Sudi tak bawa saya join usrah?

Dear IIUM Students. Bertuah la dikau kerana setahu aku korang diwajibkan pergi usrah. Kalau Uni lain kami kena cari sendiri ye group usrah. CARI SENDIRI.

Saat di universiti lain dlm keadaan melekakan, uni korang sediakan korang jalan utk dunia akhirat korang. Takpe la grad lambat pun, akak sebagai uni lain ni grad cepat tapi ilmu agama tu seriously akak kena cari sendiri. Kalau tak cari tak dpt. Kekuatan tu bukan senang nak cari ye. Lagi-lagi environment akak bukan dlm keadaan yg islamik. Akak org KL jiran-jiran islam kebanyakan free hair/cina/india.

Nak join usrah? akk try jugak berkali-kali. Tapi takde siapa sudi bawak akak untuk teruskan perjalanan usrah akak. Akak berpakaian tak longgar, tudung pendek, selendang belit2, makeup tebal. Kalau nak pg usrah/majlis ilmu akak kena cuba berpakaian elok sikit, hormat majlis. Takpe, akak suka. Tapi takde siapa sudi nk bawak akak static kt satu group. Akak pun tak tau kenapa. Kenapa Allah susahkan jalan akak nak join usrah ni. Tp akak dlm keadaan takde siapa sudi nak bawa akak. Akak pun slow slow belajar pelan2 kt internet psl agama. Tanya kawan2 tapi akk rasa mcm tak cukup je ilmu agama akak. Serious tak cukup. Kawan-kawan akak yg join usrah siap ada checklist lagi kena buat apa hafal apa. akak? takde.

Dipendekkan cerita, akak habis study, akak try la nak join usrah kt tempat akak. Tapi usrah mereka bukan approach one bg one mcm uni. Usrah mereka kena dtg majlis ilmu. Akak tak tau siapa leader dlm group whatsapp tu. perjalanan group semua tak tau. Akak xtau akk join group apa jemaah apa semua tak tau. last last akk left group tu sbb kurang aktif. So akak dlm keadaan penyesalan la menyesal tak cari betul2 group usrah masa zaman study. Sekarang zaman kerja akk sendiri tak tau akk boleh konsisten atau tak.

Jadi adik-adik yang belajar di IIUM, tempat-tempat islamik, dilahirkan dalam keluarga jemaah, dilahirkan dlm keluarga jaga agama. Bersyukur lah ye. Kesian kat orang-orang mcm akak ni, alhamdulillah la Allah buka hati akak. Akak takut akak terus leka dlm dunia, sbb environment akak sgt2 tidak membantu akak menjadi muslimah yg lebih baik. Akk yg memilih nak jadi baik. Tapi akak tak tau cara yang terbaik. Akak rasa usrah la jalannya.

So tujuan akk confess akk nk tanya ada tak dlm IIUM confession ni tau sesiapa yg boleh bawak akak join usrah dr peringkat permulaan lagi (peringkat baby-baby) area KL/BANGSAR/PJ OLD TOWN. Tinggalkan komen. nanti akk PM.

– Akak Takut Terleka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Akk blh stat dgn pengajian fardhu ain secara brtalaqqi di Pusat Pengajian Baitussaadah di Kota Damansara atau di Baitul Itqan di area gombak..belaja agama stat dri basic tahap bayi nok blajo merangkak mcm bab aqidah, toharah wudhu, solat, tasawwuf

  2. Terharu baca komen akak ni. Semoga berjumpa yang serasi.

    Tp dengan cara penulisan akak, nampaknya macam akak akan cuba serasikan diri walau apa jua keadaan tanpa judge.

    Itu yg sy nampak beza antara orang yang mencari dan orang yang rasa terpaksa. Tp yang rasa terpaksa tu, doakan hati mereka akan terbuka selepas rasa terpaksa tu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *