Menunggu Mati

Kebelakangan ni banyak yang cerita tentang masalah keluarga.. masalah rumahtangga.. Semua masalah berkait dengan dunia.

Mungkin kali ni masalah yang diceritakan agak berlainan sedikit. Masalah yang telah aku pendam sejak kecil lagi.

Kawan2 rapat, saudara2 kebanyakannya selalu memuji yang aku serba mencukupi.. dari segi rupa, pendidikan, latar belakang keluarga semua nya nampak sempurna. Boleh dikatakan aku dulu seorang pelajar cemerlang.

Result sentiasa straight A’s dari zaman sekolah hingga ke Universiti, selalu pegang jawatan tinggi, fast track, lepasan postgrad, kerja stabil,

Dan dalam family pun aku seorang saja yang berkulit cerah dan kurus (ya adik beradik lain semua gemuk hitam). Pendek kata, semuanya sempurna.

Tapi masalah yang aku hadapi dari kecil lagi tak pernah diceritakan sebab tak tahu medium mana yang sesuai untuk diluahkan.

Dari kecil lagi aku dilabelkan sebagai seorang yang sangat pendiam. Ibuku pun selalu cakap ‘taktau hang pandai cakap/ baca umur berapa.. tak bersuara’.

Tapi waktu umur itulah fikiran aku bercelaru sangat sehinggakan aku cuba plot sendiri kematianku.

Ya.. aku pernah cuba bunuh diri sewaktu sebelum akil baligh lagi. Time tu aku nekad untuk mati dengan berlari tengah2 jalan raya.

Memang accident, orang langgar, malangnya masih lagi hidup sampai sekarang. Aku buat macam tu sebab belajar kat sekolah, orang yang belum akilbaligh tidak dihitung dosanya.

Jadi aku fikir umur time tu adalah satu opportunity yang baik untuk mati dan masuk syurga.

Aku selalu menunggu bila waktuku akan tiba. Selalu jealous dengan kanak2 yang meninggal awal.. dengan kanak2 Palestine yang meninggal muda memperjuangkan agama. Tapi kenapa kanak2 tu bukan aku?

Kebanyakan orang sekelilingku selalu resah/ risau banyak benda @ cita2 yang belum dicapai.

Dan kebanyakan orang seusiaku sudahpun planning nak beli rumah, beli kereta, kena ada insurans, invest, kawin anak dan lain2 tapi kenapa aku tak mampu berfikir atau ada keinginan sedikit pun macam kebanyakan orang lain?

Kadang2 aku fikir adakah aku terlalu negative? Dan disebabkan pemikiranku macam ni.. aku tidak mempunyai sebarang simpanan walaupun gaji agak – ok la.

Sebulan aku akan bagi ibuku seribu lebih.. aku akan bagi duit pada saudara2 ku yang kurang mampu kalau datang ziarah.

Lagi2 yang sudah berumur dan sakit. Dalam 100-200 sekali ziarah. Dan aku selalu habiskan duit dipelbagai platform derma.

Kadang2 beli la juga untuk barang keperluan sendiri. Tapi duit gaji akan habis dalam masa sebulan tu jugak sebelum gaji lain sampai.

Aku fikir better aku habiskan semua duit ibarat aku akan mati esok. Point sini i never really think where I’ll be heading next never really care how my future looks like. Maaf ayat melayu tiba2 tak keluar.

Boleh dikatakan hari2 aku fikir soal mati. Ibuku selalu kata ‘hang ni kuat tidur’. Tapi bagi aku, tidur la satu2 nya yang buat aku rasa dekat dengan mati. Dan tidur juga buat otak untuk rehat dari overthink.

Pernah tidur lama sangat bila bangun tu menangis dan persoal kenapa masih hidup lagi.

Sebelum ni aku ada mentioned dalam family aku sorang saja yang kurus sebab memang dah tiada nikmat dunia dalam diri.

Tak teringin pun nak rasa makanan mewah2 macam orang lain. Tak teringin pun nak rumah besar kereta mewah travel sana sini. Aku akan makan bila rasa perlu sahaja.

Kadang2 segelas air sehari pun sudah memadai. Ayat ‘kau ni tak lapar ke?’ memang selalu dengar.

Dan disebabkan aku tak jaga pemakanan badan pun tak la sesihat mana. Selalu juga jumpa doktor atas penyakit yang sama.

Hampir tiap hari juga aku akan stare blankly. Memang otak kosong tak fikir apa2. Kadang2 time solat pun aku akan tiba2 shutdown.

Time kerja pun selalu susah nak fokus. Boleh kata makin lama, my own negativity really impact daily life.

Sejujurnya aku rasa pointless.. aku capai benda2 ilmiah/ perkerjaan sebab itu tuntutan agama. Aku dah buat sebaik mungkin untuk satisfy Allah. Tapi aku penat. Umur belum lagi cecah 30s tapi aku tak harap aku hidup lama macam ni.

Kenapa Allah pilih aku hidup didunia sedangkan hari2 aku minta mati? Aku takut mati macam orang lain. Banyak dosa.. dosa dengan Allah dan dosa sesama manusia.

Dan memang aku mengelak bergaul dengan orang sebab takut buat dosa.

Boleh kata hampir tiap2 hari aku akan menangis sampai satu tahap tu mata rasa pedih sangat, urat mata pun rasa berdenyut lain macam & air mata pun merajuk nak keluar.

Dan sekarang pun aku selalu terfikir tanpa sedar macam mana nak mati. Kadang2 aku akan bayang tali gantung kat leher, rasa macam nak jerut leher sendiri.

Time drive pun tiba2 akan terlintas aku perlu langgar kereta orang/ terjun kat jambatan. Aku takut aku akan terbuat benda ni tanpa sedar. Bukan ke itu pun dikira bunuh diri?

Macam orang lain akan nasihat.. dekatkan diri dengan Allah.. ya aku dah buat macam2. Ibadah wajib tak pernah missed.

Yang sunat pun cuma beberapa tahun lepas aku stop ibadah sunat sebab terlalu penat dengan dunia. Aku rasa Allah tak pandang aku pun.

Kalau dulu buat tahajud tiap minggu mungkin sekarang 2-3 bulan sekali saja. Dan dengar ceramah agama pun katanya kena bergaul dengan orang so boleh lupa overthink ni.

Tak.. aku akan lagi rasa penat bergaul dengan orang. Tiap2 kali keluar/ jumpa orang rasa macam kena fake happy.

Penat tu. balik tu aku akan menangis balik. Aku juga pernah mencari calon jodoh, kononnya fikir mungkin persepsi akan berubah selepas kahwin.

Tapi lepas fikir balik aku menolak perkahwinan sekeras-kerasnya sebab boleh jadi aku akan hancurkan hidup orang lain. Boleh dikira orang macam aku haram untuk berkahwin sebab boleh jadi threat kepada pasangan/ anak2.

Kenapa aku jadi macam ni? Nak dipendekkan cerita.. ya aku dari broken family. Pernah beberapa kali larikan diri dengan adik beradik lain.

Orang kata it heals with time. Itu semua dusta ya. Makin hari rasa makin mencengkam walaupun ‘orang’ itu sudah tiada.

Dan disebabkan aku selalu fikir mati, banyak kali jugak la mimpi pasal mati dan hari kiamat/ padang masyhar.

Memang semua seram2. Pernah juga mimpi aku sendiri rasa kematian dan disoal oleh dua lelaki disebelah kanan ku.

Masa dalam mimpi tu aku meraung2 nak kembali ke dunia sebab banyak dosa. Dua orang tu hanya pandang sahaja. Seram. Bangun2 terus rasa sesak dan menangis lagi.

Tiap kali bila orang cerita dapat mimpi berjumpa Rasulullah saw. Semua berkaitan dengan terima hidayah. Tapi lainnya dengan aku.

Ini pun aku tak pernah cerita dekat orang sebab malu. Aku jumpa tapi Rasulullah saw membelakangi ku dan kata ‘aku kecewa denganmu’.

Sedih sangat.. sampai sekarang fikir apa dosaku sampai dapat mimpi macam ni. Aku harap Rasulullah saw masih terimaku sebagai pengikut dia. Aku takut sangat.

Dah la hidup macam ni. Dapat pulak mimpi mcm ni. Orang kata mimpi buruk mainan syaitan tapi syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah saw.

Memang sia2 hidup lama tapi akhirnya ke neraka. Sia2 rasa ibadah yang aku buat jika betul2 ke neraka. Kadang2 aku salahkan parents sebab lahirkan aku. Kalau rasa tak mampu nak besarkan anak kenapa lahirkan kami.

Dan salah seorang adik beradik aku juga depresi hingga masuk hospital sakit jiwa sampai sekarang disebabkan ‘parents’ kami. Kenapa aku hidup untuk mati dan diseksa? Aku pun taknak hidup didunia. Serious tak teringin pun.

Selama aku hidup aku rasa aku kena fake dan try hard untuk jadi ‘manusia’. Mungkin orang nampak aku sempurna.. dalam family aku sorang la yang berjaya.. dalam perkerjaan pun ramai puji kerja bagus konon ‘rare’.

Tapi from inside, rasa membuak-buak nak tinggalkan semua benda keduniaan ni.

Maaf confession terlalu panjang. Aku harap satu hari nanti akan ada perasaan eager/passionate untuk kejar dunia macam orang lain.

Walaupun sekejap aku teringin nak rasa nikmat dunia macam orang lain rasa.

Aku yakin bukan aku seorang saja yang ada perasaan ingin mati yang extreme dan lama macam ni. Kalau ada yang sama situasi sila munculkan diri anda dan sila share macam mana nak ada semangat untuk teruskan hidup.

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat untuk para pembaca semua. Assalamualaikum…

– Cik Daun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *