dorang gaduh2. Dulu dia bahasakan exwife dia panggilan buruk2, aku yang minta dia jangan macam tu takut anak dia dengar.

Everytime exwife dia nak tengok anak, husband yang kena ambil hantar (lain negeri pulak tu), kena bagi duit belanja, bagi susu dan bagi pampers yaaa.

Kalau susu habis dan si exwife terpaksa beli, dia sure akan claim balik harga susu dari husband aku.

Aku terfikir kenapa mak kandung dia perlu berkira macam tu, sedangkan aku langsung tak berkira dengan anak dia tapi tak apa lah mungkin dia ada masalah kewangan, aku tak tahu.

Bab tu aku takmau masuk campur especially since aku pernah kena maki sebab contact dengan exwife husband aku untuk share update pasal anak…

Sebelum kahwin selalu saja aku keluar dengan anak ni, cuma tak duduk serumah, berak dia aku tak basuh, muntah dia aku tak cuci jadi aku ingat semua okay saja.

Tapi bila dah jadi mak dia, baru aku tahu. Sama lah macam layanan mertua pada aku. Lepas kawin baru berubah.

Tiba2 ada peraturan dalam rumah.

Tiba2 aku terlalu kampung dan selekeh. Tiba2 auruh aku berhenti kerja. Tiba2 saja cakap nada suara aku kasar sangat sebab aku orang utara.

Apa saja aku buat, cakap dan pakai, semua salah especially bila aku nak anak tu makan, belajar dan berdikari.

Kalau korang nak tahu, mertua aku hampir sama macam confessor ni: (https://iiumc.com/aku-yang-negatif-atau-mereka-yang-toksik/

Aku malas nak ulas panjang2 pasal mertua aku tapi bagi aku mertua aku memang punca semua ni. Anak tu sampai sekarang dah 6 tahun, kayuh basikal pun tak reti. Sebab dari kecil terlalu dimanjakan, naik basikal pun tak bagi.

Takut jatuh, luka. Aku faham dorang trauma sebab cucu sebelum anak tiri aku ni, autism. Diaorang salahkan biras aku sebab biar anak terlalu aktif sampai jatuh lebam yang kononnya punca dia autism.

Jadi anak tiri aku ni memang sangat dikawal rapi, sampai nyamuk pun tak boleh gigit.

Penting kat sini untuk aku bagitahu, aku tak pernah dera anak tiri aku, paling teruk cuma pernah jentik telinga dia saja (sekali) dan pernah cubit betis dia sekali lepas dia meronta-ronta tak ingat sebab apa.

Most of the time kalau aku rasa marah sangat, aku akan masuk bilik duduk diam sorang-sorang.

Aku bukan nak suami aku pukul atau dera dia, tapi at least sekali bagi dia ingat dan tak buat salah yang sama.

Contoh salah yang aku maksudkan bila pergi rumah orang, dia anak buat rumah tu macam rumah dia. Anak tuan rumah pun tak boleh sentuh semua benda.

Sebab dia dah biasa dilatih mainan rumah atuk nenek, dengan rumah kitorang (sebab takda adik) dia punya.

Jadi kalau sepupu dia yang autism tu datang, atuk nenek suruh sorok mainan tu semua supaya tak dirosakkan bila anak tiri aku pukul atau tolak sepupu dia, tak pernah kena marah,

setakat kena “hey heyy heyyyy jangan macam tuuuuu” Tapi bila anak tiri aku kena tolak tarik, nasiblah sepupu dia tu siap kena rotan dengan atuk nenek.

Aku kesiankan biras aku sebab anak dia dilayan macam tu sedangkan dia dah lah autist… dan aku selalu minta maaf bagi pihak anak tiri aku.

Setiap kali mandi aku akan suruh dia mandi sendiri (pintu toilet buka) dan pakai baju sendiri. Dia boleh buat cuma ambil masa yang lama sebab tak focus.

Memang setiap hari suami aku yang uruskan anak tu siap ke sekolah sebab dia saja yang sabar bila anak dia terkial-kial nak siap.

Kalau aku, kang dah bertempik. Mulalah aku bebel suruh pakai cepat-cepat.

Tapi kalau dengan atuk nenek, dia akan dimandikan, berak dibasuh, baju dipakaikan, nak makan tu tangan dibasuhkan, makan disuapkan, kerja sekolah pun dibuatkan… apa benda yang dia nak daei shopee, habis mak sedara dia belikan.

Lepastu claim duit dari suami aku. Aku risau macam mana dia nak berdikari di sekolah bila dia darjah 1 tahun depan. Kalau aku suruh dia uat sediri, habis aku kena marah katanya “biar lah dia kecil lagi”.

Pasal botol susu pun mertua aku cakap “tak cacat pun kalau minum dalam botol”. Aku tak kisah kau nak bagi susu setempayan sekalipun. Cuma minum saja lah dalam cawan.

Tapi budak tu pun mengada, bila dalam cawan, dia taknak minum. Beli botol air cantik-cantik pun taknak jugak. Dah tukar bagi ovealtine, horlicks semua dia taknak. Milo pun minum yang kotak saja, bancuh taknak. Fuh…

Pernah bila ada school trip, cikgu jemput aku ikut. Aku ingat memang semua parents kena ikut, tapi tak. Aku saja dijemput sebab cikgu takut anak tiri aku tak dapat di handle. Hati aku remuk weh sebab dapat tahu anak tiri aku tu tak macam budak lain.

Masa hari sukan pun, semua budak okay saja boleh follow arahan dan main dengan happy, tapi anak tiri aku saja yang taknak ikut apa cikgu cakap sebab dia tak dapat apa yang rumah sukan lain pegang masa opening event.

Tapi dah dua tiga kali kitorang check dengan pakar, memang dia takda masalah seperti autism atau apa-apa. Dia cuma sangat manja sampai semua benda kena ikut dia… Tapi aku dan buntu macam mana aku nak didik dia.

Perlu ke aku ikutkan saja manja dia supaya dia rasa disayangi atau kena berkeras dengan dia sekali supaya dia tahu apa dia nak dalam hidup tak semestinya seua dia dapat?

Betul lah tu dari komen korang, ramai yang cakap aku tak cukup bonding dengan dia. Seingat aku, belum lagi aku pernah berdua-duaan dengan dia. Satu sebab PKP, memang tak ke mana.

Then bila dah boleh berjalan, takut juga nak bawa keluar. Dia pulak jenis tak suka tempat panas, berumput atau berpasir.

Nak keluar pergi mall atau tempat aircond saja. Kalau keuar pun selalunya dia akan buat perangai yang end up aku dengan husband aku dua dua akan serabut jadi kitorang tak enjoy.

Walaupun boleh dikatakan semua keperluan dia aku yang sediakan tapi dia bukannya tahu. Sebab aku tak spend masa dengan dia.

Effort aku cuma belikan keperluan dia, sediakan tabung pendidikan dia (sebab aku takmau susah dikemudian hari),

Dan bagi dia apa yang budak lain patut dapat contohnya celebrate birthday, sampai beriya-riya order kek sampai beratus, semua untuk buat dia happy, untuk dia tahu yang dia bukan tak cukup kasih sayang ibu,

Tapi sebenarnya terlebih lebih melimpah kasih sayang yang dia dapat. Kalau buka dari aku pun, orang lain ramai yang buay dia macam raja.

Biar aku saja lah yang paksa dia makan nasi sayur dan buah. Biar aku saja yang marah dia pergi rumah orang jangan masuk bilik orang suka hati.

Biar aku sorang saja tak pakaikan dia baju setiap kali lepas mandi sebab nak dia pakai sendiri. Biar aku sorang saja yang bawak dia pergi taman, lari sampai berpeluh, bukan dukung sepanjang jalan.

Kitorang dah kurang hantar anak tu ke rumah atuk nenek dari setiap minggu jadi dua minggu sekali atau sebulan sekali sebab kalau tak hantar, hari-hari dia video call atau nak datang rumah aku.

Ehhhh baik kitaorang hantar budak tu ke sana supaya cara aku sudip nasi atau peti ais aku tak dikomen.

Cuma setiap kali na ambik dia bakik dari sana, memang dia meraung. Mungkin sebab terpaksa berpisah dengan phone, pampers, botol susu dan percutian pakej anak raja.

So selalu on the way balik dia meronta-ronta dalam kereta. Hati aku panas sangat. Tapi suami aku tak pernah marah… biar saja dia meronta menangis.

Aku yang terpaksa telan, nak marah aku tak berani. Sebab tu aku selalu sangat cakap dalam hati….kan bagus kalau budak ni takda? Kan best kalau dia ni tak wujud?

Aku kesian juga suami aku mesti dia letih nak layan anak dia dan telan apa yang mak bapa dia buat dalam masa yang sama nak jaga hati aku.

Aku tak dapat tolong banyak so selalu aku rasa diri aku tak berguna. Dah lah mak tiri tak guna, menantu tak guna, then bini tak guna. Memang aku sendiri banyak kali dah minta cerai tapi aku sayang suami aku.

Doakan diri sendiri mati pun tak terkira banyak kali dah sebab aku tak mahu family aku malu atau suami aku rasa bercerai kali kedua. Baik mati saja. Entahlah.

Mungkin cukuplah sampai sini, InsyaAllah tak ada dah part 3. Aku harap masih ada segelintir yang sudi doakan aku supaya tenang dalam mendidik anak ni.

Kalau bukan doakan aku pun, doakan lah anak tiri aku membesar dengan baik macam orang lain, buka spoil brat.

Kalau aku ada rezeki dapat zuriat sendiri, semoga aku faham erti bonding ini dan anak dan aku boleh sayangkan dia macam anak aku. Sebab buat masa ni aku tak faham bila orang cakap ‘sayang macam anak sendiri’.

Aku minta maaf bagi yang marah bila aku cakap aku doakan anak tu mati. Aku permah saja imagine kalau dia mati, nanti suami aku sedih pulak sebab budak tu takda sehari pun suami aku rindu.

Tapi nak buat macam mana aku manusia biasa selalu wonder “what if dia tak ada, what if suami aku bujang…” cuma bodoh lah jugak dah kahwin baru nak fikir. Tu saja. Sekian, assalamualaikum.

– Mak tiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *