Syurga seorang lelaki

Nenek nangis tersedu sedu dlm bilik sambil ditemani oleh ibu, dan makcik.Aku tahu ini bkn kali pertama nenek menangis.Cuma baru kali ini dia menangis dpn org.Mungkin,rasa sakit yg nenek rasa dah tak mampu lg dia tahan.Walau sering saja nenek melemparkan senyuman,namun air mata nenek jelas menggambarkan luluhnya hati seorang ibu yg kesedihan.

Nenek x bekerja,begitu juga atuk.Tapi adala nenek cari duit tambahan dgn buat kerja2 kampung yg dia tahu.Tapi tak byk pon duit yg nenek boleh dpt tiap2 bulan.Cukup-cukuplah rasanya utk mkn sebulan.Rasanya dah lama nenek pendamkan semua ni.Nenek ada 10 org anak.6 perempuan dan 4 lelaki.Sejak atuk berehnti kerja,nenek cuma bergantung harap pada duit yg anak2 hantar tiap2 bulan.Bukannya nenek tak bekerja langsung,nenek ada buat kerja2 kampung,tapi fahamlah org tua,kudrat nenek dan atuk apalah sgt.

Sayangnya tiap2 bulan nenek cuma dpt duit drpd anak2 perempuan.Semua anak lelaki senyap tanpa perkhabaran.Bukan saja duit yg x dihulur,dlm sebulan tanya khabar pon belum tentu.Semua sibuk dgn bini dan anak2 hingga ibu yg dah penat melahirkan dan membesarkan seolah olah hilang dlm kamus kehidupan.Lebih parah lg,ada yg tak malu jumpa nenek nak minta duit sikit sebagai pertolongan.Bukan nenek tak nak kasi,nenek pon x de duit.Nenek pon x suka tgk anak dia susah.Walaupon tiap2 bulan x dgr khabar,dan cuma muncul bila perlukan wang,nenek masih syg.

Hingga rumah nenek tidak lg kau jenguk,juga khabar nenek tidak lg kau peduli.Kau cuma turutkan kata isteri yg terlebih lebih kau sayangi,hingga ibumu kau letak tepi.Hati mana yg tak luluh diperlakukan begini,anak yg dibelai dan disayangi,tidak lg pedulikan diri yg semakin tua ini.Sampai satu hari nenek dah tak tahan lg,dia menangis tersedu sedan bercerita tentang semua anak2 lelakinye yg dia sgt sayangi satu masa dulu,kini bagaikan tidak dia kenali lg.

Kata nenek,dia dah tak punya anak lelaki lg.Tentu nenek sudah tidak tahan lagi menanggung semua ini.Hai anak,sampainya hatimu melihat ibumu menangis tersedu sedu kerana kamu.Dia sudah berjaya mendidikmu hingga kamu berjaya,namun setelah kamu beristeri,isteri dan anak2mu jadi prioriti,ibumu kau tolak tepi.Benar,syurga isterimu itu ada pada kamu seorang lelaki,namun ingatlah syurga kamu itu ada pada ibumu.

Jaga dia dgn sebaik baiknya sementara dia masih ada.Tetaplah buat dia tersenyum sebagaimana kau selalu membuatnya tersenyum satu masa dulu.Pastikanlah kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.Ibumu tidak mahu lebih2 daripada kamu,cukuplah kasih syg dan perhatian tanda kau peduli.Jagalah ibumu,dia sudah terlalu tua dan penat utk masih lg menangis kerana kamu.Maka bahagiakan dia,buat dia tersenyum dan bahagia.Ibu kamu itu ada kunci syurga yg kamu cari2 itu.Hargailah dia sementara dia masih ada.Jika perginya ibu kamu nanti,maka pergilah satu nikmat tuhan iaitu doa seorang ibu yg tidak tertolak.Janganlah ibumu masih hidup tapi kamu tidak lagi dia doakan.

Wahai lelaki,jika kau belum berkahwin,pilihlah isteri yg akan menghormati ibumu dan faham bahawa ibumu itu prioriti kamu.Wahai suami,macam mana kau sygkan isteri dan anak anakmu,ibumu masih perlu jadi yg nombor satu dan kasihilah dia sementara tuhan masih meminjamkan dia untukmu.Wahai isteri,janagn kau halang hubungan antara seorang anak lelaki dan ibunya,biarlah dia memberikan kasih syg dan duitnya,itu ibu mereka,sturga kamu itu ada pada suamimu tapi syurga suamimu itu adalah ibunya.

Tak mintak byk,cuma doakan nenek kuat dan tabah serta dimurahkan rezeki.Serta semua lelaki di dunia ini mula menghargai,menghormati dan menyayangi ibu masing2 sebagai prioriti.lelaki, peganglah kunci syurga kamu itu dgn baik,sekali kau terlepas ia belum tentu kau boleh dapatkannya kembali.

– sisterkilan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *