tabiat suka tester sesuka hati
assalamualaikum, admin tolong approve ya. terima kasih :)
ceritanya macam ini, tengahari tadi selepas habis solat jumaat aku singgah pergi beli barang kat Giant dengan adik aku yang darjah 6.
masa sampai kat bahagian buah-buahan, ada la pekerja Giant tu tengah susun buah2 anggur hitam. memang nampak sedap laa kan sebab masih fresh.
So, aku pun nk beli laa sekilo dua ker untuk bawak balik rumah. orang ramai pun dah mula pilih2 buah tu. masa sambil2 aku pilih tu ada laa aku ngap sebiji dua masuk mulut. bukan ape, sebagai tester orang kate..heee.
Tup2, adik aku tepuk tangan aku!
"aiyokk angah! mana boleh makan kalau tak bayar lagi.. haram laaa. jadi darah daging tauu!"
terdiam aku kejap. baru aku tersedar weyh. adik aku pulak tu yg tegur. malunyeee..sumpah tak sedar selama nie.. kdg2 aku main tester je sesuka hati. buah mata kucing laa, buah laici laa..even sebiji dua, betul lah adik aku cakap benda tu jadi darah daging.
pastu adik aku bisik kat aku " tengok tu angah, dieorang pon sama macam angah, main makan jerr"
yang adik aku tunjuk tu pulak, pak cik2 yg pakai kopiah, makcik2, suami isteri, bahkan diaorang siap suap anak dieorang lagi! seolah2 macam buah tu memang dikhaskan utk tester pulak. habis terlopong2 buah anggur tu. dah nampak tak elok untuk orang beli.
Berdosanyaa aku rasa! malu satu hal.. lepas nie, memang aku nekad nk buang perangai nie.
kalau korang yg ada perangai suka tester sesuka hati macam aku nie, mohon ingat ayat adik aku..
"makanan haram tu, akan jadi darah daging kita!"
– angah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/