Tak Perlu Bercinta Dengan Suami Orang

Hai semua. Aku cuma nak meluah sebab aku buntu dan kecewa…

Sedikit pengenalan, aku masih di awal 20-an dan sudah ada pekerjaan tetap.

Rezeki aku memang murah. Dah dapat kerja dan diberi peluang untuk buat pjj. Ada sedikit assets sebab parents yang bagi. Alhamdullilah bab itu.

Tapi satu saja aku ada masalah. Aku tak solat. Semenjak tak solat hidup aku kucar kacir. Mula2 aku tertinggal satu waktu aku rasa okey. Aku ingat nak qada lama2 tak solat terus.

Selepas aku jauh dari Tuhan, aku bertemu dengan Mr M.

Dia duda. Dia pernah lamar aku. Tapi aku tolak sebab aku baru saja kenal dia. Selepas aku tolak, dia pun cari orang lain dan kahwin dengan perempuan lain.

Kalau bab rupa, bukan aku nak meninggi diri. Aku sejak kecil, memang dikategorikan memang dah ada rupa.

Muka aku susah naik jerawat, berkulit putih, cerah dan rambut aku memang berwarna perang asli walaupun aku melayu. Badan aku lansing ye lah sebab masih muda kan.

Aku tahu Mr M ni nakal. Perempuan, s3ks, jud1 dan ar4k perkara biasa bagi dia. Cuma ketum dan dadah dia tak terlibat sebab Mr M seorang yang berjawatan tinggi dalam penjawat awam.

Sebelum Mr M kahwin baru, memang dia selalu datang tempat aku, duk usik mengusik dan ajak keluar makan. Aku sebagai bujang, lama kelamaan aku keluar dengan dia. Hilangkan masa bosan.

Masa ni aku follow semua aktiviti2 tak berfaedah Mr M. Selalu pergi club dan balik awal pagi. Lepastu jumpa tempat kerja buat macam biasa.

Dan selepas Mr M kahwin pun dia pjj dengan isteri barunya. Berbeza tempat kerja. Isteri barunya tidak kenal perangai sebenar Mr M sebab pandai sorok.

Kiranya Mr M still cari aku walaupun dia dah kahwin. Silap aku, walaupun dah kahwin aku still keluar dengan Mr M. Lepas dia dah kahwin baru aku sedar aku dah sayang dia.

Kitaorang mula rapat dan Mr M dah berani ambil kesempatan. Aku buat laporan dan Mr M dipostingkan ke tempat yang lagi jauh dari tempat kerja aku. Mr M juga dikenakan tindakan tatatertib.

Masalah bermula bila dia nak posting. Beberapa bulan sebelum dia posting, aku yang bantu dari semua persiapan dia walaupun sepatutnya aku tak perlu bantu dia pun.

Tapi masa ni aku dah sayang. Tiap2 malam keluar, kat tempat kerja pun jumpa mana aku tak angau. Aku sayang sampai maruah aku tak jaga. Tapi aku tak bagitahu keluarga aku. Aku takut.

Mr M janji nak jadikan aku sebagai no 2 dia dan aku percaya.

Dungunya aku.

Selepas Mr M posting kami hanya berhubung melalui video call sahaja.

5 bulan selepas posting, Mr M dah mula menunjukkan dia tak berminat dengan aku. Aku mula tak tentu arah, call beratus-ratus tak angkat.

Aku sedih, kerja aku tak fokus dan pelajaran aku terabai.

Aku stress, asyik menangis. Aku rasa tak berguna. Aku masih sabar dengan Mr M walaupun dia sering abaikan aku. Kalau kitaorang gaduh, dia akan hilangkan diri kadang 2 minggu kadang sampai sebulan.

Biasanya punca gaduh kecik saja, sebab Mr M tak angkat call tak balas whatsapp.

Seen, bluetick, reject call dan block tu perkara biasa Mr M bagi dekat aku. Aku sampai kena pinjam fon orang lain nak sruh dia unblock aku.

Hal emergency takyah bagitau memang dia tak ambik tahu.

Aku pos hadiah rokok, baju, beg dan macam2 dengan terselit nota ‘i am sorry abang’ walaupun memang bukan salah aku. Dungunya aku.

Aku dah rasa tak nak teruskan hubungan denga Mr M. Setiap kali aku minta putus, dia suruh sabar. Aku tak nak jadi orang ketiga. Aku tak sanggup sebab isteri baru Mr M orang baik. Dari keluarga yang baik2.

Kalau Mr M luangkan masa dengan keluarga barunya, aku bagi ruang sampai Mr M yang contact aku balik. Aku takde niat nak exposekan diri aku pada isterinya.

Setahun selepas dia posting, kebetulan aku buat pengajian jarak jauh (pjj) dengan negeri yang sama dengan Mr M.

Setiap kali aku nak ke kampus, aku ambil cuti awal sebab nak jumpa Mr M.

Tiap kali aku pergi berbagai alasan dia bagi, outstation la, urusan keluarga la, urusan beli rumah dll.. Mr M mengelak dari nak jumpa aku.

Tipu aku tak kecewa. Aku kecewa sangat2 bila tak dapat jumpa.

Sebab nak jumpa Mr M tu susah, sikit pun Mr M tak hargai. Aku cuma nak Mr M bertanggungjawab.

Setiap kali aku minta putus, dia pujuk dan aku cair balik. Berlarutan dan hampir 2 tahun dah kami berhubungan. Aku pun dah taknak hidup dalam keadaan macamni.

Betul kata2 orang, bercinta dengan suami orang. Dia hanya perlukan teman di waktu dia sunyi sahaja.

Aku tahu aku salah tak jauhkan diri awal2. Aku cuba baiki diri aku. Aku mula solat. Lama2 aku sendiri tak contact dengan Mr M.

Mr M masih dengan perangai lama dia. Masih pujuk aku, biarkan aku tergantung tak ada kata putus dah suruh sabar.

Moga kali ni aku istiqamah.

– Cik Donut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit