tak perlu insecure.

Ya Rabbi.. sisturrr sekalian… tak perlu insekyo sangat sis. takyah sis. toksah sis.. membazir sel otak je sis.

kenapa perlu insecure pada kecantikan orang lain? Kagum kejap boleh sis, kagum dgn ciptaan Allah yang cantik, yang molek, tiada masalah mengkagumi pretty things. But sistur, turutlah kagum pada Penciptanya,bukan berlebihan pada ciptaanNya. Pencipta yang perlu diagungkan, dikagumkan, kerana ciptaanNya itu cantik.

Mind set kita kena pada Pencipta iaitu Allah.
Sistur, dulu sy pun macam sis, jumpa pmpuan cantik sikit, Allah, meroyan kejap sis. sebab suka sgt tgk. And selalu jugak rasa insekyo. Compare lah hape lah. Low self esteem. Tapi lama2, kita muhasabah diri sis sekalian. Syukur Alhamdulilah, sesempurna kejadian Allah beri pada kita. Syukur Alhamdulilah walaupun tak secantik Megan Fox, kita mampu menjalankan rutin harian sebagai hamba Allah. Mampu berdiri, bernafas, bercakap, ketawa, berhibur, solat, sujud, zikir, bergerak, membaca, melihat. Basic things. Basic things that remind us to Allah, bersyukurlah kepada Dia.

Dan cubalah tundukkan pandangan. Kerana pandangan itu nafsu. Kalau nampak kelebihan pada manusia lain yang mendatangkan rasa cemburu, cpt2lah tundukkan pandangan– akan hadir rasa redha dan syukur dalam jiwa. Kita tak mahu compare siapa lagi cantik, siapa lagi putih, siapa lagi tinggi, sbb Allah pesan, yang membezakan kita among ourself is, Taqwa. Bukan cantik, bukan lawa, bukan kuruih, bukan putih. Its Taqwa sisturr. Dan bersyukurlah kita sungguh2 pada Allah.

Sungguh, yang cantik tu tak semestinya bahagia, dan yang tak cantik tu tak semestinya derita. Andai kata cantik pengukur bahagia, takkan Allah cipta sederhana di dunia. Jadi bersederhanalah sis, kerana kita ciptaan Allah yang sempurna. Saya pun sederhana juga, insyaAllah, mari fokus pada kebaikan yang boleh kita sebarkan kepada sekalian manusia, ianya satu kecantikan juga. Cantik pada jiwa. :D . Sistur semua cantik luar dalam, dont worry. Maaf atas bicara, Moga Allah redha.

– sis marhaen.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *