Assalamualaikum.
Nak tanya pendapat semua.
Anda rasa ada tak orang yang diahirkan gay?
Sebab saya salah seorang yang dari kecik lagi ada rasa tertarik pada orang lelaki berbanding wanita.
Walaupun nafsu aku tertarik pada lelaki,tak pernah pula aku label diri ini gay,sebab hakikatnya saya memang tak nak jadi gay.
Susahnya hanya Allah yang tahu macam mana nak lawan nafsu pelik ni.
Aku pernah buat pembacaan teliti tentang kenapa seseorang tu jadi gay.
Ada teori yang mengatakan bila tiada 'father figure' sewaktu zaman kanak-kanak,jadi keinginan tu datang sebab tiada ayah atau rasa kehadiran seorang ayah.
Tapi aku okay,ada ayah yang layan kami adik beradik dengan baik.
Aku pun tak mudah tertarik pada mana-mana lelaki.
Kalau kacak pun belum tentu lagi tertarik,sebab ada faktor lain juga yang mempengaruhi.
Kes aku ni kira okay lagi kalau dibandingkan dengan kes-kes budak gay sebab at least aku ada rasa nak kahwin dengan perempuan.
Kalau gay tahap hardcore memang mereka tak rasa apa pun tengok perempuan.
Apa yang dorong & terus kuatkan aku supaya terus lawan benda ni?
Agama.
Aku ulang,agama.
Pegang agama walau apa sekalipun.
Aku tak mintak jadi camni & Aku lawan nafsu songsang ni.
Dulu pernah stress sebab kenapa jadi macam ni.
Pernah sampai tahap benci diri sendiri.
You'll never know until you experience it.
So far Alhamdulillah aku tak ada buat benda pelik.
Sometimes,bila baca orang tentang yang express dia punya susah sebab nafsu songsang ni kena bash,jadi sedih dan geram.
Sedih sebab aku faham apa yang mereka alami.
Geram sebab ramai yang hanya tahu menghukum tanpa cuba menolong.
Apapun,aku anggap ini ujian besar dari Allah sebab bukan semua orang dapat ujian macam ni.
Mungkin kalau aku dapat lawan nafsu ni,ada ganjaran besar dari Allah.
Satu permintaan untuk semua.Jangan mudah menilai kalau tak pernah rasa apa yang orang lain rasa.
Semoga bermanfaat.
– CY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Truskan mnhn diri. Sy fhm wlupn sy pmpuan =)
I will never know how hard your struggle is. But keep praying and solat hajat. I hope one day, He accepts your prayer. Berdoalah dengan ikhlas, setulus mungkin sehingga air mata mengalir sbb tears is also a prayer. It travels to Allah when you cant speak. Nonstop praying cause prayer is one of miracle :)
Inilah dia lelaki paling kuat : menahan nafsu. May Allah bless u, bro.
How old are u now? Klo umo 17-9 tu mmg la tgh alamai identity confusion. Mmg akan mai kekeliruan identity sat sbb dia tgh mencari. Nt lama2 ok la tu. Jgn nk melayan sgt.
Yeke? Ceq tak pernah confuse pon dulu..haha
Sy pernahhh. Hahaha
Meh nak applause sikit kat confessor…everyday, everyone strugling with their problem and identity…i dont know how hard ur struggle is but u did a really good job…bukan senang nak melawan nafsu nih