Assalamualaikum, aku berharap sangat kali ini confession aku disiarkan sebab ni kali kedua aku hantar confession sama. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih jika confession aku disiarkan.
Perkenalkan aku Nur (nama samaran) berusia menghampiri 30-an. Jalur cerita aku adalah berkenaan sakit aku yang tidak dapat dikenal pasti sampai sekarang. Selama bertahun-tahun.
Kisahnya bermula bila aku selalu rasa macam sesak nafas tapi bila jumpa doktor. Dr tak dapat detect sakit aku. Sebab bila dia check guna stetoskop, dia kata normal dan suruh aku datang bila aku sesak nafas.
Bertahun berlalu, onn off. Sampailah suatu masa, dia datang dan semakin teruk sampaikan aku tidak boleh gerakkan badan aku.
Banyak sendawa, pengerakkan yang tidak terkawal tiba-tiba menjerit tiba-tiba menangis tapi sekejap jelah
Everytime rasa tu datang, yang aku rasa adalah rasa macam nak menuju kematian walaupun aku tahu amal aku sangatlah sedikit. Hmm.
Pergi hospital berkali-kali tapi Dr kata semua normal macam2 ujian buat selama bertahun2. Tapi still tak boleh kesan. Tapi dia jadi worse bila dia effect anggota badan aku yang lain.
Aku pun ade try jumpa Ustaz, sorang ustaz cakap angin, tapi yang lain macam tak cakap sangat bila aku tanya.
Tapi, yang aku perasan lately tiba2 sendi aku sakit, sendawa tiba-tiba bila aku cuba ingat Allah dengan khusyuk, bila tengah solat, dia sakit dekat sendi. Memang dah terbiasa lawan dan lawan tapi kadang tiba-tiba air mata aku mengalir tanpa aku sedar.
Bertahun-tahun sakit ini, dua-dua cara perubatan aku dah ikhtiar samada moden atau traditional.
Kalau perubatan moden, tidak dapat dikenalpasti walaupun macam2 ujian aku dah buat sampaikan Dr rujuk aku dengan psikitiari. Siap jumpa pakar psikitiari lagi,tapi mereka kata aku normal. Setiap kali appointment, normal.
Untuk perubatan Islam, ada ustaz kata mungkin saka suruh tanya family tapi yang ni pun tak tahu sahih ke tak sebab bila tanya family kata macam takde.
Ada ustaz cakap angin. Ada yang bila aku tanya,dia macam tak nak cakap dan konklusi apa yang aku dari percakapan dia adalah bahawa bukan gangguan. Mungkin aku salah faham tapi entah itu yang aku faham. Sebab soalan Aku macam tidak terjawab.
Sakit ini setelah aku amati sepanjang tempoh aku sakit. Dia akan datang bila aku tengah nak khusyuk ingat Allah, fikir nak berubat, lagi-lagi time tengah solat.
Time solat, kaki aku dan anggota badan aku rasa mampat dekat dalam dan rasa nak jatuh tapi aku tahan dengan tegangkan anggota badan aku supaya tidak jatuh. Time tu saja akan jadi tapi waktu aku lagha okay saja. Hmmm.
Kadang penatlah orang lain dengan assumption mereka yang pelbagai. Dan yang paling takleh blah diorang bukan pakar pun bidang tu, konon nak kata aku sakit mental tapi masalahnya Dr asyik kata aku normal.
Tapi, tulah aku jenis apa diorang cakap, aku analysis dulu sebab bukan diorang tahu setiap detail apa yang aku alami pun.
Allah saja tahu. Jadi, Insha Allah tak down tapi rasa penat dengar assumption yang ikut suka diorang saja tapi mengetahui jalur cerita.
Terima kasih sudi baca dan tolong doakan aku sembuh sepenuhnya sebab umur aku masih muda lagi dan aku berharap dapat hidup macam orang lain. Insha Allah
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit