Perkenalan aku dan suami bermula selepas akad nikah. tak pernah dating and sms panjang2. Tau2 je aku dah jadi milik dia yang sah. Nampak macam best kan bercinta selepas nikah. Haa.
Memang best sebab semuanya masih baru and fresh. Yelah kalau kapel masa da kahwin tu masing2 mesti dan bosan dengan each other. Dah macam kawan je. Tapi untuk yang bercinta selepas nikah pun ada juga kelemahannya.
And dalam kisah aku ni adalah perangai aneh suamiku. Huhu.
Sebab dia adalah seorang manusia yang luar biasa. Dia sangat2 tak ada keinginan duniawi. Bukan sebab dia warak ke apa tapi dia memang tak ada keinginan.
Contohnya nak beli baju apa, minat pasukan bola apa, nak makan apa, nak sikat rambut ala2 ada style sikit ke. Semua tu tak ada. Dia plain. Orang yang hidup seminimal mungkin. Dia tak ada interest kat apa2 pun. Sampai kadang2 aku yang stress.
Korang imaginelah, kalau jalan kat shopping complex kerja dia senyap je follow kat belakang. Dia tak de tunjuk pun nak pergi mana nak makan apa nak buat apa. Kadang2 rasa sunyi bila jalan dengan dia.
Dia pula senyap, tak banyak cakap. Selalu krik2 je kalau naik kereta. Dia tak berani ambil cabaran, tak suka keluar rumah, kalau ajak pergi kedai makan yang tempat best2 yg femes ke apa muka dia tetap sama. Masih krik2 macam plain je tak tunjuk pun excited ke apa.
Tulah masalahnya bila kenal selepas kawen. Macam2 perangai unexpected yang kita kena hadap. Memang susah nak detect perangai aneh ni masa bertunang sebab kita takde ngan dia 24 jam macam dah kahwin ni.
Tapi mungkin ni yang Allah cakap yang sesuai untuk aku sebab aku memang berserah kat Allah sepenuhnya lah bab perangai dia sebelum aku kahwin dulu sebab aku memang nak jaga ikatan ni dari kapel2. Alhamdulillah Allah bagi aku suami skema yang suka krik2 and tak pandai cakap n bersosial, at least aku boleh pastikan dia 24 jam duk depan aku. Haaa.
So adik2 perkahwinan ni taklah seperti drama tv3 pukul 7 malam tu asal berkenalan lepas nikah jew sweet muwit. Best memang best tapi banyak benda unexpected yang bakal terjadi. Prepare lah mental adik2 and redha sahaja apa2 pun. Sebab dah berusaha yang terbaik nak jaga diri hanya untuk yang halal kan.
Insya Allah berkat dan mawaddah perkahwinan kita ^_^
– Huhu