Makhluk Alam Lain

Nama aku Kenanga, berumur lewat 30-an. Ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Aku nak kongsikan pengalaman mistik yang mungkin pernah pembaca alami sebelum ini.

Aku sebanarnya tak pasti sama ada memang betul ada kebetulan sahaja diberikan kelebihan untuk melihat atau dapat merasai kewujudan makhluk Allah yang di alam lain tu.

Banyak kali berlaku dalam hidup aku walaupun setiap kali aku pergi berubat, telah dihalau oleh perawat, bila-bila ia datang kembali dan aku akan pergi berubat lagi.

Kisah pertama, sewaktu aku baru beranak satu, aku pernah bertugas disebuah kem,

Disebabkan ada anak kecik, aku balik juga ke rumah untuk menghantar stok susu dan menyusukan anak walaupun sudah larut malam.

Aku ingat lagi malam tu sewaktu sedang menyusukan anakku, aku ternampak semacam bayang hitam di cermin meja solek dibelakangku.

Benda tu gelap dan tinggi. Tapi seperti biasa, bila ternampak aku bua-buat biasa aje hinggalah keesokkannya anak aku asyik menangis aje time menyusu. Bila malam lagilah menjadi-jadi.

Jadi aku pun ajaklah abah untuk pergi berjumpa perawat. Perawat mengatakan ada jin (aku tak ingat apa nama dia) memanjat belakang bahu aku.

Disebabkan itu setiap kali menyusu anak aku menangis sebab dia boleh nampak.

Walaupun aku tak cerita pada perawat, tapi aku tahu aku ternampak benda tu. Lepas berubat, benda tu dihalau dan anak aku pun tak menangis lagi.

Kisah kedua, sewaktu aku mengandung anak kedua, aku tinggal di kuarters kerajaan. Waktu tu aku dah sarat nak melahirkan, suatu malam kami nak pergi makan malam.

Sewaktu menuruni tangga rumah aku ternampak kelibat hitam tinggi betul-betul dipenjuru tangga.

Tangga nak turun tu pula suram sebab lampunya rosak. Seperti biasalah aku memang tak bercerita dengan sesiapa.

Sehinggalah beberapa hari kemudian aku bersembang dengan kakak2 jiran selantai. Mereka merupakan penghuni terawal di kuarters ni.

Menurut mereka selalu je malam2 anak2 jiran menangis kena kacau dengan benda alah tu hingga terpaksa panggil perawat untuk halau.

Terdiam aku bila dengar cerita tu sebab aku rasa benda yang diceritakan tu sama yang macam aku nampak. Tak berakhir lagi kisah ni…

Sewaktu mula keluar tanda nak bersalin, aku terus ke hospital. Nurse pun ada bagitahu yang aku mungkin akan bersalin dalam tempoh 3-4 jam lagi sebab dah keluar darah dan jalan dah buka 3 cm.

Tapi selepas 2 hari, aku masih lagi tak ada progress sedangkan aku dah overdue waktu tu.

Malam terakhir sebelum aku selamat bersalin tu, aku bermimpi aku memegang kaca dan gunting dalam poket baju pink yang aku pakai.

Bila tersedar memang dada aku berdebar2.. pagi2 subuh tu aku terus telefon emak dan ceritakan apa yang berlaku.

Emak memang dah tahu sangat setiap kali aku dapat ‘alamat’ dari mimpi, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan aku.

Emak dan abah terus berjumpa perawat dan perawat minta suamiku membuang satu baju basahan ku dalam sungai yang mengalir.

Dengan izin Allah, petang itu aku terus sakit nak bersalin dan dipermudahkan urusan bersalin.

Namun dalam keadaan klimaks meneran tu sebaik sahaja baby aku keluar, benda alah hitam tu terus melintas di hadapan mataku lagi. Mujur selepas tu anak aku dan aku baik2 aje..

Ada lagi beberapa kejadian mistik yang aku alami tapi kalau pembaca sudi nak ikuti aku kongsikan lagi.

Aku bukan tak nak percaya atau percaya bulat2.. tetapi aku tahu benda tu wujud dan kalau kita lalai senanglah dia memunculkan diri..

Wallahualam..

Yang benar,

– Kenanga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit