Suami Yang Mahukan Kebebasan

Hai. Saja nak meluah perasaan. Hari ni hari ke-10 aku bertitle janda. Baru berusia 33 tahun. Aku berkahwin selama 6 tahun dengan bekas suami yang akan aku gelar sebagai Iz.

Seawal perkahwinan, aku sudahpun melalui perkahwinan jarak jauh. Aku bekerja di satu syatikat besar di selatan.

Pada mulanya, baik baik sahaja. Iz tiada masalah dalam menyempurnakan nafkah. Kami hidup sebagai pasangan suami isteri yang dimata orang semua nya loving couple.

Setiap tahun akan bercuti ke negara orang. Alhamdulillah hubungan kami macam biasa.

Masuk tahun ke-3, Iz mula ada perempuan lain. Tapi bila kantoi, alasan nya saja suka-suka. So, aku maafkan.

Masuk tahun ke 4, Iz kantoi lagi ada perempuan lain. Dan, sebab sayang aku maafkan lagi.

Tapi lama lama, aku dah rasa perubahan Iz. sangat banyak alasan jika mahu melawat aku di negeri tempat aku bekerja.

Tapi, sebagai seorang isteri, aku cuba faham situasi nya yang sangat sibuk. Maka aku pejam kan mata, pujuk hati.. bergitulah aku lalui hari-hari sebagai pasangan jarak jauh.

Semuanya berdikari. Iz pernah tinggalkan aku dihospital sendirian gara-gara ada urgent meeting di office dan perlu balik ke kuantan segera.

Kalau nak di ikutkan banyak sangat perkara yang makan hati, tapi tak apalah. Aku dah terlalu biasa berdikari.

Sampailah pada tahun ke-5 perkahwinan, aku buat keputusan untuk berhenti kerja disebabkan aku nak menunaikan kewajipan seorang isteri untuk suami.

Aku berhenti kerja sedangkan sewaktu itu aku baru sahaja dinaikkan pangkat.

Nak cakap bodoh, memang bodoh. tapi ini kan perjalanan hidup? Aku fikir, tak apalah, buat untuk suami, insyaallah allah bantu.

Pada mulanya, semuanya okay. Sampai lah satu hari ketika kami bercuti di indonesia, Iz kantoi curang lagi.

Allah maha kaya. Dia tunjuk depan mata aku. IZ sedang video call dengan girlfriend dia pukul 3 pagi.

Long short stories, semenjak dr insiden tu, kami kerap bergaduh. Trust issue mula timbul. Aku kerap mengungkit. Hati perempuan kan, boleh terima tapi untuk lupa sangat payah kan?

Aku rasa sangat useless. Aku dah berhenti kerja. Aku dah bekorban semuanya untuk suami.

Lagi sedih, rumahtangga makin goyah sewaktu hidup aku betul betul bergantung pada dia. Tapi aku pujuk hati, tak apa ni lah kehidupan. Moga-moga allah bagi kehidupan yang bahagia lepas ni.

Selepas setahun lebih kami hidup berdua, Iz dengan habit berkenalan dengan perempuan masih tak habis lagi.

Iz sangat addicted dengan aplikasi Bigo. Aku sangat tak suka. Tapi biasalah lelaki, depan isteri pura-pura. Bila keluar rumah, Bigo akan jadi peneman setia.

Pasal anak? Kami tak ada anak. banyak kali aku ajak dia pergi clinic untuk check masalah kami. Tapi Iz penuh dengan alasan.

Sampai lah suatu hari dia cakap, dia memang tak nak anak. So, aku pun tak kan nak paksa kan. Nak buat anak perlu 2 orang. Kalau aku je yang beria, tetap tak jadi kan. Haha.

So, pada Oct 2021, sampai lah satu tahap, Iz decide untuk bercerai. Atas alasan dia tak mahu lagi fikirkan aku as a wife.

Dia tak mahu ada komitmen. Dia tak mahu aku larang dia main Bigo. Kalau dia outstation, dia tak nak fikir aku ada dekat rumah tunggu dia.

Katanya, dia nak bebas lepak sampai pukul berapa yang dia nak. Tanpa fikirkan aku. Senang cakap, dia nak hidup macam single lah.

So, hari ni, kalau suami korang ada Bigo, hati hati lah. Itu aje aku boleh cakap. Banyak yang buruk dari yang baik.

Awal Nov haritu, aku dah sah diceraikan talak 1. Kalau nak cakap sedih, tipulah tak sedihkan. 6 tahun aku bertahan. Tapi orang dah tak nak, apa yang boleh kita buat, kan?

Sampai ke hari ni, aku still belajar untuk terima kenyataan. Masih lagi dalam tempoh pujuk hati.

Oh, haritu aku ada jumpa dia sekejap, nak selesaikan beberapa documents. Surprisingly, dia dah tukar gambar perempuan baru dekat wallpaper phone dia!

Aku just, wow, amazing 2 minggu cerai dah dapat penganti?? Hahaha hebat kan Iz.

Doakan aku cepat cepat move on dan cepat dapat kerja ye korang. Byeee…

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit