Tak faham

Dalam dunia ni, banyak benda yang aku tak faham, antaranya termasuklah mentaliti sesetengah orang Islam ni.

Ye, aku faham kau tak nak pakai tudung sebab environment sekeliling kau banyak mempengaruhi kau. Dari kecik tengok mak, kakak semua tak bertudung, ok its fine, take your time slow2 bertudung.

Tapi ada sesetengah wanita Islam ni, tak habis2 nak cakap pakai tudung dengan tak pakai ni sama je. Lepas tu guna alasan nak salahkan lelaki pulak. Katanya, bukan salah kami tak bertudung, tapi salah lelaki lah yang takleh kawal nafsu. Takkan la nampak rambut perempuan pun terus horny? Islam ni agama oppression to women betul lah!

Oit common lah, tutup aurat tu bukan setakat nak cover aurat je, tapi dah memang tuhan suruh, ikut je lah.

Kalau bab poligami, diorang ni bukan main kaji betul2 sebab nak buktikan yang kahwin banyak ni tak bagus sebenarnya.

Entahlah, aku pun tak faham.. Islam agama oppression to women ke?Apa pendapat korang pasal golongan macam ni? Makin bertambah pulak golongan macam ni aku tengok..

– Khairul

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *