surat saman dari ptptn
Salam semua…hari ni sis dapat surat saman dari ptptn sebab xjelaskan hutang tertunggak…korang tahukan yg sebelum ni ptptn ada hantar surat kepada semua ptptn debtor untuk bayar balik tunggakan pinjaman dalam masa 2minggu dan kalau tak dibayar dalam masa tersebut, kami akan disaman….dan sis salah seorang yang tak bayar tu …sis tak bayar sebab sis tak mampu lagi nak bayar dan sis dah buat surat rayuan…malangnya rayuan sis tak di hiraukan sedangkan pihak ptptn cakap boleh buat rayuan tangguhan pembayaran balik kepada sesiapa yang dapat surat tu..
Dan hari ni sis dapat surat saman dari pihak ptptn, sis diminta hadir ke mahkamah kl minggu depan…di sini sis nak tanya kepada sesiapa yang ada pengalaman berkaitan ptptn atau kepada sesiapa yang sebelum ni tak bayar tapi bila dah dapat surat terus bayar ke ape2 jela yang berkaitan…sis tau mesti korang suruh sis call @ ke cawangan terdekat kan untuk tanya?huhu…sis akan call esk sebab sekarang ni pun dah lepas waktu pejabat diorang…untuk ke cawangan pulak sis ni duduk area pantai timur dan kedua-dua cawangan terdekat tu jauh dengan rumah sis.. Sis tak pandai drive , pandai bawa moto je….dan sis xda kenderaan lain selain moto,huhu…family pun tak ada kereta…huhu
Btw sis bukan tak nak bayar tapi lepas grad sis tak dapat kerja..dah puas apply tapi tak ada yang sangkut…pergi iv nak pengalaman kerja sedangkan sis memang tak da pengalaman kerja…dan sis baru dapat kerja di kampung sis, kerja biasa dan basic gaji standard pekerja swasta di malaysia ni dan company sis memang tak da buat ot…gaji totally based on basic salary dan lepas potong kwsp tak tinggal banyak dah balance…Nak keluarkan duit kwsp pun tak boleh, simpanan baru dalam 1k…tu pun nasib ada sebab sis pernah kerja sebelum masuk universiti..sis memang tak ada savings, sis tak boros tapi sis dahulukan duit tu ke benda yang penting macam family sis.
Jadi sis nak minta pandangan readers yang baik hati ni cara terbaik untuk sis selesaikan masalah ni….ada tak kesan ke atas masa depan sis kalau sis tak pergi perbicaraan saman tu?boleh x settle dengan ptptn cawangan je?or kalau sis start bayar bulan depan sis tetap kena pergi perbicaraan tu ke?huhu…sis akan call cawangan ptptn esok dan sis akan cuba pergi ke cawangan terdekat dalam masa terdekat..terima kasih in advance sis ucapkan atas pandangan dan nasihat readers nanti dan tolong jangan kecam sis contohnya dengan cakap sis tak nak bayar, liat nak bayar, dah hutang bayar lah,huhu…..setiap orang ada masalah tersendiri dan sis betul2 xmampu nak bayar sebelum ni…huhu….terima kasih semua..
– sis, ptptn debtor
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/