Sukarnya Memaafkan

Salam semua. Saya tidak begitu pandai mengarang. Maafkan saya jika penceritaan saya tunggang langgang dan membosankan.

Saya Minah. Umur awal 40-an. Dah berkahwin dan punya 4 orang anak. Saya ada anxiety dan ia menganggu kehidupan, kerjaya dan urusan seharian saya.

Dulu² saya tidak pernah ambil kisah bab² kesihatan mental walaupun sepanjang hidup saya sangat banyak “big why”. Sehingga satu hari, saya mula terganggu kerana otak saya suka bercakap tanpa henti. Saya juga mudah serabut walau hnya perkara yang kecil.

Otak saya rasa berselirat seolah terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan walhal secara logik ia hanya rutin harian biasa sahaja.

Saya mula membaca pengalaman orang lain dan mengambil inisiatif buat ujian dass di klinik dan akhirnya dirujuk pada pakar psikologi.

Ini kisah saya. Masa sekolah rendah saya tinggal dengan arwah nenek kat pekan. Kampung tempat mak ayah tinggal sangat jauh dri sekolah dan masa tu tiada kemudahan pengangkutan.

Zaman kanak² saya bersama arwah nenek sangat tidak indah. Saya didera mental dan emosi. Kadang² fizikal.

Nenek sangat garang… tengkih jerkah makanan harian. Kasih sayang zero. Saya sangat takutkan nenek. Saya tidak dibenarkan berkawan.

Balik sekolah pergi ngaji terus pulang ke rumah. Kalau dia dapat tahu saya pergi main dengan kawan².. dikejarnya saya dengan ranting kayu.

Saya pernah diikat kaki tangan dan dikurung dalam bilik kerana curi² keluar pergi main dekat rumah kawan. Mungkin nenek terlupa saya masih seorang kanak² yang punya keinginan untuk bermain bersama kawan².

Saya juga tidak bebas makan apa yang saya nak walau sekadar biskut kering atau buah² disekeliling rumah. Biskut hnya untuk tetamu dan buah² itu semua untuk dijual dipasar.

Tapi saya suka curi dan makan sorok². Iya.. dari situ juga saya mula seronok mencuri (biasanya duit) kerana saya boleh beli makanan yang saya suka.

Sekolah menengah saya tinggal diasrama. Sejak itu jugalah..saya mula mengalami insomnia. Sangat sukar melelapkan mata dan ia berlarutan hingga sekarang. Saya pelajar kategori biasa² sahaja.

Cita² saya juga tak banyak. Matlamat saya simple sahaja. Nak masuk ‘U’ then nak kerja gaji besar untuk ringankan beban kewangan keluarga. Niat lain.. gaji besar dapat makan sedap ikut kehendak hati.

Akhirnya saya berjaya masuk ‘U’.. tapi masalah insomnia makin teruk. Saya pernah tak tidur 3 hari berturut². Saya menangis kerana hanya mampu pejam mata tatkala malam tapi tidak dapat lena.

Tiap kali musim assignment.. otak saya mula berselirat dan tak mampu fokus. Saya pun tak faham kenapa saya jadi begitu.

Hubungan saya dengan kawan² elok sahaja kerana saya seorang yang ceria dan peramah. Cuma hubungan cinta tidak menjadi (ada la 2,3 kali sepanjang pengajian). Puncanya saya selalu overthinking, rasa insecure dan mudah rasa serabut dan stress.

Saya pun tak tahu kenapa saya begitu dan saya gagal kawal diri saya. Korang fikir..lelaki mana yang mampu bertahan dengan perangai buruk saya.

Walau tamat pengajian dengan keputusan biasa² sahaja..rezeki saya dlm kerja sangat mudah. Saya jenis tak pilih kerja.

Saya bermula dari jawatan dan gaji biasa² sahaja. Asalkan bole tanggung diri dan bole hulur sikit kat mak ayah dah cukup. selepas 2 tahun bekerja dan ada sikit pengalaman saya mula job hunting.

Saya berani cabar diri pergi pelbagai interview untuk jawatan dan gaji yang lebih besar. Biasanya paling lama saya bertahan kat satu² syarikat hanya 2 tahun sebab kepuasan saya ialah cabaran kerja dan gaji besar untuk saya hulur kat mak ayah.

Akhirnya perkara ini memakan diri saya bila saya mendapat jawatan head of dept. Anxiety yang saya tidak sedari menyebabkan saya jadi penakut dengan manusia lain, tidak yakin dengan diri sendiri.

Saya sering berdebar², berpeluh² bila berurusan dengan orang lain. Ohh.. masa tu ada staff bawahan saya jenis suaranya kuat dan lantang.

Dan saya takut dengan dia. Entahlah saya sendiri pun tak faham. Walhal dia staff saya dan hnya level SPM sahaja. Akhirnya saya gagal jadi ketua seperti selayaknya. Saya ambil keputusan berhenti dan berpindah.

Ditempat baru, rezeki dimudahkan. Saya berjaya dapat kerja yang baik dengan gaji yang memuaskan. Alhamdulillah. Walau kerja nya memang stress (hingga terbawa dalam mimpi.. hehehe) pernah menangis tapi saya mampu bertahan selama 6 tahun.

Perkahwinan saya juga sangat bermasalah pada peringkat awal. Saya selalu overthinking. Nasib baik dapat suami penyabar. Bergaduh itu dah jadi kebiasaan. Hubungan saya dengan ibu mertua juga tak berapa cantik.

Pertama kali berjumpa ibu mertua..saya takut dengan dia. Jantung saya berdegup kencang, dan tangan mula mengigil.

Selama ini pun saya perasan tangan saya selalu ‘shaking’.. tapi saya diamkan sahaja. Sebab saya takut orang kata saya parkinson. Parkinson=tua.

Hahaha.. bodohnya saya.

Bila usia menginjak 40-an, dan ambil keputusan berhenti kerja.. baru saya mengambil tahu bab kesihatan mental. Semenjak mengenali alam maya.

Dulu² dunia saya hanya kerja dan keluarga. Tiada masa untuk ber’facebook’. Apatah lagi membaca pengalaman orang lain.

Setelah didiagnosed anxiety, dengan bantuan pakar psikologi. Saya mula belajar mengenali diri saya. Iya.. saya trauma dengan sebarang suara² yang lantang dan kuat (seperti nenek saya).

Dada saya automatik berdebar dan tangan mula mengigil. Anxiety menyebabkan otak saya mudah berkecamuk dan tangan shaking atas alasan simple.

Pada saat confession ini ditulis.. saya masih gagal memaafkan arwah nenek saya. Dia menjadi punca kehidupan saya dari zaman belajar hingga kini menjadi sukar. Saya juga gagal kawal emosi dengan suami dan anak².

Saya sedih. Saya juga minta maaf kerana saya bukan isteri dan ibu yang baik. Masalah tidur saya belum selesai sampai sekarang.

Mungkin ada yang kata “maafkan saja lahh” orang itu pun dah meninggal. Ayat cantik saya “masa dia masih hidup.. dia lupa ke yang dia akan mati”.

Kenapa membuat zaman kecik saya penuh dengan trauma?

Yang benar,

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *