Hi. Thanks admin approved.
Kat sini aku nak cerita sikit kisah aku. Aku dulu dari upsr sampai la spm mmng result asyik 2A's je dapat. Aku tak pandai bab pelajaran ni. So, aku apply la upu dengan harapan ada lah offer. Tapi kau nak tahu? satu offer pun tak ada. Time tu pula matriks tak apply. Memang tak ada hala tuju dah. Rasa kecewa, sedih, down time tu. Buat la rayuan, pastu dapat la masuk diploma. Ok nak jadi kan cerita 5 sem terawal tu aku asyik dpt 2 pointer je. Mmng cgpa tak lepas 3 lah. Pastu jenis yang asyik menurun pula pointer. Sampai la final sem aku tekad nak kejar dekan & grad 3 pointer. Sebab aku risau tak dapat sambung degree. Final sem aku mmng struggle gila gila. Tapi mmng tension & pressure semua la. Standard la student. Sebab aku terlalu push diri untuk score quiz, assignment, test & final. Aku balik rumah pun 1 kali je sepanjang sem tu masa cuti mid term saja. Habis je diploma, aku dpt result. Time tu Allah je tahu perasaan. Aku fikir ni kalau tak lepas juga, mcm mana agak la nak berdepan dgn mak bapak aku lagi. Dah cukup kecewa dah dorang. Akhirnya aku tengok result, aku dapat 2A's lagi. (Memang hidup aku ni tak boleh nak move on kot dgn 2A ni haha) Tapi time ni tak tgk pointer lagi. Dalam hati aku hmm mesti tak lepas ni. Mesti tak dekan. Sebab aku pernah kira, kena dpt mcm atleast 3/4A's camtu la baru dekan. Bila tak dekan sah la tak grad 3 pointer. Tu apa aku fikir lah. Aku scroll bawah sikit nak tengok pointer. Time tu Allah je tahu perasaan aku. Alhamdulillah, lepas grad 3 pointer. Tapi 0.07 lagi nak dekan, its okay ada hikmah aku percaya. Dah skrng aku tgh buat degree. Doa kan aku.
Just kat sini, aku nak cakap bila ada yang bagi support (keluarga ke kwn ke) pasal study pls la hargai benda tu. Macam aku, baik yang kat rumah, member ke sesiapa ke mana ada support sangat. Semua bergantung kat diri je ni. Apa apa pun tips aku masa final sem haritu. Kalau boleh amal kan je selalu, jgn final sem baru nak buat. Aku pun baru je nak berubah sikit sikit ni. Dekat kan diri dgn Allah. Yang tu aku percaya. Sebab aku sendiri yang melalui nya. Allah akan tolong kau. Sebab selama ni aku terlalu mengharapkan support bantuan dari manusia tau camtu la jadinya. Jadi aku ubah, aku bykkan dkt dgn Allah.
Ni tips kau boleh follow, simple je. Rajin rajin buat solat dhuha & solat hajat. Baca Alquran selepas solat, 1 page je baca pun ok dah. Solat fardhu on time. Sedekah la kalau ada lebih rezeki. Ni je aku buat. Actually byk lagi kau boleh buat sebenarnya. Just nak buat ke taknak. Kita dah besar boleh fikir. Tu semua bergantung pada diri.
– Unknown