Susu Ibu

Assalamualaikum semua. Saya Dr John, berkhidmat di bahagian selatan tanah air. Posting ini agak panjang ye. Kali ini saya nak share tentang perkataan objektif, dan kaitannya dengan susu ibu.

Saya lahir tahun 1993. Ketika saya PMR, masih ada paper objektif dan subjektif. Jadi secara kasar, kita tau objektif ni bermaksud tepat, tiada dua-nya.

Makanya menjadi seorang doctor, malahan saya perhatikan, seorang yang ahli dalam bidangnya, mereka ada bahasa yang sangat objektif, bermaksud sangat spesifik dan tepat dan dipahami oleh golongan sesama ahli di serata dunia. Ini yang kita panggil technical term.

Namun kalau diperhatikan, bila ianya tak melibatkan sesuatu yang teknikal, bahasa mereka sentiasa selari tepat dan sangat objektif.

Contoh.

Mereka tak kata sesuatu tempat itu jauh. Mereka sebut berapa km.

Mereka tak kata sesuatu benda itu berat. Mereka ukur berapa kg.

Ini kerana, berat dumbbell 20kg mungkin ringan pada sazali samad, tapi tidak pada majoriti kita semua.

Beberapa hari lepas, saya didatangi oleh seorang ibu, menangis2 kerana anak usia 4 hari menangis tak duduk diam. Naluri ibu mengatakan susu badan dia tak cukup. Si ayah pulak serabut bila bini suruh beli susu formula.

Saya tanya pada ibu. Bagaimana ibu tau susu ibu tak cukup? Ibu diam. Saya faham. Kerana naluri ibu susah nk diterangkan. Kerana ketika anak saya umur 4 hari pun, isteri bimbang dan adu perkara yang sama. Dan saya jugak tanya soalan yang sama.

Maka bagaimana rahsia cukup tak cukup susu ibu ni kita nk rungkaikan menjadikan ianya satu benda objektif?? Kita tahu secara tepat.

Cara paling mudah adalah beli pam dan ukur. Ini saya akan bagitau nanti kerana ianya melibatkan formula dan berat anak.

Cara yang mudah, murah, dan cepat adalah tengok indicator.

1) Berat badan yang betambah

2) hydration status baby (boleh google paeds protocol)

Hal berat badan tu mungkin berlainan mengikut usia minggu lahir anak, cukup atau tak, ikut anak lahir sihat atau ada masalah apa2 sebelum/semasa dan selepas kelahiran. Ingat, anak anda ada track berat badan dia sendiri. Bukan ikut jiran sebelah.

Ingat, berat badan anak yg tak bertambah bukan sahaja disebabkan susu tak cukup.

Cara guna pam, anda kena tau formula keperluan susu anak ikut berat badan.

umur 1 hari… 60ml/kg/day

umur 2 hari… 90ml/kg/day

umur 3hari… 120 ml/kg/day

umur 4 hari sampai 6 bulan… 150ml/kg/day

6 bulan–setahun… 120ml/kg/day

More than 1 year… google halliday segar formula.

contoh.. jika anak anda umur 3 hari, berat 4kg katakan.

Maka keperluan susu dia adalah 120 darab 4kg = 480 ml sehari.

jadinya.. anda pam la susu.. dapat tak 480 ml.. kalau dapat lebih kurang, pun.. okayla tu.

Kalau tak cukup jugak, barula anda boleh kata susu saya tak cukup. Para doctor agak sceptical kalau ibu physically normal, anak physically normal, tapi susu tak cukup.

Kerana keadaan yg buat ibu tak boleh produce susu hanyalah..ibu dehydrated, ibu ada kanser otak, pressing on pituitary, ibu ada masalh thyroid ke, ibu ada buat operation buang payu dara ke, dan ibu tengah stress/penat.

Saya suka guna cara indicator. Mudah, cepat dan berkesan. Contoh anak saya selama ni kami belum lagi introduce ayam kepadanya. Hanya berlaukkan ikan dan daging.

Harini checkup nampak berat naik tapi bmi turun. Walaupun masih dalam trek yang selamat. Maka saya rasa its time to introduce ayam.

Sekian, terima kasih.

– Dr John

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *