Suami Culas

Aku nak meluahkan kat sape, aku pon tak tahu.. Perkahwinan aku dah masuk tahun ke 13. Aku nak tinggalkan semua yang aku ada, tapi aku hanya fikir anak.

Masalah sebenar dari first anak satu, suami aku suka melepak dengan kawan, sambil berkawan sambil mengayat perempuan.. Selepas itu ok sebab kami pindah kl..

Lahirkan anak ke 3, dia mula lagi lebihkan kawan, sampai masa dirumah sekejap sangat, aku masa tu memang bergantung dengan dia je..

Adala menjahit sikit² itupon abis cover makan anak² sebab gaji die tak dapat cover kos hidup, tapi dalam pada tu mengayat lagi perempuan. Leka dengan hp mengayat je.

Lepastu kami pindah negeri lain. Sebab dah tak boleh cover gaji bulanan nya.

Ini dah usia perkahwinan 9 tahun.. Masatu aku pulak try kerja untuk mulakan hidup, dia jaga anak, tapi kerja tak mengizinkan, aku tak boleh go di negara orang,

Kemudian Allah beri rezki aku dapat rezki menjahit, jadi income lebat juga, dia bantu aku juga.. Hidup mula senangla juga.. Tapi takla kaya, mulala die join group kereta melepak sampai pagi buta.

Kemudian aku mengandung anak keempat, dan bermula la sekali lagi.. Perkahwinan masuk ke 11 tahun, aku struggle menjahit, semua mula diletakkan di kepala aku, kereta rosak tak repair, salahkan aku, bila takde rokok minta aku, bila hal yuran, belanja sekolah sewa semua 100℅ serah ke aku..

Asal cakap je die jawab, duit semua aku pegang, sedangkan bahagian dia tolong jahit tu, tak dapat cover belanja rumah seharian malah bulanan.. Lagi² bisnes drop.. . Dia hanya buat bahgian jahit untuk dia bila aku perlukan khidmat die..

Sampai satu tahap aku mula suruh die kerja semula, macam² alasan diberi, lagi dia selalu salahkan aku. Dia selalu kata “dulu tak bagi kerja”, banyak kali dah terangkan bisnes drop, tapi akan jadi bertengkar.

Sampai masa lahirkan anak ke 4, tahun ke 12 perkahwinan , dalam pantang aku masih menjahit, aku juga kena fikir bil hospital walaupon beranak dekat kerajaan je.

Dia selalu ingat aku dalam pantang tu.. Menjahit sebab aku janji dengan customer, tapi sebenarnya sebab aku kesian anak aku tak makan masa aku duduk hospital.

Kemudian aku pindah negeri lagi, balik ke negeri yang kami dah biasa dari bujang.

Bisnes makin drop, aku suruh dia kerja, kami sentiasa akan bergadoh, sewa rumah mahal, tapi die relex. Dia start la kerja rider, tu pon memekak suruh aku beli bag rider, bila beli, hangat² taik ayam.. Gaji pon tak setimpal ikutkan.

Aku suruh lagi kerja, katanya dah tua. Suruh mintak security, taknak pulak, takut hantu, suruh kerja lain, nak driver lori je.. Nak lesen gdl.. Aduh.. Aku dah serabut pindah rumah sebab tak. Mampu bayar..

Dan dia mula jumpa kawan lagi yang baru. Dia buat keje bengkel yang ada takde je gajinya. Gaji lepas rokok dia je supaya konon tak bebankan aku.

Dari melepak, die keja sikit², tapi lebih kepada melepak. Masih aku kena fikir bayar bulan², dia siang tido malam jadi burung hantu..

Bila nak bincang, dia akan kata aku ni itu ini, kata aku ni bila dia takde ape², aku buat macam ni. Aku salahkan dia konon, sedangkan dah banyak tahun aku struggle sangat.

Aku sampai taknak beranak lagi, takot dalam pantang aku kena kerja, tapi die jenis manusia yang tak boleh bincang, akan gadoh. Kadang ade duit tak seberapa, family dia mintak sikit, disuruhnye je aku bank in.. Tak tanya pon aku ada duit tak..

Adik die mintak RM10, aku taknak bagi, dia kate akan miskin ke bagi RM10.. Adiknya penagih.. Tapi tak dela jahat, adek die lagi pandai cari duit.

Antara kawan dan family, bagi mata kasar aku, dia pilih kawan, dirumah dah mula tak de masa nak melayan anak.. Sebelom ni dia rajin tolong bantu hal rumah..

Takdela semua yang jahat je.. Die rajin masak, tapi die dah kembali semula melepak.. Jadi mase balik nak tido je.. Aku pernah cakap, sekali lagi die lebihkan kawan macam first kejadian dulu, aku akan pergi.. Tapi ni aku masih stay.. Masih memikir cara..

Sekarang bila ati aku makin tawar, nak bersama kadang aku jadi tak de hati. Nak lari bawak anak, takut nusyuz, nak bercerai takut hilang walaupon 1 hak penjagaan anak.. Aku nak anak aku semuanya..

Tapi kalau kata aku akan dapat hak.. Aku juga takut sebab aku takut jika ada anak aku pilih ayahnye. aku hanya nak anak aku membesar tanpa stress.. Aku nak anak aku hidup dengan aku..

Tapi akula terpaling stress, aku hanya nak anak aku hidup normal, tapi aku dah tak tahu macamana dengan laki aku ni.. kot nanti aku ada duit tolong dia buat lesen GDL.. mungkin ke dia akan kerja balik..

Kalaula mati tu halal, ramai dah gantong diri.. Tapi aku masih ada Allah. Aku harap Allah berikan aku jalan.

Aku dah PENAT…

– Erika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

One comment

  1. Loca malas nak baca smpai habis..tp loca nak tanya knp puan dah tahu suami red flag (banyak mslh)..tp puan masih beranak ramai.

    Bkn ke susahkan diri sendiri.
    Dah la culas nafkah kemudian tak sdr diri melepak sana sini,membetina pulak.

    Puan nak tunggu & hrp apa lg dari perkahwinan mcm ni?
    Puan yg bekerja keras serupa kerbau.
    Fikir2kanlah…tunggu la anak hbs sekolah pndai berdikari..tuntulah fasakh segera sebelom kena sakit mental

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *