Suami Kiriman Tuhan

Salam readers. Tiada luahan masalah hanya titipan penghargaan kepada suamiku. Alhamdulilah perkahwinan kami hampir ke 8 tahun. Dikurniakan 3 cahaya mata yang bijak dan comel belaka.

8 tahun bersama, suamiku adalah sahabat sejati ku. Susah senang kami tetap bersama.

Kadang-kadang terbaca dalam facebook tentang cerita yang manis-manis dalam perkahwinan, akan tetapi komen-komen netizen selalu menulis,

“Ala baru lagi tu. Semua wangi. Tunggu dah lama sikit sure tak da sweet-sweet macam tu”.

Komen-komen sebegitu sering kali membuat aku tertanya-tanya apa betul semua hubungan suami isteri indahnya hanya sesingkat itu?.

Mungkin ada sesuatu yang hilang dalam sesebuah perhubungan itu. Sebab itu nikmat manis masa bercinta tidak berpanjangan sehingga ke hubungan perkahwinan.

Alhamdulilah hubungan ku bersama suami kekal manisnya sehingga kini. Tidak pernah tinggi kan suara, tidak pernah memarahi aku dan anak-anak. Dia adalah seorang suami yang terlalu baik.

Tidak pernah langsung berkata “tidak” pada isteri dan anak-anak. Ringan tulang dan aku juga tidak pernah langsung dengar perkataan “penat” dimulut suamiku samada selepas pulang dari kerja atau dari mana-mana.

Paling terkesan dihatiku, saat aku mengandungkan anak ketiga kami. Ada hamba Allah yang berhutang dengan suami dengan jumlah yang agak banyak nilai agak beribu. Si penghutang berjanji akan bayar full amount bulan seterusnya.

Konon-konon kerja dari syarikat penapis air gaji sampi 7, 8K sebulan, siap mention mampu bayar full walaupun waktu tu suami bagi diskaun. Dengan duit tulah harapan kami untuk buat persediaan baby dan berpantang nanti.

Apa kan daya, bila tiba tarikh yang dijanjikan si penghutang block nombor kami dan segala sosial media. Jatuh terduduk kami. Waktu tu pun saya dah admit ward untuk bersalin. Sedih bukan kepalang.

Nasib baik waktu tu baju baby yang baru kami dah beli 4,5 pasang dan kelengkapan penting lain. Reaksi suamilah paling sedih. Tapi rezeki anak kan, alhamdulilah semua cukup.

Inilah pertama kali berpantang saya berpantang sendiri. Urusan anak-anak yang lain dari A-Z semua dia yang uruskan. Masak pun suami yang masakkan walaupun pelik sikit rasa nya, hehe.

Sampaikan nak berurut pun suami yang urutkan badan saya masa berpantang sebab peruntukan untuk cari bidan tak da, jadi saya minta suami saja urutkan badan.

Anak pun sekarang dah besar umur 2 tahun. Rezeki orang teraniaya, melimpah-limpah rezeki kami. Mampu beli rumah sendiri, mampu bawak anak-anak bercuti 3,4 kali setahun.

Tapi tulah seorang lelaki, banyak dia berkorban untuk kami. Selipar dah lunyai pun digam banyak kali. Baju tak berganti.

Kira keperluan diri dia semua diketepikan dulu sedangkan anak-anak dan isteri kasut bertukar, baju tiap-tiap bulan berganti baru. Bagi dia, keutamaannya adalah anak dan isteri.

Nak dibeli secara paksa baru lah dia ambil. Haishh abang². Banyak lagi kebaikan suami yang tak terkira nilainya. Tak dapat dibayangkan jika dia tiada. Anak- anak pun terlalu rapat dengan ayah mereka.

Aku cuma mahu doa dari kalian moga dipanjangkan umur suamiku dan dipermudahkan segala urusan hariannya. Aku mahu bersama dengannya hingga hari tua ku.

Kami dah berjanji pencen nanti kami nak keliling dunia sambil berpegangan tangan walaupun tangan kami waktu tu sudah berkedut dan berharap cinta serta sayang kami tetap kekal sama hingga akhir hayat kami. Aamiin yarabbal.

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *