Penatnya Jadi Perempuan

Assalamualaikum. Saya seorang ibu dan mempunyai anak kecil. Saya berhenti kerja pada tahun 2020 semata-mata ikut suami.

Kami hampir bercerai pada 2019 gara-gara saya tak nak berhenti kerja. Tapi demi anak saya lepaskan semua.

Saya terbuka untuk berkongsi cerita disini supaya orang lain dapat mengambil iktibar dan pada masa yang sama saya nak hilangkan berat dihati.

Saya pernah di diagnose ada anxiety dan panic attack. Lebih kurang tiga kali saya kena panic attack.

Walaupun in denial yang saya ada masalah tekanan emosi, saya ke hospital juga sebab saya risau kalau ada masalah jantung.

Sesiapa yang tahu macamana sakitnya anxiety dan panic attack, maka tahulah keadaanya.

Namun, saya tak proceed appointment dengan psikiatri sebab masa saya di diagnose tu saya tak bergaduh dengan suami. Saya rasa diri saya sihat dan suami pon cakap tak payahla.

Tapi harini, ada benda yang buat saya triggered. Dan benda tu buat saya sangat sedih dan stress. Saya pegang pisau, kemudian terlintas dalam fikiran saya nak tikam suami saya.

Apa yang buat saya triggered? Bila saya bergaduh dengan suami.

Suami saya panas baran. Anak saya sedang demam tak sihat. Batuk-batuk selesama. Jadi agak clingy.

Waktu maghrib, sebelum solat saya selesaikan basuh baju. Mesin basuh manual, tentulah kehulur kehilir saya uruskan proses basuh baju tu.

Dah kering kemudian jemur pula. Sedar-sedar anak datang merengek minta dukung.

Saya minta suami tengokkan tapi akhirnya dia pujuk dengan aiskrim. Saya tegurla tak boleh sebab anak masih batuk-batuk.

Saya bekerja. Kalau anak saya tak sihat macamana nak hantar ke playschool. Walaupun wfh, kalau anak kat rumah susah la kita as parent nak fokus bekerja.

Tapi suami saya naik marah. Saya malas bergaduh kemudian saya ambik dukung je anak.

Saya tanya kenapa perlu bagi aiskrim. Banyak cara nak pujuk anak. Saya hanya minta nak solat sekejap. Dia kata sebab tu je cara nak bagi anak stop menangis.

Memang tak da cara lain ke ya ayah-ayah? Saya masih bertenang walaupun geram dan suami memang tak nak ya mengaku kalah.

Sebagai perempuan, membebel juga la bila semua kerja rumah saya buat sehari suntuk tapi nak jaga anak pon tak boleh.

Tiba- tiba tumpah juga la airmata saya bila dia cakap saya tidur je pastu tengok korea. Allahu, saya tidur. Tapi makanan tak da ke saya siapkan? Anak saya mandikan, bagi ubat. Semua saya buat.

Basuh baju. Buang sampah. Sedihnya saya. Saya ingat bila saya termenangis tu dia pujuk ke peluk ke. Sekali dia masih lagi tu nak pertahankan diri.

Memang kalau jadi suami tanggungjawab bagi nafkah sahaja ke? Anak-anak memang isteri sahaja ke kena urus? Masak, basuh baju. kemas rumah?

Saya tak berkira pon cuma tolongla sama. Saya nak bekerja sebab saya perlu kan duit.

Saya tak boleh harap duit suami sahaja sebab suami pon bukanlah berduit. Saya tak boleh jadi isteri yang stay orang suap. Ya Allah stressnya.

Kalau suami saya baca confesssion ni mesti dia akan marah saya kaw-kaw. Mungkin dia akan cakap saya derhaka, celaka atau nusyuz.

Saya tak beritahu sesiapa pon untuk kisah kami harini. Dan saya kira ini bukanlah ruang yang boleh membuka aib dia.

Doakan saya untuk sabar. Semoga Allah kurniakan saya rezeki kerja lebih baik agar kuat sedikit keyakinan saya untuk hidup.

Doakan saya tidak melakukan perkara diluar batasan sebab kalau bergaduh, suami saya sangat kasar (verbal) sehinggakan saya pernah terlintas untuk bunuh diri sebab terlampau stress.

Alhamdulillah harini saya tak kena panic attack. Mungkin sebab saya menangis tadi. Kalau sebelum ni tiap kali bergaduh saya keraskan hati tak menangis. Beban tu jadi berat dan akhirnya saya ‘mental’.

Saya tahu suami saya baik tapi saya mengaku yang saya secara semulajadi akan triggered bila bergaduh dengan suami dan agak lemah mental bila bab anak.

Tolonglah para suami. Dalam perkahwinan kena ada kasih sayang. Tolong menolong. Sama-sama besarkan anak.

Saya akui saya tak kuat mental nak hadapi pergaduhan dalam rumah tangga. Saya tak boleh. Saya akan depress. Tadi anak saya senyap dan hanya melihat saya menangis. Maafkan ibu anakku.

Doakan saya semua. Saya sayang anak saya.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit