Syurga wanita

Syurga wanita

Assalamualaikum. Sy nak tanya. Sebagai anak perempuan, syurga kita berada dibawah telapak kaki ibu kita. Tapi bila kita dah berkahwin, syurga kita jadi di bawah suami kita. Betul ke ? Kalau betul macam tu, adakah seorang wanita itu dapat masuk syurga sekiranya dia melayan suaminya dengan baik tetapi pada masa yang sama mengecilkan hati ibunya sendiri? Dapatkah wanita tersebut masuk syurga atas dasar dia ikhlas berbakti kepada suaminya ? Bagaimana pula dengan dosa dia mengecilkan hati ibunya ? Adakah itu akan menariknya ke neraka ? Sekiranya begitu, apa yang perlu wanita itu lakukan. Jika punca ibunya berkecik hati adalah kerana dia berkahwin dengan suaminya, adakah bermaksud wanita tersebut sudah tiada sebab untuk hidup atau berbakti kepada suaminya kerana dia akan tetap ke neraka sebab ibunya berkecil hati dengannya? Ibunya tidak mahu berubah hati walaupun wanita itu telah berkawin. Jadi apa yg wanita tersebut perlu lakukan. Sebab apa yg dia nampak, walau sebesar mana kebaikkan yang dia lakukan kepada suaminya, tapi dia rasa bersalah dan bimbang dengan hati ibunya yang telah terluka. Dan dia rasa di pengakhirannya nanti, dia akan tetap ke neraka… Jadi tiada sebab untuk dia hidup atau berbakti kepada suaminya…,,

– Mira

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *