STPM

STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada reader iium confession. Kalau tengok tajuk pon dah tau nak cakap apa kan. Baru-baru ni result spm dan stpm baru keluar. Tahniah yang berjaya yang tidak jangan putus asa. Saya ambil spm pada tahun 2016 tak silap saya. Result agak mengecewakan 1A dan 1E. Kira semua cukup lahh. Ada A, B, C, D, E cuma takda F je.

Okay selepas tu saya sambung ke stpm sebab tidak dapat tawaran belajar hatta rayuan pon. Bila masuk je stpm kalau ikutkan saya tak nak pon tapi bagi saya masa tu takda pilihan lain. Parent nak sangat saya sambung belajar. Parent yang suruh saya ambil stpm.

First bila masuk je stpm sistem belajar dorang sangat la laju sampai tak dapat nak tangkap apa yang cikgu ajar. Hatta tanya banyak kali pon. Selalu stay balik pukul 5/6 buat self-study, study group. Balik rumah sambung lagi study bila orang lain tidur sebab saya punya stail belajar kena senyap sunyi takda orang.

Sampai satu tahap saya kena depress sebab result sem 1 dan 2 saya sangat terukkkkk tak lebih dari 1.00, serius! Sampai saya rasa nak berhenti tapi sayang memandangkan dah separuh jalan. Nak tanya pendapat family, saya anak first memang semua kena buat sendiri. Apa yang disuruh saya akan ikut sahaja.

Rasa malu dengan kawan kawan dengan cikgu cikgu saya tahankan saja. Depression saya semakin teruk bila saya dah tak rasa apa. Pergi sekolah tak rasa nak belajar banyak termenung bila jumpa cikgu cikgu mereka endah tak endah kan saya disebabkan result saya sebelum ni. Bila pikir balik kenapa saya tak berhenti ye?

Mungkin sebab Saya tak nak kecewakan mak ayah saya buat kali kedua. (apa yang membuktikan saya depress adalah ada sekumpulan akak2 senior dari unuversiti ni datang sekolah buat ujian terhadap pelajar hasilnya mereka sendiri terkejut dengan result ujian mental saya) lagipon waktu tu memang saya rasa lain. Rasa tak nak belajar. Rasa macam mayat hidup.

Pergi sekolah pergi, balik sekolah balik. Masa banyak habis dengan termenung duduk dalam bilik bergelap. Waktu tu memang rasa lifeless. Kalau ikutkan dulu-dulu excited nak pergi sekolah sebab kawan -kawan. Tapi semua tu hilang macam tu je sedangkan dorang baik sangat baik. Dengan pressure result, parent, kawan semua pandai.

Kawan kawan banyak bagi dorongan dan semangat dari segi nasihat. Ajak study group. Dorang sangat la baik ajar satu satu yang mana saya tak paham. Sebab saya ni jenis yang tak paham tanya cikgu sekali. Tak paham jugak tanya kawan lain sampai paham. Saya lagi suka argue dengan kawan dari cikgu.

Problem saya sekarang ni bila mana result keseluruhan saya tak mencapai 2.00 pointer pon. Walaupon result sem 3 sangat la okay dicampur ulangan dan kerja khusus tapi still saya rasa kenapa saya dapat result yang macam ni. Sampai saya memtikaikan apa yang menyebabkan saya dapat ujian ni. Pikiran saya sangat la serabut sekarang ni. Nak sambung degree, tapi syarat am kemasukan kena sekurang kurangnya 2.00 pointer.

Bila cek upu satu program pon tidak keluar bermaksud saya memang tidak layak memohon la kan?? Rasa helpless useless sekarang ni. Saya takda kakak atau abang untuk rujukan bertanya. Tidak ada senior yang rapat nak membantu. Kawan saya sangat membantu dari segi nasihat dan sokongan. Tapi dari segi permohonan upu mereka pon sendiri terkial-kial.

Ibubapa saya masih lagi tak tahu pointer saya sebab saya malu. Mereka sangat berharap. Apa yang saya nak cakap dekat dorang. Boleh tak reader, akak-akak dan abang-abang bagi cadangan apa yang saya perlu buat. Betul ke kalau pointer bawah 2.00 tidak boleh isi upu. Habis tu saya kena buat apa? Saya kalau boleh taknak lah sambung ipts sebab memikirkan adik-adik. Bila pikir balik saya tak tahu mana salahnya. Restu ibubapakah? Cikgu-cikgu? ujian Tuhan?

Rasa macam apa yang saya buat setahun setengah ni membazir je dengan result yang ada. (saya sejenis manusia yang bila something happened mula salahkan diri sendiri sampai sendiri rasa down yang amat) Saya perlukan cadangan bernas reader2 sekalian. Tolong sangat2 admin publishkan. Please. Saya bersedia menerima teguran nasihat dan semangat kalau boleh. Orang cakap result cemerlang bukanlah penentu tetapi kalau boleh saya nak sambung degree.

Thanks admin kalau publish. Maaf kalau ayat kacau bilau sebab saya memang tengah kacau bilau sekarang ni. Segala pandangan saya akan terima.

– Budak99

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit