Tahajud cinta

Assalamualaikum :)

Satu masa dulu aku tak pernah pun terjebak dgn dunia cinta. Masa aku sekolah menengah, memang baik gila, sekolah agama kata kan. Memang tak pernah lah couple bagai ni. Kawan kawan pun stok alim je. Suka orang tu biasa lah kan, tahap admire je. Habis sekolah habis lah suka tu.

Then aku masuk u. Awal awal tu masih terjaga dari anasir negatif. Join usrah. Selalu pergi majlis ilmu. Tapi aku dapat rasa yang aku tak sekuat dulu, masa zaman sekolah. Keinginan nak rasa disayangi tu makin kuat bila tengok kawan kawan lain sume ada couple. Masa ni belasan tahun lagi.

Sampai lah satu ketika entah macam mana aku dirisik risik oleh senior. Senior course aku. So sebagai orang yg first time acah acah mula nak jatuh cinta, bngga lah kan senior macam nak berkenalan. Kitorang pun berkenalan dan finally jatuh cinta. Masa tu kitorang rasa macam dunia ni kitorang lah yg punya. 3 bulan awal tu memang bahagia habis. Angau je lebih. Maklum lah budak first time jatuh cinta. Kira macam acah acah first love.

Usia 'percintaan' tu pun dah masuk 6 bulan. Tapi aku dah rasa lain macam dia ni. Aku dah start rasa fishy dgn semua alasan yg dia bagi. Last aku dapat tahu dia memang curang. Well again, 6 bulan tu memang efect sampai ke 6 tahun hari ni. start daripada break tu, dia lah orang yang paling aku benci atas muka bumi ni. Apa yg dia buat aku benci. Aku benci bersebab.

Jadi masa pun berlalu, sakit pun hilang tapi parut tu masih ada. Awal awal tu aku macam nak gila. Kelas tak pergi. Majlis ilmu pun aku lama tak join. aku kecewa tapi aku buat something yg lebih utk kecewakan diri aku. Aku dah sampai tahap give up dgn hidup. Gila kan? Bodoh lah aku give up hidup hanya sbb lelaki.

Lama lama aku cari ubat utk hati aku yg sakit ni. Menangis aku tengah tengah malam dekat Allah. Sbb aku tahu melalui Tahajud Allah akan kuatkan aku dan pulihkan aku. Hampir 3-4 tahun lepas tu, aku dirisik oleh seorang muslimin.

Aku pun dah berkahwin dgn lelaki yg 1000 kali baik dari ex tadi. Ada anak yg comel . Dia pun dah kahwin dgn perempuan yg dia pilih selepas aku dan ada anak jugak. Aku tak kisah. Sbb aku sayang kan suami dan anak aku. Dan sampai bila nak berdendam pada orang. Cuma ye lah kita tak akan mudah nak lupakan apa yg dia dah buat. Jaga diri korang muslimat. Jangan serahkan 100% cinta selagi belum akad :)

– Ummi

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *