Takdir sahabat bersama ibunya

Saya ada seorang sahabat yg baru sahaja kematian ibunya semalam.sebagai sahabat saya juga amat terkejut dan memahami kesedihan dia ketika ini, kerana arwah pergi secara mengejut.sy sendiri pun sehingga masih terkejut, kerana baru minggu lepas berjumpa. masih lg terngiang-ngiang suara arwah yg beriya-iya menjemput sy hadir ke majlis kenduri tahlil yg diadakan pada hari semalam, iaitu hari yg sama arwah di jemput illahi. Rupanya arwah cam tahu kenduri untuk dirinya.

Sahabat sy amat rapat dan manja dengan ibunya, bole di katakan tiada rahsia antara mereka, wlupun dia seorang lelaki. Kiranya anak emak la ni.bonding antara mereka sgt kuat sehingga pada sehari sebelum arwah dijemput illahi arwah demam panas..sahabat sy juga tetiba demam panas seolah2 tahu mereka akan berpisah.

Ya, sy faham ajal maut di tangan tuhan.tp sy amat risau sahabat sy tidak dapat nak move on semula dengan cepat memandangkan semester hampir berakhir, sahabat sy ade ade dua repeat paper perlu dilangsaikan dan perlu menyiapkan thesis akhir utk program master dia.

Apakah yg bole sy lakukan utk membantu memulihkan semangat kawan sy ni? Sy amat risaukan dia sehingga emosi sy juga terganggu dan tak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap thesis sy.kami ibarat abang dan adik, jika dia sedih sy pun sedih, jika dia gembira sy pun gembira. Tp selepas ini sy tak tahu masih ada ke gelak tawa kami seperti dulu..Jika dia putus harapan utk belajar dan hidup, punah la segalanya..sy tak mahu kehilangan seorg sahabat.sy tahu sy perlu kuat tp bagaimana untuk sama2 kuat bersama sahabat sy menerima takdir????

*p/s: sayangi la ibu anda selagi mana ada hayatnya, jika ajal menjemputnya hilang la derai tawa, putus la segala doa mustajabnya..yg tinggal hanya airmata dan kekuatan untuk hidup tanpanya selamanya.jika ada ibu anda ketika ini peluklah, cium la sepuasnya, mungkin ini kali terakhir merasai kehangatan pelukan seorang ibu.jgn menyesal jika pelukan terakhir anda adalah pada sekujur jasad yg dingin lg kaku.

– Jejaka sedih yg buntu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *