Superimposed

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sedikit mengenai apa yang berlaku pada pasangan aku baru-baru ni actually. Aku nak dikenali sebagai N seorang perempuan berumur 24 tahun, yang mana aku baru je ada hubungan dengan seorang lelaki bernama A ni.

Dia seorang bekas doktor hospital kerajaan sebelum ni. Dia juga pernah berkahwin dan telah berpisah sebelum ini dan kami mula berkenalan pada awal tahun ini dan semakin rapat sebagai teman istimewa sehinggalah sekarang.

Dia sekarang bekerja bukan sebagai doktor, tapi lebih kepada sebagai penyelidik ubat-ubatan di sebuah syarikat swasta. Memang nature kerja dia ni kena banyak bagi talk, ceramah di kebanyakkan hospital dan institusi pengajian tinggi. Aku pun suka dengar penjelasan dia memandangkan memang dia ni pada aku ada bakat untuk bercakap dan juga berbakat dalam menulis.

A ni juga suka buat live video di media sosial seperti facebook juga. Daripada dulu macamtu, bagus si A ni, suka nak kongsi ilmu pengetahuan pada ramai orang, sebab aku pernah tanya dia, kenapa dia suka buat live? Dia jawab dia banyak dosa dan kesilapan dulu-dulu, jadi, dengan cara kongsi ilmu ni, dia boleh la dapat sedikit pahala sebab ilmu yang bermanfaat ni katanya akan jadi macam saham akhirat la lepas dia mati nanti.

Memang dia ada ribuan followers, dan jadi salah seorang penulis di satu page yang agak popular, tapi daripada situ aku rasa start jadi masalah dalam perhubungan ni sikit-sikit. Aku juga mula perasan yang dia kerap sangat diganggu orang yang tak dikenali di fb mahu lelaki atau perempuan, itupun dia cerita nak taknak sebab takut aku salah faham. Berkali-kali aku minta password fb dia, tapi dia tak pernah nak bagi atas sebab dia takut jadi masalah lain.

Maklumlah, dia rasa aku ni mudah cemburu. Tapi bukannya sebab aku tak percayakan dia, cuma aku cuma nak bantu tapis mana-mana inbox yang masuk yang boleh menganggu dia sebab dia ni cepat sangat serabut bila ada mesej yang berunsur gangguan melampau.

Pastu, aku selalu terbaca komen-komen di post dia dekat fb. Ada jugak la orang yang mengganggu atau nak menngorat dia pada pandangan aku. Masalahnya, yang mengganggu dia tu semua siap ada mak-mak dan bini orang lagi dan selamba je komen macam tak ada rasa malu dan tiada maruah. Risau jugakla kan takut jadi cerita lain. Lepas tu, aku pernah gaduh besar dengan A ni, sebab dia selalu sangat pentingkan followers dia bila aku suruh block sesetengah manusia yang melampau ganggu dia tu.

Aku tahu, bila dia dalam bidang begitu, dalam usaha nak kembangkan karier dia kearah itu, mestilah dia kena mantain bersopan dan tidak mudah melenting di laman sosial bila jadi public figure kan. Tapi sebaliknya di belakang semua tu, dia selalu sangat frustrated bila dapat mesej berunsur lucah dari perempuan-perempuan gersang seperti gambar bogel dan juga dapat DM daripada lelaki-lelaki gay, siap mendesak dia ajak jumpa lagi.

Tapi semua tu dia hanya diam dan abaikan saja. Sampai dulu, pernah dia ada ambil gambar dengan kawan doktor dia yang indian, siap ada orang lelaki tulis lagi “Ooo, doktor tak minat orang Melayu rupanya”, padahal kawan dia yang India tu doktor lelaki kot.

Yelah, kalau nak jadi penulis atau speaker yang suka advocate dan mendidik masyarakat, mahu tak mahu dia perlukan platform media sosial seperti fb ni. Aku sampai pernah ada rasa taknak bagi dia aktif dah di fb memandangkan dia ada karier dah di bidang lain. Tapi masalahnya, aku tak sampai hati, sebab itu passion,hobi dia kan. Takkan aku nak mengongkong teruk-teruk pulak sedangkan bukannya aku ni wife dia pun.

Aku dah mula geram bukan level cemburu dah ni dengan manusia-manusia tak bermaruah yang melampau menganggu si A ni, dahla mostly gangguan tu berunsur lucah. Baru-baru ni, bila aku call dia, dia memang tak ada mood langsung. Selalu marah-marah, cepat irritate, dan annoyed. Aku agak sedih jugak pada awalnya, sampailah satu hari, aku buat keputusan nak jumpa dia depan-depan sebab aku ada rasa hubungan aku dengan dia ni dah macam kelaut.

Lepas aku jumpa dia, aku drama-drama sikit, ugut nak nangis apa semua, barulah dia beritahu aku masalah dia. Dia tunjuk aku satu gambar ni, aku terkejut beruk jugakla, dan malu, sebab tu macam gambar bogel dia.

Lepas aku tengok betul-betul, baru aku tau, gambar tu edited. Siap dia tunjuk aku lagi source gambar badan lelaki tu, gambar orang putih. Tapi muka dah edited jadi muka dia. Mulanya aku macam curiga, tapi memang aku sendiri pun berpengalaman dalam bidang komputer ni dulu walaupun tak habis belajar sebab aku last2 belajar benda lain. Memang tipikal dan poorly done la image superimposed tu.

Dia cakap dengan aku, gambar dia tu dia dapat tahu daripada kawan dia, time tu tumblr masih lagi jadi platform yang lucah-lucah dan bukan-bukan ni. Kenalan si A yang nakal ni dan suka pergi laman web tu, dan dia kata orang yang menyerupai A ni text dia dan siap ajak jumpa. Sebab kata dia, dekat tumblr ni owner account ni kebanyakkannya fake account, dan macam biasa mereka menggunakan peluang tersebut untuk approach gadis-gadis sekolah atau perempuan-perempuan gersang dengan personaliti palsu itu.

Bukan takat ajak jumpa je, pastu siap hantar gambar A yang diorang mungkin dapatkan daripada fb, pastu terang-terangan dah pun di superimposed jadi gambar lucah dan siap kata ada bagi service lagi di hotel, dengan harga 300 – 400 semalam.

Aku bila baca tu terus naik angin. Masalahnya aku pulak dah tak boleh kawal emosi, last-last aku gi marah A. Si A ni pun bengong je, bukan nak buat apa-apa lepas kena tu, diam je. Lepas 3-4 hari tak bertegur, last-last aku jumpa dia sekali lagi, aku bawak dia gi balai polis, buat report. Lepastu, hantar laporan tu ke SKMM semua.

Sebab A ni nampak je gah, konfiden dan banyak knowledge, tapi dia sendiri pun ada sakit depression dengan gelisah dia tu, mungkin sebab tu dia selalu malas nak fikir, lagipun dia malu nak buat report, takut-takut orang lain bahan dia. Yalah, karang, orang baca report di media sosial ni, ada pulak yang nak tuduh memang A sendiri yang ambil gambar bogel tu etc.

Lepas buat report tu, baru lah aku tengok si A ni okay balik. Takdelah monyok, murung je masa call aku. Aku pun tak faham kenapa dalam ramai-ramai manusia kat facebook yang jauh lagi terkenal, dan berperwatakan menarik, tapi si A ni jugak yang menjadi salah satu mangsa gambar lucah superimposed. Aku syak mungkin suspek yang terlibat dalam hal ini merupakan salah seorang followers si A di facebook.

Setelah beberapa hari report dibuat, pihak polis menasihatkan kami berdua untuk merahsiakan dahulu hal ini bagi memudahkan penyiasatan, memandangkan hal ini berkait dengan jenayah siber, jadi dengan bukti dan sumber yang ada mungkin dapat membantu menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat.

So, selepas beberapa minggu berlalu pihak polis ada menghubungi si A dan menyatakan yang mereka sudah mengenal pasti suspek yang menyamar dgn gambar si A tu dan individu tersebut juga merupakan seorang lelaki melayu berumur dalam lingkungan awal 30-an. Pihak polis sudah pun membuat tindakan yang sepatutnya keatas lelaki tersebut dengan tindakam yang sepatutnya.

Selesai sudah masalah si A ni dari segi individu lain yang telah memperdaya orang lain dgn gambarnya. Rupa-rupanya pihak polis memberitahu kami, ramai dah gadis yang terpedaya dan menjadi mangsa kepada individu tersebut denagn menggunakan personaliti si A ni di Tumblr, termasuklah gadis-gadis gersang yang masih bersekolah.

Nasib baiklah, sampai hari ni tiada satu pun mangsa penipuan lelaki tersebut mencari si A ni untuk menuntut apa-apa memandangkan diorang sendiri yang memilih untuk tertipu dengan lelaki sembarangan di media sosial.

So selepas itu aku nasihatkan pada lelaki di luar sana berhati-hatilah jangan sampai memberi peluang pada orang lain ambil kesempatan keatas diri tu. Jangan pendam sampai memakan diri sendiri. Tambah-tambah lagi kalau anda tu public figure dan mungkin akan ada individu yang menyalahgunakan gambar anda di luar sana dan mangsa superimposed lucah ni bukanlah pada golongan wanita sahaja.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *