Suami Saya Seorang Muallaf

Assalamualaikum…. First time nak cuba tulis kat sini…. Tentang suami saya seorang muallaf….

Saya ni tak pandai bercerita, introvert sikit… Tapi sebab sekarang boring, so just nak share tentang suami yang muallaf, since sekarang bulan ramadhan kan, hehe.

Sebelum berkahwin dengan suami muallaf ni, saya sebenarnya seorang janda anak 3. Suami muallaf pula bujang… Umur kitorang sebaya…

Sebenarnya nak cerita tentang kagumnya saya dengan suami ni tentang perjalanannya masuk Islam.

So cut the story short, saya kenal suami melalui apps O**. 

Masa tu terpengaruh juga dengan kawan-kawan yang main apps tu so dalam hati nak cuba la… First day cuba apps tu terus berkenalan dengan suami.

Masa tu saya hairan dengan biodata dia dalam apps tu dia kata dia seorang Muslim tapi bukan masuk Islam kerana berkahwin. 

So saya pun macam berminat la nak tahu kenapa dia masuk Islam.

By the way, suami ialah seorang Cina beragama Kristian sebelum revert to Islam.

Jadi suami pun share la kenapa dia masuk Islam…. Dia dah mengkaji agama Islam sejak 7 tahun lepas.. Maksudnya selepas 7 tahun baru dia reverted. 

Kebanyakan kajiannya daripada youtube Dr Zakir Naik, Mufti Menk….

Jadi nak dijadikan cerita, suami pernah kena tangkap atas kesalahan yang tak boleh dinyatakan di sini.

Jadi masa dia duk dalam tahanan di lokap, dia suka tengok tahanan-tahanan yang Muslim tu solat.

Suami pun terus menyatakan keinginan nak ikut solat dan akhirnya dia mengucap syahadah semasa dalam tempoh kena tahan tu. 

So bermulalah perjalanannya mendalami ilmu-ilmu agama semasa dalam tahanan. Dia belajar solat, hafal Al Fatihah sendiri melalui pendengaran.

Bila dah keluar tahanan, suami terus daftar keislaman di pejabat agama.

Selepas 2 bulan dia masuk Islam, baru saya berkenalan dengan suami. 

Selepas berkenalan lebih kurang 6 bulan, suami berjumpa ibu bapa saya dan menyatakan hasrat nak berkahwin, maka kami pun kahwin..

Usia perkahwinan nak masuk 2 tahun Alhamdulillah. Suami boleh dikatakan seorang Muslim yang sangat baik, solat tak tinggal dan jadi imam kepada kami. 

Kalau dekat rumah, suami akan solat di masjid dan balik ke rumah jd imam pula kepada kami (sekiranya belum menunaikan solat).

Point yang saya nak highlight ialah rupa-rupanya wujud lelaki macam suami yang Alhamdulillah seorang yang beragama, baik dengan anak2…. Tak berkira dari segi nafkah. 

Suami akan beri duit gaji semua kepada saya dan minta saya uruskan perbelanjaan kami. Pendek kata, dia tak kedekut.

Dan setiap kali ada majlis ilmu dia akan bawa kami semua anak beranak untuk hadir ke majlis ilmu.

Suami juga menguruskan anak2 ambil hantar ke sekolah dan di rumah juga dia akan buat kerja-kerja rumah. Ini yang mengagumkan saya bila mana seorang muallaf tahu tanggungjawabnya. 

Kesimpulannya, kalau seorang lelaki itu seorang yang beragama, insyaaAllah rumah tangga akan aman damai.

Itu sahaja perkongsian daripada saya, harap korang tak boring membacanya…. 

– Ping ping (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *