spm bukan sijil paling mudah

Result spm keluar baru2 ni.. adik aku, alhamdulillah dapat result lagi cantik dari aku. aku tak jeles..cuma..luka lama aku rasa macam kembali terbuka.

seperti tajuk kat atas, spm ibarat penentu masa depan kau. jangan bash aku sebab, hakikatnya, kalau nak masuk u, spm kena tinggi. pmr ke, upsr ke, tak de makna dah.. lainlah kalo kau memang minat kemahiran. dan mak ayah kau restu. tapi bg mak ayah aku, akademik adalah segala galanya.

masa aku form 4 & form 5, aku ambil kelas sains. result aku jatuh kerana ambil subjek sains. aku tahu kemampuan diri. aku tahu aku takkan boleh bawa subjek sains. tapi ayah aku, mak aku yang sokong ayah aku, tetap paksa aku duduk kelas sains. setiap kali balik kelas, aku menangis sebab tak dapat tangkap apa yang cikgu ajar. cikgu pulak pressure aku, cakap aku cemerlang masa pmr sebab meniru. ayah aku cakap aku bodoh, tak pandai addmath. mak aku berleter setiap hari, kenapa aku jadi senyap, kadang2 kurang ajar dengan dia.

aku stress. jadi depression. kadang2 aku bercakap sorang2. kawan tak da. ayah aku kongkong aku. marah aku pergi jamuan waktu tu malam. jamuan kelas kott..memang sah2 kau kena umpat bila kau tak join.. kawan2 dan cikgu2 cakap aku tak campur dengan orang. tak pandai sosial.

aku mula terfikir, kalaulah masa tu ayah aku faham aku. dia cakap kat aku "kakak, kalau awak rasa tak mampu, keluar je kelas sains. jangan sampai memudaratkan diri".. tapi dia biarkan aku..dengan alasan, aku kena juga paksa diri..

akhirnya aku dapat result spm. aku dapat 5a.. tapi subjek lain hancur. addmath,kimia b. fizik, bio, syariah islam c. 5a memang korang akan cakap, okey dah. kau patut bersyukur. tapi masa tu aku baru 17 tahun. kalau nak tahu aku score mase pmr gila2 punya. memang naik pentas pelajar cemerlang. aku dapat 8a.

dapat keputusan aku menangis seminggu. tak bercakap dengan mak ayah, orang2 sekeliling. orang cakap, okeylah tu. tapi aku dah cop diri sendiri bodoh. masa tu jiwa aku broken gile. dengan stress, salahkan mak ayah aku. aku jadi macam tak berapa betul sikit.

aku berjaya jugak masuk u. walaupun dengan rayuan. aku start rasa bodoh, masuk u panggilan kedua.

dekat u, aku nak ambil bidang yang aku minat, ayah aku terus paksa aku ambil bidang lain. tak habis dengan tekan aku, dia cerita kat sedara mara, aku nak kos yang senang.

aku bukan nak kos yang senang, aku nak kos yang buat kepala aku dah tak berserabut, supaya aku tak keluar u nanti, aku masuk hospital sakit jiwa, sebab depression.

ayah aku tentang habis habisan, tapi aku tukar kos tanpa pengetahuan dia. dah siap tukar baru aku bagitahu. masa tu dia mengamuk, cakap aku bodoh lagi. ikut suka laaa (tangan dibahu,mata keats). last2 aku melawan, cakap, kalau paksa2 aku lari dari rumah. paling tak pon aku jadi mental. pastu mungkin ayah aku sedar, dia dah tak bising.

sekarang aku dah habis degree.. nak start master pulak. ayah aku dah mula nak control aku semula. atur aku supaya masuk master jangan kerja.

awal2 lagi aku dah plan, aku nak minta kerja dulu, baru sambung master. kalau dapat tawaran master dulu, aku senyap je dulu. aku tak nak bagitahu ayah aku. doakan aku menang melawan ayah aku dengan apa yang aku nak.

korang boleh cop aku anak tak dengar kata, tapi kalau korang sendiri rasa separuh gila dengar cakap mak ayah korang, aku rasa korang better fight back macam aku.
kalau parents korang tergolong dalam mak ayah yang suka paksa anak diluar kemampuan kita sendiri, korang kena lawannn.. aku belajar agama..boleh lawan cakap mak ayah yang akan beri kemudaratan pada diri dan agama…
yang dapat mak ayah yang faham, korang sangat beruntung.

btw, adik aku bukan kos sains. dia kos biasa. mula2 nasib adik aku macam aku, kena paksa masuk kelas sains, tapi cikgu sekolah dia, tak luluskan dia masuk kelas sains, sebab dia punya pmr 5a dan ujian addmath dia 4/100..

ada kawan dia yang situasinya macam aku. dapat 8a masa pmr, tapi bila masuk kelas sn, spm diorg score 3a & 4a. adik aku cerita, kawan dia yang dpat 3a, 4a tu call tak angkat, mesej tak reply. aku harap, kalau kau baca dik, kisah ni, aku harap kau bangun semula. apply je mane2. sambung belajar. kalau dah tak boleh go on dengan subjek sains, keluar dan ambil benda yang kau minat. undang2 ke. hidup kita bukan berhenti di spm je. bangun kembali..

moral of the stories,
1. Fight for your own. Mak ayah yang mengongkong memang untuk kebaikan kita. tapi kalau kau sampai depress, cakap sorang2 macam aku, fight back for your own. itu bukan paksa untuk kebaikan kita, tapi memusnahkan kita. slow talk tak jalan, try hard way. tapi jangan bengong sangat lari dari rumah. kau ugut sikit je..haha.

2. Bangkit dari kegagalan. Hari ni kau gagal, esok kau kena bangun. kalau kau kecewa dengan kegagalan, ingat perasaan kecewa kau dan make sure kau takkan rasa perasaan macam tu dah.. okey,,,,

3. Sayangi mak ayah, walau apa pun mereka lakukan kepada kita. jauh disudut hati, aku terasa bila mak ayah cakap aku bodoh. tapi aku tetap kol makayah aku 3x sehari. kita anggap tu kelemahan mereka dan jangan ulang benda tu pada anak kita msa hadapan.. okey??
panjanglah pulakkan..maaf admin.. moga2 post..haha. penat type..

– anakbaik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *