Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-keliru/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-keliru-ii/).
Assalamualaikum. Masih ingat saya, confessor Suami Keliru I dan II?
Satu persatu saya baca komen, baik dan buruk. Tenang atau yang tidak. Yang rasional ataupun bias.
Semua saya hadam secara baik.
Sungguh tiada niat untuk buka aib isteri, sebab itu tiada nama atau hint siapa kami yang saya buka untuk dinilai orang luar.
Dan tidak lah juga saya memilih platform ini untuk bercerita dan mendengar pendapat kalau niat mengaibkan isteri.
Alhamdulillah.
Saya buat satu persatu.
Saya doa lebih keras. Saya redha lebih ikhlas.
Saya meneruskan apa yang saya sedia buat.
Mungkin asbab doa pembaca yang diangkat atau asbab doa saya yang baru dikabulkan atau asbab isteri sendiri membaca dan refleksi diri.
Alhamdulillah, kami sudah semakin harmoni.
Dia sudah semakin improve daripada segi kerja rumah. Alhamdulillah. Tidak lekang doa redha untuk dia, atas setiap satu yang dia buat untuk saya kembali.
Tidaklah saya bermaksud sudah tiba masa saya menjadi raja, dan dia hamba. Tidak. Melainkan cukup kamilah raja dan permaisuri rumah ini. Sama-sama menghidupkan. Tidak salah seorang yang menjadi hambanya.
Alhamdulillah things are getting better.
Bergaduh masih ada. Itu normal. Makan hati seperti dulu sudah menjauh. InsyaAllah.
Allah Maha baik. Dilapangkan kami daripada permasalahan keharmonian ini. Allah limpahkan juga rezeki yang semakin bertambah.
Mungkin asbab redha pada isteri. Mungkin juga asbab kami berbakti untuk satu sama lain.
Allah turunkan rezeki lebih melimpah buat kami. Supaya dilapangkan lagi hidup kami.
Terima kasih semua atas sumbang saran, idea, pendapat, kata-kata menjentik hati Dan menegur saya juga.
Doakan kami terus ampuh bersama hingga hujung nyawa.
Moga kita semua juga terus istiqamah dalam mencari titik persefahaman dan mencuba apa juga cara untuk mengharmonikan sebelum bertindak memutuskan apa yang telah diikat rapi waktu ijab dan kabul dulunya.
Ini apa yang saya buat,
Untuk kali terakhirnya.
1) Saya teruskan rutin harian seperti biasa. Saya stop bila penat. Dan pekakkan telinga jika dia menggila. Be ignorance dan prevent confrontation/provocation. Flee from the scene. Do something else. Immediately.
2) Saya opted out home cook meal bila penat. Kenal pasti few restaurants nearby yang boleh provide service delivery. Order dan deliver.
Spend money, but ikhlaskan untuk improve household harmony. Elak rushing, paksa diri to do when we are running out of time. By doing so, kami have plenty of time to rest etc.
3) Untuk elak separate laundry run baju kami dan anak, saya invest laundry detergent yang safe utk anak eczema. Saya guna the same detergent untuk baju kami suami isteri. So no need to separate laundry. Do in one shot. Jimat masa.
4) Cut cutleries/kitchen ware. Saya all out kemas dapur. Pack and keep in cabinet all unnecessary/not frequent use cutleries/kitchen ware. Reserve few sahaja utk kegunaan kami 3 beranak, in daily use. Ulang guna. So dapat control unnecessary use hence cleaning time.
So one time run dishwasher pon enough. Do it at the end of day. Before masuk tidur. Or else, jika terus dibiarkan, wife akan terus dengan tabiat dia guna pakai semua yang available depan mata, dan once sinki terlalu penuh, tak muat dishwasher, dia jadi bebai and biarkan.
So I buat inventory control. Biar dia guna apa yang ada sahaja. The rest saya keep tempat tinggi2 yang lagi renyah untuk dia panjat ambil semata2. Kindergarten approach tapi works like a charm so far.
5) Groceries. Since go to the market itself is something that exhaust both of us. And later end up me doing it all. So sy categorized few list Dan kenalpasti local seller dkt neighbourhood yang boleh provide delivery in weekly basis/upon order basis. Terutama bahan mentah. Daging/ ikan/ ayam.
Best part is, these local distributor provide free cleaning services, can request packing by portion. So once deliver, can straight away keep in freezer. No need additional cleaning ke processing ke.
6. Morning hastle. Ini sy belum solve. Ramai suggest untuk ambil maid. Tapi we are not ready yet for this kind of commitment, especially in privacy wise. Jadi saya plan nk upgrade my babysitter.
Instead of we drop off our son to their home, I proposed to upgrade her to be our in-house nanny. Jaga anak kami dekat rumah kami terus.
Since ada annual increment Allah rezekikan quite sum of money, I plan to spend sebahagian to cover this additional upah untuk pengasuh stay in babysit anak di rumah.
Subjected to the amount agreed by both of parties. Let’s see how it goes along the way. Maybe next year baru start implement. Let me treat myself, adjust here and there with the new increment first.
7) Maintenance rumah. Ada anak. Ada barang. Ada demand to housekeeping. Hence the consumption of energy and time. Exhausting bila di maintain oleh seorang sahaja.
Jadi saya kemas rumah. Rearrange things. Baju etc. kemas. Dan put aside yang dah tak relevant untuk diguna. List out few things yang akan di move out soon.
So rumah jadi lebih organized, clear. Easy to maintain and reduce time consumption untuk mencari barang, kemas etc. This effort is still ongoing, ada few sections more in the house not yet deep restructure/reorganize.
8) Baju tidak berlipat. Previously baju end up bertimbun atas katil bilik sampai nak pakai terpaksa mencari2. Hence I took a leap of step.
During reorganize the house. I segregate yang mana frequently use and those yang jarang diguna. So easy reach out. And cut tendency dia mudah guna sebarang2 and end up piled up the laundry.
Untuk elak baju tak berlipat lama, tiap kali solat atau lepas mandi, saya akan solat/bersiap pakai baju seluar di dalam bilik tersebut. So boleh curi masa lipat sehelai dua tiga helai sambil2. Reduce the quantity if cannot commit to eliminate all. So far we able to maintain.
That’s all kot.
Moga dapat membantu suami2 Keliru juga di luar sana dalam memecah otak mencari solusi. Saya juga sedia menerima jika ada suggestion lain.
Suami Keliru,
Last post.
Saya undur diri.
17/10/2024 12.30am.
– Suami Atas Kertas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah. Tahniah Encik kerana tidak berputus asa dan berjuang. Perkahwinan itu adalah satu ibadah yang panjang. Terima Kasih juga di atas tips-tips nya. mungkin lepas ni saya juga akan simpan pinggan mangkuk yang berlebihan di rumah hehehe supaya tak serabut nak basuh nanti. semoga berbahagia encik & isteri.
Tahniah…sebab dapat jumpa solusi. Walaupun saya x nampak pun apa sumbangan isteri awak. Takpela.. janji korang happy.
Bro.. apa yg kau buat tu sebijik mcm yg aku buat. Cuma kita terbalik.. kau suami.. aku bini. Nampak kan.. Last resort kena redha dan cari solution sendiri dari sakit kepala tanggung stress dan sakit hati. I feel you.
Good luck bro. Jaga diri. Rasa dah tak tahan tu kau pergi la me time kejap. Sekali sekali mengamuk sound bini tu okay jgk. Kalau tak sampai ke sudah bebai tak de perubahan.
Bro jgn undur diri dlu..mcm mna dgn plastik2 parcel,gunting pisau yg dia tinggal tu dh sattle ke..smoga isteri bro terus istiqamah dan berubah makin matang dan rajin noh
Uish sabar nye lah ko dik! Aku dh baca the pervious 2 confessions urut dada lah! Bini ko gila ni or ada post trauma..laki aku baik jugak tp aku takda la take advantage sampai mcm tu teruk sekali. Aku punya setan ni still waras lg boleh lg sendukkan nasi suami sbb dpt pahala kot..betul la asingkan tempat tido & ko ignore mcm mana dia boleh ignorekan ko and rumah bersepah..tak perlu prep bahan masak dia..tak perlu cuci pam susu dia..tak perlu tukar pampers anak malam2..anak baru sorang ape yg penat sgt oi!
Cuba buat bodoh mcm mana dia buat bodoh tu..tengok setan sape lg bodoh! Setan sape lg kuat merasuk haha
dalam dunia ni hampir kesemuanya manusia tidak kira lelaki @ perempuan tidak ada 1 pun yg sempurna.. melainkan berusaha untuk menjadi sempurna.. sama jugak dengan perangai @ sikap.. sedangkan Allah sendiri telah berfirman ” Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka sendiri mengubah apa yg ada pd diri mereka.. bila aku selalu dengar org cakap doa kan utk dia.. ya doa itu mmg dah betul jalannya, tapi klu individu itu sendiri xnak berubah ko buat apa sekalipun xjalan jugak.. melainkan dia sendiri sedar untuk berubah, dengan diiringi doa.. pasti Allah makbulkan..sebabnya apa..sebab individu tu sendiri yg nak berubah dan niat melangkah ke jalan perubahan.. buat encik ni Alhamdulillah kerana telah banyak berkorban dan berjaya mengawal rumah tangga dengan jayanya.. kerana tak banyak lelaki seperti ini.. dan ketahuilah ganjaran pahala tu dah terkumpul kat Akhirat sana..jangan risau encik banyak saham encik kat Akhirat sana.. aku selalu pegang kata2 aruah abah ku.. manusia yg hidup di dunia ini apabila banyak di berikan nikmat dengan segala nikmat dari Allah dia akan lalai dan kufur dengan nikmat itu, tanpa dia sedar itu adalah ujian Tuhan nak uji dia.. tapi apabila dia xpernah bersyukur dengan apa yg ada didepan mata, xpernah menghargai semua nikmat diberi..ketahuilah hari demi hari Allah tu akan tarik nikmat tu sedikit demi sedikit tanpa sedar.. selalu akan ada manusia2 berkata “betapa menyesalnya aku”.. semua tu berlaku antara cepat atau lambat.. klu cepat tersedar Alhamdulillah masih ada masa untuk ubah, tapi kalau terlambat.. contoh Allah ambil semula manusia tu kembali ke sisi dia..hmm penyesalan yg tiada guna dan waktu tu x ada apa yg boleh di ubah dah..mcm ni la banyak yg selalu terjadi..
Alhamdulillah, u managed to sort things out. despite orang kutuk your wife ke apa, you know yourself better. maybe without her you will be more miserable then all these house chores now kan? kami doakan semoga your wife akan lebih baik and your rumahtangga will be better for both of you. aamiin!