Suami Saya Tiada Kad Pengenalan

Hi, Assalamualaikum semua!

Sedikit pengenalan pasal diri saya. Berumur 35 tahun, sudah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 3 orang anak lelaki.

And yes, suami saya takde kad pengenalan. Saya namakan suami saya Lan.

Sama juga macam confessor sebelum ni, saya cuma tahu yang Lan takde ic semasa sedang hangat bercinta. Masa Lan beritahu yang dia takde IC, saya takde la perasaan risau atau kecewa sangat.

Ayat yang keluar daripada mulut saya lepas Lan confess dia takde IC, “Takde masalah juga tu”. Tiberrrr kau nyahhhh!

Sebab dalam fikiran saya, banyak je orang lain yang ada IC tapi malas kerja, dan hanya jadi biawak hidup di rumah. Ada juga yang jadi penagih dadah walaupun ada kad pengenalan.

Disebabkan masa tu tengah angau bercinta dan ditambah pula Lan ada ciri-ciri lelaki yang saya nak, tiada IC bukan masalah yang besar bagi saya.

Masa sedang bercinta, walaupun Lan tiada IC, tapi dia sangat rajin mencari kerja. Apa-apa sahaja kerja yang tidak melibatkan kad pengenalan selalunya, freelance lah.

Walaupun freelance, gaji yang dia dapat tu masih boleh belanja saya makan dan beli macam-macam yang saya nak, sebab masa tu saya student lagi. Kelakar pula bila fikir balik.

Masa mula-mula saya nak perkenalkan Lan dengan keluarga, dan sekaligus bagitau yang Lan tiada IC, risau juga!

Giloooo ngko tak takut sebab bawa bakal suami yang takde IC. Takut nak tengok reaksi mereka. Takut keluarga saya tak dapat terima sebab keluarga saya ni jenis yang sangat dikenali.

Ayah dan ibu saya seorang yang sangat berpengaruh dalam politik. Kalau jalan kat mana-mana mesti dihormati oleh orang lain. Saya takut keluarga saya menentang hubungan kami masa tu.

Bukan perkara kecil tu woo, nak urus macam-macam hal di Malaysia semua memerlukan Kad Pengenalan. Dari buat lesen kereta, kad bank dan macam-macam lagi.

But, surprisingly keluarga terima dengan pilihan hati anak mereka. Walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mungkin ada sedikit kecewa.

Mungkin dorang berfikir, “Kenapa lah anak aku ni tak kahwin dengan YB je, dah lah cantik, ramai peminat tapi kahwin pula dengan yang miskin, takde IC pula tu. Nasib je handsome”. Takdelah, gurau ja.

Sebelum saya dan Lan kahwin, pakcik saya ada bagi warning dengan saya, lebih kurang macam ni.

“Nanti kalau dah kahwin, jangan nak salahkan husband kau kalau susah nak urus apa-apa yang berkaitan dengan IC, sebab ni pilihan kau sendiri”.

Nahhh kau, kena suruh berfikir lagi sebelum berkahwin. Tapi saya tetap berkeras nak kahwin dengan Lan.

Dipendekkan cerita, kami pun berkahwin. Masa sebelum nak kahwin ni pun banyak juga cabaran dia. Contohnya, nak pergi kursus kahwin dan nak daftarkan perkahwinan.

Tapi sebenarnya, boleh jeee dik! Dokumen pengenalan Lan cuma surat beranak. Dengan nombor surat beranak tu lah yang didaftarkan dalam sijil nikah.

Untuk kad kahwin pula, cuma kena pergi je ke Jheins, dan bagi nombor surat beranak, dan dah boleh dapat kad kahwin.

Untuk status anak pula, ketiga-tiga anak saya berstatus warganegara. Undang-undang di Malaysia ni, walaupun bapa bukan warganegara tapi kalau ibu warganegara, anak tetap akan jadi warganegara.

Takde masalahhh yang penting cepat-cepat lah daftar di JPN. Rasanya perkara ni confessor sebelum ni tak perlu risau.

Kalau nak cerita macam mana Lan takde IC, ceritanya sangat lah panjang, kena buat confession lain kot.

Dan sampai sekarang Lan masih belum ada IC. Tapi syukur Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga sentiasa ada.

Walaupun saya kerja penjawat awam, duit Lan sentiasa ada dan lagi banyak jika dibandingkan dengan saya ni HAHAHAHA!

Alhamdulillah, sepanjang kami berkahwin setakat ini, belum pernah lagi kami bergaduh disebabkan IC.

Sebab saya pun dah setkan dari awal perkahwinan lagi. Ini lah pilihan saya sendiri. Jadi tak payah nak buat drama pasal hal tu.

Proses untuk mendapatkan IC di Malaysia ni sangatlah susah, dan sangat memenatkan lagi-lagi kalau kes macam Lan. Di surat beranak Lan ada cop pendaftaran lewat.

Jadi dari JPN, ke mahkamah, ke Putrajaya KDN lagi, balik lagi ke JPN, dengan urusan yang macam ping pong, kalau mental tak kuat, orang tu akan jadi down sangat-sangat. Sampai ada keinginan nak bunuh diri! Nauzubillah!

Bayangkan kalau orang kampung yang takde kenderaan, mesti dorang cepat give up. Nak turun naik JPN, KDN semua memerlukan duit. Belum kira tenaga lagi.

Saya sentiasa bagi semangat dengan Lan, jangan mudah putus asa. Teruskan emel kepada yang berkenaan dan sentiasa call yang berkaitan.

Tapi tu lah, kita ni bukan duduk di tempat orang yang takde IC. Senang je cakap sebab bukan kita yang rasa macam mana susahnya hidup di Malaysia dengan takde IC.

Lan sentiasa ada idea untuk mengembangkan bisnesnya tapi semuanya terbatas disebabkan masalah IC. Saya percaya kalau Lan ada IC, dia antara orang yang boleh pergi jauh dalam apa-apa bidang yang dia ceburi.

Sampai sekarang kami masih mengharapkan agar urusan Lan selesai walaupun dah bertahun-tahun menunggu.

Buat pengetahuan semua, proses IC Lan dah sampai ke stage yang terakhir. Pegawai JPN tinggal call suruh Lan datang ke pejabat JPN untuk ambil IC.

Tapi tu lah, nak tunggu call je pun makan masa berminggu-minggu dan boleh sampai bulan pun.

Saya pula yang nervous Lan nak dapat IC. Sebab saya takut nanti bila dia dah dapat IC, dia dah boleh jalan jauh sendiri-sendiri, nak melancong dengan kawan-kawan. Takut pula dia ada perempuan lain sebab dah bebas.

Tau lah kalau perempuan punya overthinking ni! Tapi saya tetap mendoakan agar urusan IC Lan dipermudahkan, dan saya tetap orang yang lebih eksaited daripada Lan kalau dia dapat IC.

Nasihat saya buat confessor, kalau ada niat nak berkahwin dengan bf awak, kena fikir dari macam-macam sudut. Pastikan yang bf awak tu seorang yang bekerja keras.

Dan paling penting sekali, boleh sara awak dan anak-anak walaupun ada masalah IC. Takut nanti jadi biawak hidup di rumah pula, alasan sebab takde IC susah nak cari kerja. Ahhhh sudahhh!

Akhir kata dari saya, jangan lah pukul rata semua yang tiada IC ni cakap dorang pendatang asing.

Ramai je yang ibu bapa warganegara tetapi bercerai dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak.

Ada juga orang kampung yang tidak mengurus dokumen anak selepas lahir. Dokumen tak terurus dan proses untuk mendapatkan IC menjadi sangat rumit.

Kadang-kadang kita lupa mempunyai kad pengenalan itu juga adalah satu nikmat yang kita tak sedar. Maka, bersyukurlah!

Itu saja lah dari saya. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan ye.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Lana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. bakal suami saya pon tiada ic dan surat beranak ,boleh tak bagi tahu cara nak proses semua dokumen saya takut dan bimbang kalau dia giveup dan tak nak buat

  2. boleh x bagitau proses nak buat ic ? kitaorang dh dkt nk give up pasal ic ni.. sdh tiada jln penyelesaian … mintak tolong sngt2 kalau ada jlnnya … pertolongan puan amat saya hargai

  3. Blh tahu mcm mna Puan menguruskan proses perkahwinan tu? And adakah dkt sijil lahir suami puan tertulis “bukan warganegara “ juga?

  4. Hi Lana (bukan nama sebenar),
    terima kasih atas sharing ni berguna sangat bila baca rasa ada harapan juga nak berkahwin dengan pilihan hati. Boleh ke saya tahu what if kalau sijil lahir juga tiada? dia pernah ada tapi terbakar kemudian tidak buat salinan baru. jadi sampai sekarang tiada sijil lahir. ic juga. dia ada minta tolong orang juga tp pernah kena tipu. katanya. Dan saya faham juga keadaan negeri itu memang ramai penduduknya tiada ic . Boleh ke kita buat sijil lahir semula? then baru proceed permohonan ic sebab tanpa sijil lahir saya tak rasa permohonan berjaya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *